Salam
Semalam, sehari suntuk kami di kawasan Gombak dan Selayang. Anak saudara saya yang tinggal di kawasan Gombak, bertunang dengan anak dara dari Selayang. Jadi, setelah beraya dan makan kenyang-kenyang di rumah adik saya di Gombak dan setelah selesai solat zohor beramai-ramai, kami bertolak pula ke Selayang. Bayangkanlah, rombongan kami datang dengan 15 buah kereta... huhu, macam nak pergi perang. Meriah, sungguh meriah. Riuh-rendah, mana tidaknya, famili adik dan adik ipar saya terdiri daripada kerabat Arab dan kerabat Melayu, yang anak dara tu pulak, mereka terdiri dari kerabat Pakistan dan Melayu. Bila duduk dekat-dekat, macam nak samalah pulak... confuse sungguh!
Lepas tu, kami pergi pula ke rumah adik saya yang seorang lagi untuk beraya di rumahnya. Kebetulan, anak daranya juga sudah bertunang pada hari Jumaat yang lepas (buat kecil aje - ala-ala merisik). Adik saya tu memang banyak anak dara (tak ada anak lelaki) dan anak-anaknya pula pandai masak. Aduhai... memang kami kekenyangan. Thank you Aishah, for your lovely dessert.
Apa pun, saya nervouslah jugak, sebab tahun depan ni ramai yang nak kahwin dalam bulan April dan Mei. Pengsanlah saya, sebab masa tu biasanya musim pesta buku dan kebetulan juga, kawan baik saya akan menjalankan majlis perkahwinan anaknya pada hujung April dan awal Mei. Clash! Malah, jiran yang rapat dengan saya juga sedang aturkan majlis perkahwinan anak daranya pada akhir April. Pening sungguh! Harap-harap tak kalut nanti.
Hari ini saya akan menghadiri majlis perkahwinan di Bangi dan kemudian akan ke Cheras untuk hadir open house. Malam nanti pun kami ada function, insya-Allah.
Semoga anda semua berbahagia, insya-Allah.
Wassalam.
Saya dengan teman sekolah (sejak darjah satu lagi) masa datang rumah saya pada hari Jumaat yang lepas. Anda kenal kot?