Assalam
Semoga Selasa ini menceriakan hati anda semua. Terpulanglah pada kita kan sama ada kita nak bersedih memanjang atau nak ceriakan hati memanjang. Kalau tak ada sebab, tak payahlah nak bersedih-sedih. Ada orang memang suka sangat menyedihkan diri. Benda kecil pun boleh buat dia beremosi tak tentu pasal. Ada tu suka naik angin seolah-olah dia sahaja yang ada masalah di dunia ni. Ada orang pula, asyik terasa hati... seolah-olah tak ada orang yang sayang padanya. Huhu... itulah masalah dunia!
Ada tu relaks sahaja. Dah kahwin empat kali pun tak berputus asa. Walaupun kahwin banyak kali dan semua gagal, dia masih berusaha untuk cari pengganti! Mungkin payah nak hidup kalau tak ada orang kongsi katil dengan dia. Janji tak cilok suami orang dahlah... sebab kalau teringin nak kahwin pun, biarlah cari yang available. Kalau nak sharing-sharing ni, biasanya payah nak menjadi. Buat main-main atau suka-suka bolehlah kot.
Apa-apa pun, hidup di dunia ini bukan untuk bergembira sahaja. Ada kala banyak ujian dan dugaan. Tapi kita sebagai manusia, tak payahlah melatah teruk sangat kerana di luar sana ada lebih teruk daripada kita. Seteruk mana kita di sini, kebanyakan kita masih ada tempat tinggal dan ada makanan untuk dimakan. Ada pakaian untuk kita pakai. Ramai di Palestin, di Afghanistan, di Syria, di Bangladesh, kebanyakan negara di Afrika, mereka tak punyai apa-apa. Ada yang terpaksa hidup dalam kesejukan tanpa ada selimut yang tebal, tak ada rumah yang 'proper' dan mereka masih mampu untuk tersenyum. Ubat hati kita ialah bila kita tahu untuk bersyukur dan bersabar.
Selagi ada nafas, selagi ada umur, belajarlah untuk bersyukur di atas segala nikmat Allah walaupun dalam kekurangan. Di sini, hanyalah sementara sahaja, di sana ialah tempat tetap kita. Belajarlah untuk bersabar kerana Allah swt sayang kepada mereka yang bersabar.
Wassalam.
Pemandangan menarik di Eropah