Assalam
Semoga hari Jumaat ini diberkati dan dirahmati Allah swt buat kita semua, aamiin.
Mungkin elok juga kalau saya ingatkan diri kita semua supaya dalam hal mencari rezeki setiap hari, kita perlu berlaku amanah dan jujur. Jangan amal budaya atau sindrom mengelat. Jangan pula bila hari Isnin sahaja, kita mulalah rasa tak sedap badan. Hari Jumaat sahaja, mulalah rasa sakit perut pula. Kalau tidak pun, bila hari Isnin kita pun hubungi pejabat tempat kerja dan beritahu ofis bahawa nenek kita tak sihat. Hari Jumaat pula, pak mentua tak sihat. Wal hasil, kita cari alasan untuk memanjangkan hujung minggu kita. Inilah yang dikatakan sindrom ponteng hujung minggu. Sindrom mengelat. Tak cukup Sabtu dan Ahad, Isnin dan Jumaat juga kita mahu cuti lagi. Kalau selalu sangat beri alasan seperti ini, memang sahlah kita ni kaki ponteng dan tak amanah.
Kalau kita berperangai seperti ini, sangat eloklah kalau kita ubahkan sikap kerana kalau kita tak berubah, sampai ke tualah kita akan amalkan sikap tak amanah.
Ada tu pula, mungkin caranya yang lain. Dengan kuasa yang ada, mungkin dia akan kelentong sana sini. Kuasa yang ada pula bukanlah kuasa hak sendiri, tetapi kuasa yang diberi kerana tugasan. Bayangkanlah kalau ada manusia yang seperti ini. Mereka akan guna dan ambil kesempatan untuk buat perkara-perkara yang tak sepatutnya. Sebagai contoh, mungkin kita kerja di pejabat agama dan kita pula merupakan pegawai lelaki. Bila ada sahaja kes yang melibatkan kaum lelaki, kita jadi bias atau berat sebelah kerana kita rasakan bahawa kita patut sokong kaum kita sendiri. Jadi kita pun cari jalan untuk lepaskan lelaki dalam apa jua segi yang boleh kita lakukan tanpa peduli atau ambil kira tentang 'hak' atau 'keadilan'. Inilah yang dianggap sebagai tak amanah. Sekali lagi budaya mengelat diamalkan.
Ada pula tu, mungkin kerjanya di kaunter dan mengira wang. Bila datang sahaja pelanggan yang punyai wang banyak, biji matanya pun terbuka besar. Mungkin ada hasad dengki atau mungkin pula sedang berkira-kira macam mana nak belitkan pelanggan yang berduit tadi. Kalau dia perempuan, mungkin juga merasakan dia boleh kelentong pelanggannya dengan 'mengurat' nya, tak kiralah sama ada pelanggan itu suami orang atau bukan. Malah, mungkin juga dirinya merupakan isteri orang. Sekali lagi amalan mengelat kita amalkan.
Zaman sekarang memang terlalu ramai manusia yang tak ambil hal tentang 'amanah' dan tanggungjawab', kerana masing-masing leka dengan cara untuk mencari wang dengan mudah. Biar salah tak apa, janji poket tak kosong. Biar dianggap tak amanah tak apa, janji orang tak tahu apa yang ada di hatinya. Manusia sering terlupa bahawa setiap kesalahan yang ada itu, Allah tetap tahu, tak payahlah nak sorokkan. Sekadar sorok dari manusia lain tak akan ke mana pun, kerana akhirnya Allah yang mengaturkan hidup kita ini termasuklah rezeki kita. Allah yang memberi dan Allah juga yang mengambilnya.
Semoga kita kuatkan iman, berlaku jujur dan amanah dalam apa jua tindakan yang kita perlu lakukan. Ingatlah bahawa apa sahaja yang kita buat, kita lakukan kerana Allah swt. In syaa Allah.
Wassalam.
Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Friday, October 31, 2014
Thursday, October 30, 2014
Berhati-hati Jangan Sampai Makan Diri
Assalam
Saya sentiasa mengingatkan diri saya dan juga mereka yang datang membaca blog saya bahawa berhati-hatilah dalam perbuatan kita seharian, jangan sampai kita jadi manusia yang tidak jujur, tidak amanah dan tidak ikhlas dalam apa juga tindakan kita. Apatah lagi kalau kita mempunyai kuasa, atau tugas atau amanah yang diserahkan kepada kita untuk orang lain. Janganlah kita lakukan sewenang-wenangnya, apatah lagi kalau tindakan kita mampu merosakkan hati, jiwa dan mungkin rumah tangga orang lain!
Hati-hati terhadap do'a orang yang dizalimi dan air mata orang yang teraniaya. Saya letakkan frasa ini di blog saya untuk mengingatkan kita semua, janganlah buat apa-apa mengikut hati kita, jauh sekali kerana tamak haloba, dan janganlah guna nama Tuhan untuk kepentingan diri kita. Setiap apa yang jahat itu, pasti akan ada balasannya. Kadang-kadang Tuhan terus bayar 'cash' kerana Allah tahu hati dan jiwa mana yang disakiti manusia lain.
Sekalipun kita pakar agama, namun kalau 'kejahatan' ada bersama kita, maka Allah melihatnya. Tak payah berpura-pura dan tak payahlah buat-buat tak tahu kerana Allah tetap tahu. Bertambah berat kalau kita tahu agama namun kerana kita 'busuk hati' dirasuk syaitan untuk berlaku tak adil, maka satu hari nanti kita akan kecundang jua.
Semoga kata-kata saya ini akan mengingatkan diri saya sendiri dan anda semua. Berhati-hati dengan setiap 'amanah' yang diserahkan kepada kita, jangan sampai nanti kerana mungkir janji, akan makan diri. Nauzubillah min zalik.

Wednesday, October 29, 2014
Mencari Rezeki
Assalam
Mungkin kita selalu anggap bila disebut sahaja tentang rezeki, pasti kaitannya dengan wang ringgit dan harta benda. Tapi, kita jarang-jarang sedar bahawa rezeki itu adalah lebih daripada itu. Malah, senyum itu juga rezeki. Kalau nak diikutkan, ketenangan jiwa, perasaan yang tidak kucar-kacir itu juga rezeki. Namun rezeki yang kita sentiasa mahu tentunya umur dan kesihatan yang diberkati Allah swt. Paling istimewa apabila hidup dan akhirat kita dijadikan Allah cemerlang bukan hanya untuk kita tetapi untuk ibu bapa, pasangan, anak-anak, cucu-cicit dan kaum kerabat yang lain. Itulah yang kita mahukan, bukan sekadar wang-ringgit yang kadang-kadang mungkin tidak membawa erti yang besar.
Bayangkanlah kalau kita mempunyai wang-ringgit yang bertimbun tetapi hati dan jiwa tidak tenang, malah mungkin kita jenis kedekut, kesihatan pula tak menentu dan kerana itu semua, diri kita jadi huru-hara tak bermakna. Jadi... tak guna juga kalau ada banyak duit tapi hidup macam katak di bawah tempurung. Bukan hanya tak melihat apa-apa, tetapi tak kisah apa-apa pun!
Mungkin elok kalau kita mencari kesederhanaan dalam hidup, biar kita hidup serba ada, tetapi yang penting hati dan jiwa kita bersih, tiada niat jahat buat orang lain, malah kita sentiasa dekatkan diri dengan Allah swt. Bukan hanya kita kerjakan ibadah wajib, tapi kita lakukan serba kebaikan kepada insan dan haiwan juga tumbuhan. Kita menghargai apa sahaja yang Allah berikan, tak banyak sungutan dan tak jadi manusia yang tak bersyukur. Mungkin kita ada kekurangan, namun kita tetap bahagia. Bahagia itu kerana kita rasa akan nikmat yang Allah berikan kita, kita bersyukur dengan apa adanya, tidak pula kita mahu hancurkan hidup orang lain kerana kita jadi tamak dan haloba.
Paling indah, kalau hidup kita tidak dikelilingi hutang yang membebankan. Tidak punyai perasaan sakit dan berdendam, malah tidak mahu lakukan apa-apa yang tak baik kepada orang lain. Kalau kita seorang anak, jadilah anak yang baik kepada ibu bapa, kalau kita merupakan seorang suami atau isteri, jadilah pasangan yang tidak mengkhianati pasangannya, kalau jadi seorang ayah, biarlah jadi ayah yang tahu tanggungjawabnya, kalau jadi seorang ibu, biarlah jadi ibu yang menyayangi anak-anaknya.
Itulah rezeki kita dan doakanlah agar Allah berikan dunia dan akhirat yang cemerlang.
Aamiin.
Orang lain mencari rezeki

Tuesday, October 28, 2014
Jangan Buat Jahat!
Assalam
Semoga kita berada dalam kedamaian jiwa.
Hahaha... setiap hari ada sahaja mesej yang disampaikan oleh teman-teman melalui macam-macam media sosial, paling 'terhangat' ialah whatsapp dan telegram. Masalahnya, banyak mesej yang kita terima ni merupakan 'rekaan cerita semata-mata', tiada kebenarannya. Termasuklah kisah ular telan orang lah, kisah ribut petir lah, kisah dunia akan jadi gelap lah... kisah skandal orang ini dan orang itulah... dan macam-macam lagi. Kadang-kadang kita memang percaya pun kerana kita tak rasa yang orang nak buat main-main benda yang dianggap serius, tapi malangnya sekarang ini tidak ada apa-apa pun yang serius, semuanya jadi mainan belaka. Adoiii...
Dalam pada itu pula, ramai yang mengguna 'media sosial' untuk kepentingan diri mereka. Yang kaki mengurat, inilah tempatnya. Yang kaki nak tarik perhatian, di sini juga tempatnya. Wal hasil, bertambah banyaklah kegiatan maksiat dan salah guna yang menjadi-jadi. Yang muda muka tak malu, yang tua pun sama saja. Masing-masing dah jadi manusia yang tak tahu malu! Lupa daratan. Subhanallah.
Sebenarnya saya sekadar mengingatkan diri saya sendiri dan juga anda yang rajin datang ke mari untuk menjengah blog saya ini. Kalau kita nak jadi manusia yang baik, biarlah kita jangan terbelit dengan apa-apa perbuatan tak baik. Tak payahlah nak ambil kesempatan sebab walaupun orang mungkin tak tahu, Allah swt tetap tahu. Akhirnya nanti, kalau kita dengan sengaja melakukan apa-apa perbuatan tak baik, akan ada balasannya. Ingatlah pada hukum 'kaffarah'...
Dalam pada itu, sebagai manusia, kadang-kadang kita berasa lega apabila perbuatan seseorang yang mungkin menyakitkan hati kita, kini sedang berdepan dengan sesuatu ujian pula. Walaupun kita tak pernah berdoa keburukan untuknya, namun Allah swt tahu apa 'kesalahan' yang telah dilakukannya dan mungkin juga 'manusia' itu tak melihat pada 'kesalahan' yang telah dilakukan, lalu terlupa untuk memohon maaf atau bertaubat! Nauzubillah. Namun... bila terjadi sesuatu, mungkin dia akan duduk termenung dan baru perasan akan apa yang pernah dilakukannya.
Semoga Allah pelihara hati dan jiwa kita. Semoga kita jadi manusia yang elak daripada melakukan 'kejahatan' pada manusia lain. Aamiin.
Wassalam
Jangan buat jahat, dong!

Monday, October 27, 2014
Breakfast Kampung
Assalam
Hujung minggu yang sangat sibuk buat saya. Asyik keluar sahaja hinggakan tak sempat nak update blog. Apa-apa pun, biasalah, bila sibuk tu mestilah sebab banyak hal.
Hari Sabtu tu, kami melayan hobi suami saya... pergi ke show room. Lepas tu, saya melawat seorang kawan lama yang sedang sakit di hospital. Di sana, saya berjumpa dengan seseorang yang sangat menarik karakternya. Macam ngam giler! Semoga perkenalan ini akan berpanjangan hingga akhirat nanti. Maklumlah... kami mempunyai latar belakang dan cerita yang hampir sama. Alhamdulillah.
Semalam pula, saya sempat ke Lenggeng. Kami breakfast di sana dan rupa-rupanya bila hujung minggu, pekan koboi Lenggeng jadi havoc kerana ramai yang datang berkunjung. Maklumlah, Lenggeng bukannya jauh dari KL dan kerana posisinya yang dikelilingi alam sekitar menarik, siap ada pelbagai air terjun dan jangle trekking, ramai yang minat ke sana. Paling menarik, ramai yang datang ke sana untuk bersarapan di kedai-kedai makan kampung yang menyediakan pelbagai sarapan yang lazat-lazat. Masing masing datang dengan pelbagai kenderaan canggih, termasuklah superbike-superbike. Banyak sungguh kumpulan yang melepak di sana, termasuklah keluarga.
Kami ke sana pun kerana urusan tanah kami yang perlu dikendalikan. Itulah sebabnya kami melepak di sana. Lepas tu, kami ke Hutan Lipur Lenggeng... ada waterfall yang sangat cantik dan bersih pula kawasannya.
Lepas tu, kami beli makan tengah hari, beli ayam kampung dan kelapa muda. saya memang suka giler kelapa muda! Alhamdulillah. Bagi saya, memang best lah kawasan tu... siap ada gelanggang untuk mereka yang suka tunggang kuda. Sofistikated beb!
Sebelah petang, kami didatangi tetamu. Jadi... sibuk lagi.
Nampaknya saya akan kesibukan setiap hujung minggu dan hari-hari kerja. Semoga Allah permudahkan semuanya.

Friday, October 24, 2014
Jadilah Manusia Walaupun Tidak Sempurna...
Assalam
Esok dah awal Muharam. In syaa Allah setahun lagi umur kita dan semoga Allah rahmati hidup kita dan akhirat kita, semoga kita menjadi ahli syurga, Aamiin.
Sebagai orang Islam, sangat penting untuk kita perbaiki hati kita kerana Allah menilai kita dengan melihat hati kita. Orang di luar memang tak nampak apa yang ada di hati, hanya Allah swt yang tahu hati kita. Namun begitu, segala perlakuan baik, kata-kata baik, semuanya datang dari hati. Kalau hati tak baik, pelbagai kejahatan dan maksiat kita akan lakukan. Nauzubillah. Semoga kita akan terus menjaga hati kita untuk jadi manusia yang baik hatinya, baik kelakuannya dan baik juga amalan sehariannya. Subhanallah. Jangan seskali-kali jadi manusia hipokrit yang berpura-pura baik, tetapi hidup dengan penuh kejahatan. Jangan juga kita sesatkan diri lalu tidak melihat kepada kebaikan atau keliru, lalu mudah tergoda dengan syaitan. Manusia yang baik akan mampu untuk mengawal nafsu, in syaa Allah.
Tak guna kita kecoh dengan hal haram halal itu dan ini, kalau hidup seharian kita dipenuhi dengan kejahatan dan maksiat. Amalan riba' itu adalah satu bentuk 'dosa', rasuah itu juga satu dosa, begitu juga maksiat lain seperti minum arak, berjudi dan macam-macam lagi. Nafsu seks di luar nikah juga satu perbuatan 'dosa', jadi kalau kita penuh dengan dosa, buat apa nak kira dosa orang lain? Buat apa nak cerita pasal halal haram. Begitu juga dengan para 'ketua', kalau tak cukup ilmu dan tak lakukan tugas dengan amanah, buat apa nak cerita pasal halal haram?
Esok kita mulakan tahun baru dalam kalendar Islam, semoga kita sebagai ummat Islam dapat memahami al-Quran, bukan menokok tambah apa-apa yang Allah tidak kata dalam kitab suci itu. Jadilah manusia, walaupun mungkin manusia itu tidak sempurna, jauh lagi baik daripada cuba menjadi Tuhan. Nauzubillah min zalik.
Semoga kita sentiasa ingat bahawa Nabi jungungan kita Muhammad SAW sentiasa mengguna kelembutan untuk berdakwah, tidak pernah menghukum orang semudah manusia hari ini. Janganlah kata kita mengikut sunnah nabi kalau hati kita berkarat dan tak guna ilmu, nauzubillah min zalik.

Thursday, October 23, 2014
Otak Copy Paste
Assalam
Hahaha... jangan marah kalau saya katakan bahawa rata-rata kebanyakan kita malas nak fikir apa-apa, sekadar mampu lakukan cut and paste atau copy paste atau forward sahaja tanpa ambil kira apa yang sedang kita buat tu. Apa sahaja yang terpampar di skrin kita, tak kiralah gadget apa sekalipun, kita anggap semuanya tepat dan betul. Mungkin kita tak sedar pun bahawa apa yang kita lakukan akan memudaratkan diri kita kerana tanpa sedar atau tidak kita sedang melakukan tuduhan, fitnah atau berkata tidak benar kerana kita main ambil sahaja apa yang dikatakan orang lain lalu menghantar pula pada orang lain lagi.
Paling malang bila kita terjerat dengan hujah-hujah keagamaan terutamanya bila yang menyampaikannya adalah 'ustaz' tak kira terkenal atau tidak. Kita terlupa bahawa sekalipun 'ustaz' dia tetap manusia biasa yang sentiasa mempunyai kekurangan dan kelemahan. Tak ada manusia yang sempurna sekalipun mengaku bijaksana. Jadi... berjaga-agalah kita, jangan sampai kita tak guna akal fikiran, tak guna otak sebelum 'menyampai-nyampaikan' berita yang keluar di skrin kita.
Kita jangan lupa bahawa manusia tidak diberi apa-apa keistimewaan untuk menjatuhkan hukuman 'dosa atau tidak' 'masuk syurga atau tidak', Islam atau tidak... yang menentukan adalah Allah SWT. Kalau kita rasa kita banyak kuasa, maka kenalah berjaga-jaga, takkan kot kita dah ambil alih kerja Tuhan?
Setiap kali kita nak 'forward' atau 'menyampaikan' sesuatu berita atau 'kebenaran' yang kita rasa 'benar', eloklah kalau kita berjaga-jaga. Lebih baik kita jangan forward kalau kita tidak pasti atau was-was atau memang tak tahu apa-apa, terutama kalau perkara itu berkaitan dengan 'agama'. Jangan ingat elok sangat kita menyebarkannya kerana takut kalau kita tak 'forward' kita bukan orang Islam. Kalau apa yang kita 'forwardkan' itu merupakan sesuatu yang tak tepat atau palsu, macam mana? Siapa yang nak tolong sahkan? Nak tunggu bila mati nanti ke... bila kita disoal pula?
Oleh kerana itulah Allah swt dalam kitab suci al Quran telah berulang-ulang kali mengingatkan kita untuk mencari ilmu, kerana orang yang pandai itu tak akan main ambil apa sahaja yang disampaikan kepadanya. Mereka akan fikir dahulu. Itulah gunanya akal fikiran yang Allah sediakan untuk manusia.
Sekarang ini sangat mudah untuk sebarkan apa sahaja, tetapi kita sebagai manusia yang berakal, sepatutnya gunalah akal kita untuk berfikir sebelum main 'forward' apa sahaja. Jangan main sedap copy paste dan tulis tentang 'kejahilan' dan 'kekufuran' oarng lain sedangkan kita pun tak tahu diri kita macam mana. Sekalipun kata-kata itu datangnya dari 'ulamak' yang terrer... atau 'tok guru' yang 'renowned' tapi mereka tetap manusia biasa, kerana mereka mempunyai 'limit' untuk menjadi manusia sempurna. Apa sahaja yang mereka tafsirkan adalah sekadar 'tafsiran' sahaja bukannya sesuatu yang 'pasti'.

Wednesday, October 22, 2014
Beraya Sakan
Assalam
Hari ini memang cuti pun untuk membolehkan kaum India menyambut perayaan mereka. Buat mereka yang beragama Hindu, saya ucapakan Happy Deepavali.
Kami, iaitu suami dan saya, sibuk dengan taman di rumah kami. Banyak yang kena kami lakukan dan alhamdulillah, dapatlah kami uruskan pada hari cuti ini. Selepas itu, kami ke Lenggeng untuk urusan tanah kami di situ. Sebelum kami ke Lenggeng, kami singgah sebentar di Restoran Aunty Aini di Nilai untuk makan tengah hari. Restoran ini sangat terkenal dengan makanan Melayunya yang enak, begitu juga makanan Baratnya dan restoran yang dikelilingi taman dan sangat cosy ini, kerap terpampar di stesen televisyen Pelancongan dan Barat kerana populariti makanannya. Kebetulan hari ini saya bertembung dengan tuan punya restoran dan kami berbual-bual. Rupa-rupanya Aunty Aini sangat rapat dengan seseorang yang saya juga kenali. Alhamdulillah.
Setelah selesai urusan kami di Lenggeng, kami pun meronda-ronda dan selepas itu hujan turun dengan lebat. Kami pun pulang ke rumah dan minum teh tarik serta makan jemput-jemput pisang. Memang sedap terutama bila cuaca dingin.
Malam ni pula, kami bercadang untuk ke Restoran Arab pula untuk makan malam. Kami akan makan bersama anak-anak dan cucu-cucu.
Okeylah... orang lain beraya sakan, kami pun beraya samalah...

Tuesday, October 21, 2014
Apa Maksudnya Syirik?
Assalam
Mungkin ramai yang tak pasti sangat dengan maksud syirik. Banyak yang tahu kalau kita menyengutukan Allah, itu maknanya syirik. Mungkin bayangan kita pergi kepada berhala, atau mata kita melihat rumah sembahyang kaum dan agama lain, tapi kita terlupa bahawa maksud syirik lebih mendalam dan kuat daripada itu.
Selagi kita dapat rasakan seolah-olah ada kuasa lain yang lebih besar daripada kuasa Allah swt, maka itu juga merupakan satu perbuatan syirik. Kalau kita rasakan ada manusia yang dapat menguasai hidup kita seolah-olah 'control' hidup kita lalu dengan itu kita jadi takut dengannya dan mungkin kerana takut dengannya, kita terlupa bahawa kita ada Tuhan. Itu juga merupakan satu perbuatan syirik. Sama juga dengan kuasa benda-benda material yang mampu membuat kita rasa benda-benda itu penting dalam hidup dan mempunyai kuasa besar untuk mengawal hidup kita, mungkinkah ini juga dikatakan syirik? Bukankah kelakuan ini menduakan Tuhan kita kerana kita sangat takut kalau tak ada duit kehidupan kita akan terjejas dan kerana material, kita lupa pada Tuhan. Manusia sanggup buat maksiat kerana taksub pada material. Manusia tolak Tuhan ke tepi kerana mendahulukan material kerana baginya tanpa material dia tak mampu untuk hidup. Bermakna tidak penting ada Tuhan atau tidak. Nauzubillah min zalik.
Mungkinkah ramai di antara kita yang tersesat kerana tidak sedar bahawa kita menghambakan diri dan waktu untuk material tanpa pedulikan sangat pada Allah? Mungkin ada yang kerjakan solatnya, tetapi mendahulukan 'material' kerana baginya material itu dapat membela hidupnya.
Bila kita cerita tentang kuasa manusia, terfikir tak kita bahawa hari ini terlalu ramai para ulamak dan juga manusia biasa yang sangat taksub pada 'imam' tertentu dan para tok guru tertentu hinggakan kata-kata imam dan tok guru itu jauh lagi penting daripada kata-kata Allah seperti yang tertera dalam al Quran. Malah, kedudukan imam-imam ini jauh lagi penting daripada kedudukan Nabi Muhammad SAW, sedangkan Nabi junjungan kita itu tak pernah pun berimam dengan imam-imam yang menjadi 'orang penting' dan mengtaksubkan manusia hari ini. Pernah tak kita terfikir, mungkinkah perbuatan seperti ini sedang menyesatkan kita dan mensyirikkan aqidah kita kerana kita taksub untuk mengikut kata 'imam' tertentu daripada mengikut kata 'Allah SWT' dan Nabi Muhammad SAW?
Saya membangkitkan perkara ini kerana saya sangat bimbang dengan keadaan kita di mana kita sangat teruja dan memuja 'imam-imam' tertentu tanpa mahu sedar bahawa imam-imam ini adalah manusia biasa yang tak pernah pun disebut nama mereka dalam al-Quran, tidak juga pernah disebut oleh Nabi Muhammad SAW, sedangkan kalau kita mengucap syahadah, hanya nama Allah dan nabi junjungan kita sahaja yang mengesahkan syahadah kita itu. Jadi macam mana? Cuba kita fikir-fikirkan hal ini, siapa yang penting untuk menegakkan aqidah kita sebagai seorang Muslim? Siapa yang lagi besar daripada Allah SWT?
Semoga kita jadi manusia yang berilmu, yang mampu berfikir, tidak sekadar buat copy dan paste selagi apa adanya yang disebarkan oleh manusia-manusia lain. Sehebat mana sekalipun manusia itu, tak mungkin lagi hebat daripada Allah SWT atau Nabi junjungan kita Muhammad SAW.

Monday, October 20, 2014
Jaga Tepi Kain Orang...
Assalam
Mungkin kita tak perasan kot, tapi kalau kita perhatikan, memang ramai orang kita suka buat kerja dengan ikut-ikut cara orang lain, termasuklah cara orang Barat. Yang peliknya, kadang-kadang ada benda yang sepatutnya kita buat, tapi kita tak buat pun. Misalnya untuk menyayangi kehidupan atau living things, termasuk binatang dan kehijauan atau tumbuhan. Yang itu, ramai yang lupa nak ambil kisah. Terlalu ramai yang berlaku zalim pada haiwan dan pandang rendah pada sesetengah haiwan, sedangkan Allah swt tak pernah pun suruh kita buat macam tu, begitu juga Banginda Rasulullah, Nabi Muhammad saw, tak pernah minta kita berlaku zalim pada haiwan, namun terlalu ramai orang Melayu yang mengamalkan hidup begitu, memandang serong pada sesetengah jenis haiwan. Mana mereka belajar kita pun tak tahulah. Apa yang saya dapat lihat ialah mungkin mereka telah tersilap dapat info dan mungkin 'ustaz' yang menyampaikan maklumat, jenis yang tak cukup bijak. Ada perkara yang tidak penting dipentingkan, tetapi perkara penting diketepikan! Wallahuaklam.
Sekarang ini, kalau kita lihat pula, dah macam-macam adat baru yang diamalkan orang Melayu kita. Dulu tak pernah ada pun, tapi dek kerana nak sangat ikut cara orang Barat, ramai yang sedang mengamalkannya dan jadikan budaya orang kita. Misalnya, bila nak kahwin, diadakan pula majlis 'Bachelor party', konon-konon nak meraikan kehidupan ornag bujang sebelum menjadi seorang isteri dan suami. Beria-ia pula mereka lakukannya. Lepas tu, bila mengandung, ada pula 'baby shower' party yang dianjurkan oleh para ibu-ibu untuk menyambut kelahiran bayi mereka. Beria-ia juga majlis ini diadakan. Kalau dulu-dulu, kita amalkan sambutan hari jadi, sekarang ini dah semakin menjadi-jadi. Semakin hari semakin jadi macam orang Barat. Segala apa sahaja 'mat salih' buat, kita pun praktik juga sebab takut kalau tak buat, nanti kita ketinggalan. Masalahnya buat benda-benda ni akan membuatkan kita menjadi manusia yang 'materialistic' sebab kita mengharapkan hadiah dan sponsor. Ada ketika, kita terlalu kemaruk hinggakan nak beranak pun nak minta orang tolong bayarkan! Nak jadi apa dengan kita, saya pun tak tahulah. Sepatutnya, kita semakin rajin bersedekah bila terasa yang diri mempunyai harta yang lebih kerana ini merupakan kewajipan kita. Tapi malangnya, kita semakin hari semakin kuat membazir dan kuat pula mengharapkan pemberian orang!
Semakin teruk, apabila budaya kita sangat berubah. Ada tu suka menghantar info yang berupa 'kebaikan' terutama dalam hal agama, tetapi dalam masa yang sama, orang yang sama juga terlibat untuk menyebarkan info yang berupa 'fitnah'. Saya katakan 'fitnah' kerana kita tak tahu dari mana datang punca cerita dan kebenaran cerita yang kita sebar itu. Kadang-kadang konon-konon sekadar melawak, tetapi pada realitinya cerita itu sudah menjadi fitnah.
Ada tu pula, memang sangat sibuk dengan hal orang lain hinggakan kita sanggup membuka aib orang dengan sengaja. Misalnya kita melihat sesuatu di instagram, mungkin gambar seorang pelakon yang kita minati, lalu kita bersangka buruk kerana kita ingat apa yang kita lihat itu merupakan satu perbuatan maksiat, namun kita tak tahu pun pada realitinya apa yang kita lihat itu adalah satu kebenaran, di mana seleberiti itu sebenarnya sedang bergambar dengan wanita yang merupakan isterinya. tetapi kerana kita tak tahu, kita pun menyebar fitnah sana sini! Nauzubillah min zalik.
Begitulah hidup kita hari ini, terlalu ramai yang suka menjaga tepi kain orang hingga sanggup masuk kelambu orang sekali! Tetapi malangnya ada ketika apa yang kita sangka betul, sebenarnya mungkin tak betul!
Sama juga dengan manusia yang mungkin anggap isteri seseorang itu merupakan 'queen control' kerana sangkanya isteri berkenaan menjaga 'buku cek' suaminya, rupa-rupanya tidak pun. Sengaja sang lelaki kata begitu untuk mengelak 'wanita kemaruk' daripada cuba mengikis wangnya!
Adoii... sampai bila agaknya kita akan terus terjerat dengan perkara-perkara begini yang akan menjadi dosa buat kita? Atau mungkin kah kita rasa okey sahaja asal hati kita bahagia?
Jom apa lagi... teruskan jaga tepi kain orang lain!

Sunday, October 19, 2014
Jangan Obses
Assalam
Ah... ramai yang tanya saya bila nak publickan semula blog saya ni... hehe, biarlah dulu kot. Bila saya dah tak sibuk okeylah kot.
Alhamdulillah, hujung minggu yang lepas ni saya memang kesibukan. Kami ke Janda Baik, pergi juga menghadiri majlis aqiqah cucu saudara di Taman Tun, lepak-lepak di Pavilion, tempat favourite saya... apa lagi yang saya buat kalau bukan bershopping? Sebenarnya saya dan suami sedang buat persediaan untuk ke luar negara bulan hadapan. Kali ini, kami akan ke negara matahari terbit, iaitu Jepun. In syaa Allah kami akan ke Tokyo dan Kyoto dan bulan November negara Jepun akan kesejukan walaupun belum winter lagi. Itulah sebabnya kami kena bersedia dengan pakaian yang sesuai.
Saya juga sibuk menguruskan hal-hal kerja. Ke Janda Baik pun untuk hal kerja, cuma saya tak lama di sana. Saya biarkan yang lain-lain menguruskannya.
Okeylah... sekadar untuk mengingatkan diri saya dan anda yang saya sayang. Sekalipun mungkin kita mahu kelihatan cantik dan muda selalu, itu tak bererti yang kita perlu obses lalu melakukan apa sahaja untuk pastikan kecantikan kekal pada diri. Janganlah jadi manusia syirik kerana bila kita percaya bahawa ada kuasa lain yang besar selain daripada Allah swt, kita sedang mensyirikkan diri, nauzubillah min zalik. Jangan menjadi hamba kepada produk kecantikan yang mungkin satu hari nanti mampu memakan diri kita. Berjaga-jagalah. Memang tak salah untuk mengambil berat untuk mencantikkan diri, tapi menjadi kesalahan kalau kita obses dan melakukannya dengan mengubah apa yang Allah dah berikan pada kita.
Salam sayang.
Ketika kami berehat dan buat kerja di Janda Baik, Pahang

Friday, October 17, 2014
Betul Ke Lelaki Tak Beremosi?
Assalam
Itulah yang sering kita dengar. Kalau dibandingkan dengan perempuan, lelaki payah nak beremosi. Mereka lebih logik atau rasional, lebih tak kisah terutama dengan apa-apa yang berkaitan dengan 'feelings'. Sebab itu kot lelaki senang sangat berkata 'sayang' sana sini kerana rata-rata 'sayang' mereka tak berharga pun! Wow... bunyi macam zalim aje...
Saya berbual-bual dengan seorang lelaki yang saya kenal. Dia ni memang 'brutal' giler, memang jenis lanyak siapa sahaja. Dia memang jenis orang kata 'hati kayu', memang tak ada feelings. Awek merata-rata, tak kisah siapa sahaja, termasuklah isteri orang, tunang orang, girl friend orang, perempuan single dan juga perempuan yang pernah berkahwin tetapi kini tak ada suami!
"Aku tak kisah... kalau dia orang bagi, aku memang terima punya." Itulah katanya. saya memang faham maksudnya kerana saya memang tahu dia lelaki jenis apa. "Bagi aku... rugi kalau tolak kot."
"Tapi... kau tak rasa terikat ke? Kau tak rasa apa-apa ke pada mereka ni?" soal saya untuk kepastian.
"Bagi aku, aku tak rasa apa-apa pun. Aku tak beremosi dengan hal-hal macam ni. Mereka boleh datang dan pergi. Macam susu dalam kotak. Bila elok aje, aku minum. Bila dah tak sedap, aku campak aje..."
"Kau tak rasa sedih ke bila break up?"
"Buat apa nak sedih? Bukan ada apa-apa pun... lainlah kalau aku betul-betul jatuh cinta. Tapi kalau aku cinta, aku akan bela baik punya. Aku akan bagi hati aku ni. Kalau dia pergi, mesti aku tak sanggup punya. Masa tu, barulah aku beremosi."
"Boleh pulak kau macam tu?" soal saya lagi.
"Memang boleh. Aku kan lelaki... lelaki rata-rata memang macam tu. Kalau kami tak sayang pun, kami boleh kata 'sayang'. Senang macam tu... kalau tak, susah pulak nanti. Tapi kalau yang betul-betul kami sayang, kami jaga macam 'tatang minyak yang penuh.' You give the best! Bawak holiday tempat best2, bagi hadiah yang 'fantastic' ada harga, bagi segala-galanya, termasuk kasih sayang yang melimpah-limpah. Tapi... yang lain-lain ni, aku treat macam nasi lemak bungkus aje, bila nampak macam basi... aku buang aje kat dalam tong sampah. Lagipun... buat apa nak beremosi... mereka ni yang biasanya tersua-sua."
Memang dia buat perempuan macam 'sex toy', dijadikan bahan mainan sahaja. Buat suka-suka.
Adoii... tersirap darah saya ke muka mendengar kata-katanya. Rasa macam nak marah, tapi iyalah... dah lelaki memang macam tu kot. Payah nak beremosi kecuali dengan orang yang betul-betul mereka sayang. Kalau yang mereka sayang tu... harganya mesti tinggi kot. Sebab itu mungkin lelaki mampu untuk beremosi hanya dengan mereka yang betul-betul mereka cinta. Kadang-kadang, lelaki saja suka-suka untuk 'cuba' sana sini sekadar untuk 'test the market'. Bila rasa perlu campak, mereka tak fikir panjang, masa tu juga mereka mampu untuk campak!
Perempuan pula sangat berbeza. Perempuan yang punyai maruah tinggi, biasanya mereka sangat setia. Tapi bila dikhianati, mereka juga pandai membalasnya. Tapi yang penting, kalau jadi perempuan, janganlah jadikan diri alat lelaki. Memang rugi besar.
Wallahuaklam.

Thursday, October 16, 2014
Tenang Sudah Hati Ini
Assalam
Ya... memang ramai yang tak akan membaca entri ini, tetapi inilah yang hendak saya katakan, saya mahu mencari ketenangan buat seketika. Bukannya apa, tapi saya mempunyai banyak tugasan yang hendak saya selesaikan. Kalau ralit melayan media sosial sana sini, memang saya tak dapat hendak siapkan kerja-kerja saya. Asyik tertunda aje. Bila hati saya tenang, lagi mudah saya nak selesaikan kerja-kerja yang memerlukan konsentrasi minda dan jiwa. Memang betul, bila kita nak menulis, pasti kita perlukan hati yang mampu menjiwai penulisan kita, barulah semuanya bermakna.
Untuk makluman anda semua, kemungkinan besar juga saya tak sempat untuk menulis manuskrip novel buat sementara waktu ini. Walaupun pembaca tegar saya meminta untuk saya terus menulis novel, tetapi kerana penglibatan saya dalam 'area' yang berlainan ini, saya tak mempunyai cukup masa untuk menulis manuskrip juga. Tetapi in syaa Allah akan saya teruskan bila sudah ada kelepangan nanti. Doa-doakan ya.
Okeylah... saya tak nak buang masa lagi. Sehingga di lain entri... salam sayang buat semua yang saya sayang.

Fida dan Elfira Loy sebagai Insyirah dan Imanina sedang mendengar arahan pengarah untuk drama Setulus Janji
Wednesday, October 15, 2014
Kenapa Private?
Assalam
Ya... sengaja saya ubah setting untuk blog saya ni... dari public kepada private.
Mungkin saja-saja kot... biar tak ramai yang membaca apa yang saya tulis kat blog saya ni. Kadang-kadang mungkin kita nak privacy, tak mahu berkongsi segala-galanya dengan semua orang... hehe
Mungkin ada pembaca saya tertanya-tanya kenapa Kak Aina privatekan blog Kak Aina? Jawapannya mudah sahaja... kadang-kadang kita terasa macam nak buat sesuatu yang berbeza, bukan benda yang sama setiap hari. Saja nak berubah angin. Biar tak ramai yang tahu apa yang saya tulis...

Tuesday, October 14, 2014
Setulus Janji Lagi
Assalam
Pernah buat janji tak? Kita berjanji pada si dia bahawa kita akan hidup se mati... tapi macam mana kita nak tahu yang kita mampu untuk mati bersama-sama? Mesti tak boleh kan? Sebab qada' dan qadar adalah hak Allah SWT... kelahiran dan kematian juga. Malah... jodoh kita pun begitu. Ada ketika, kita menjadi sangat pasti bila gagal perkahwinan pertama, pasti perkahwinan kedua akan jadi lebih baik lagi, tapi malangnya... tak sempat empat bulan kita dah bercerai sekali lagi! Ada tu... kahwin berkali-kali dan semuanya tak menjadi-jadi. Memang bukan hak kita untuk mendapatkan kepastian. Janjilah apa-apa pun... kadang-kadang janji tak mampu kita tepati kerana banyak benda yang menjadi luar dugaan.
Ada ketika kita marahkan seseorang yang mungkin pernah kata pada kita yang dia akan menolong kita lakukan sesuatu yang kita mahu. Tetapi orang yang nak menolong itu juga mempunyai syarat-syaratnya, dan akhirnya janji yang pernah diaturkan itu tak menjadi kerana mungkin syarat yang diatur itu juga tak menjadi. Maka terbatallah janji yang tak pernah cuba dibentangkan. Macam kita tanda tangan kontraklah... ada ketika kita yang tersalah, maka perjanjian yang diatur dalam kontrak terus sahaja terbatal. Kita nak salahkan siapa? Mestilah pada diri sendiri kan?
Sebenarnya, kalau kita fikir-fikirkan... tak semua yang kita mahu dalam dunia ini kita mampu dapat. Apatah lagi kalau apa yang kita mahukan bukan sesuatu yang ikhlas sebagai seorang Muslim. Apabila kita bergantung pada hal-hal yang pentingkan diri sendiri, biasanya Allah tak makbulkan permintaan kita. Kalau kita dapat pun, mungkin tak ada barakahnya dan akhirnya nanti akan menjadi satu kemudaratan untuk kita. Jadi... biarlah kita berjaga-jaga bila mahukan sesuatu janji itu ditepati. Sebelum berjanji, pastikan janji itu janji yang 'bersih' bukan sesuatu yang 'tak baik'. Mungkin baik untuk kita, tapi tak baik untuk orang lain.
Begitulah kita manusia. Terutamanya bila kita mahu dirikan rumah tangga. Macam-macam yang kita janji...
Wallahuaklam...
Scene-scene drama Setulus Janji - Insyirah dan Imanina di sekitar Manchester. Comel tak Fida dan Elfira? Cantik tak kawasan Manchester?

Monday, October 13, 2014
Setulus Janji di Manchester
Assalam
Apa yang saya lihat setakat ini, pelakon-pelakon dan krew drama Setulus Janji sedang berbahagia di Manchester. Iyalah... bukan selalu dapat ke sana, kan? Selalu dengar tentang Manchester United lah, Manchester City lah... tiba-tiba dapat melihat stadium-stadium tu dengan mata kepala sendiri. Mestilah rasa seronok.
Bila saya tunjuk gambar-gambar tu pada suami saya, terus dia kata, "Hah rindunya nak pergi ke UK... jom... jom!"
Saya tergelak sahaja sebab memanglah rasa macam tu. Manchester tu macam kampung kami. Dua orang anak kami dilahirkan di sana. Yang sulung dan yang bongsu. Kami pun selalu ke sana, cuma sejak kebelakangan ini dah lama tak ke sana. In syaa Allah kalau masa mengizinkan, kami akan cuba pergi... mungkin tidaklah secepat mungkin kerana banyak perancangan lain.
Okeylah... hari ini hari Isnin, semoga anda sekelian bersemangat tinggi untuk mulakan minggu ini.
Wassalam.
Betapa romantiknya bila Rizuan (Fahrin Ahmad) berjalan-jalan dengan Imanina (Elfira Loy) di Manchester untuk drama Setulus Janji. Rizuan sedang cuba untuk ambil hati Imanina... semoga berjaya.

Sunday, October 12, 2014
Fikir Untung Sahaja...
Assalam
Semalam, saya sibuk ke majlis perkahwinan anak-anak kepada kawan-kawan suami saya semasa belajar di MCKK dulu. Biasalah suami saya dan gengnya. Mereka sangat rapat, jadi para isteri-isteri pun terpaksa merapatkan diri sesama sendiri. Kebetulan juga, majlis yang diadakan di malam hari semalam, merupakan satu majlis yang sungguh grand, ada tetamu-tetamu VVIP. Kebetulan juga, rakan suami saya itu merupakan usahawan yang sangat berjaya. Orang berduit pasti menyediakan majlis perkahwinan yang grand untuk anak-anak. Tapi kalau kita kurang duit, buatlah apa yang kita mampu. Jangan pula dah tahu tak berduit, tapi berangan nak buat macam majlis raja-raja!
Sajalah nak cerita sedikit tentang perilaku manusia. Kadang-kadang kita pun mungkin jadi terkejut kalau sedar bahawa ada karakter yang kita sangka macam alim, rupa-rupanya hanya alim kucing. Macam kucinglah... sentiasa mahu mencari ikan, kalau tak dapat yang berisi, tulang pun jadilah!
Baru-baru ini, adalah musibah yang terjadi di rumah bekas jiran saya (bukan di tempat sekarang) dan kebetulan, anak-anaknya menguruskan hal kematian ibu mereka. Ibu mereka meninggal di rumah, jadi memang ada rancangan untuk membawa jenazah ke surau, tetapi cadangnya untuk bawa bila siang hari esoknya. Ibu mereka meninggal di malam hari.
Tapi... adalah satu karakter ni yang mahu anak-anak si mati membawa jenazah ibu mereka di malam hari itu juga. Alasannya begini, "Kalau jenazah ada kat surau, lagi ramai orang boleh datang melawat sebab nak parking senang. Bila ramai yang datang, ramailah collection kamu nanti sebab biasalah bila orang meninggal, ramailah yang nak bersedekah. kamulah untung nanti..."
Ya Allah ya Tuhanku... bila saya diceritakan hal ini, saya sungguh terkejut. Kebetulan, ketika kematian ibu mereka, saya berada di Indonesia, tetapi anak-anak saya mewakili saya dan suami untuk menziarahi jenazah. Kata-kata itu tadi dikeluarkan di depan anak-anak saya dan anak-anak arwah jiran saya.
Begitulah manusia, sekalipun mungkin merupakan orang kuat surau, tapi kalau kepala otak hanya fikirkan 'untung' dari segi material, maka tak tahulah kita jenis amalan baik apa yang dipraktikkan ketika menjadi orang kuat surau.
Saya memang biasa dengar tentang 'collection' yang diharapkan bila sesebuah keluarga itu mengaturkan majlis perkahwinan. Ada tu memnag sengaja mengajak tetamu yang ramai dengan harapan lebih banyak collection yang akan dipungut! Nauzubillah min zalik. Tapi... untuk urusan 'orang mati' pun sama juga kepala otaknya???
Bukankah lebih baik dan afdhal kalau kita bersedekah ketika ahli keluarga meninggal bagi pihak ahli keluarga kita itu? Apa sahaja yang kita sediakan dari segi makanan atau urusan kematian, biarlah kita lakukan dengan ikhlas untuk si mati, bukan dengan harapan kita akan berjaya mendapat keuntungan yang besar kerana ramai yang akan menyumbang!
Sedihnya bila saya dapat tahu hal ini. Mujurlah anak-anak bekas jiran saya tidak mata duitan dan mereka abaikan kata-kata 'orang kuat surau'. Bagi mereka, biarlah mereka uruskan pemergian ibu mereka dengan penuh rasa kasih dan sayang bukan dengan mengharapkan sumbangan orang di sekeliling!
Untuk makluman anda, blog saya ini kerap dikunjungi 'penggemar drama Melayu' kerana ligat di instagram pelakon-pelakon terbabit dengan penggambaran drama 'Setulus Janji' di Manchester . Yang rajin update instagramnya ialah Elfira Loy, Fahrin Ahmad dan juga Fida Ibrahim. Memang cantik-cantik gambarnya membuatkan saya juga teringat pada Manchester.
Wassalam.
Salah satu scene dalam drama Setulus Janji.
Imanina (Elfira Loy) dan Insyirah (Fida Ibrahim) sedang berbual-bual di Manchester

Friday, October 10, 2014
Nostalgia Di Manchester
Assalam
Sejak pelakon dan krew drama Setulus Janji tiba di Manchester, mereka banyak upload gambar-gambar menarik di Instagram masing-masing. Ada yang connected dengan saya jadi dapatlah saya tengok. Memang cantik-cantik. Semestinya gambar-gambar ini mengingatkan saya kepada Manchester, tempat yang pernah menjadi tempat tinggal kami sekeluarga lebih dari enam tahun. Tempat ini juga merupakan tempat tinggal anak sulung saya suatu ketika dahulu. Malah, selepas saya menulis novel Setulus Janji, saya pernah ke Manchester dan melepak lama di sana. Ketika itu, Faiz anak sulung saya masih berada di sana.
Bila saya lihat gambar Fida Ibrahim di Manchester, saya teringat kepada kehidupan kami suatu ketika dahulu. Ketika itu, saya dan suami sibuk belajar. Saya buat Masters, suami pula buat PhD. Sama-sama sibuk, jadi terpaksalah kami didik anak-anak supaya pandai jaga diri dan membantu kami di rumah.Sebab itu mungkin anak-anak saya, mereka dah biasa independent. Sebab itu juga, mereka suka buat bisnes dan cari sesuatu yang mencabar.
Saya baca kisah pelakon Hollywood, Angelina Jolie ... dia mengatakan bahawa ibunya merupakan seorang ibu yang tegas tetapi sanggup pindahkan gunung sekiranya perlu, untuk anak-anaknya. Hahaha... saya tergelak... sebab saya rasa mungkin saya juga seperti ibu Angelina Jolie. Saya sangat tegas dengan anak-anak. Hingga sekarang, walaupun mereka semua sudah dewasa, bila saya perlu tegur atau marah, saya akan melakukanya. Yang penting buat saya ialah kebaikan untuk mereka. Saya memang bukan jenis manusia yang sibuk tentang hal peribadi anak-anak, termasuk rumah tangga mereka (bagi yang dah kahwin), tetapi kalau ada sesuatu yang saya rasakan akan menjejaskan keharmonian keluarga atau masa depan mereka, saya akan tegur!
Dalam pada itu, sayalah merupakan penyokong kuat mereka. Walaupun kadang-kadang mereka membentangkan sesuatu yang rumit dan pelik, saya akan cuba fahami dan menyokong mereka. Saya percaya dengan kebijaksanaan mereka dan saya tahu anak-anak saya memang jenis manusia yang tak tahu duduk diam. Mereka semua adalah workaholics. Alhamdulillah, Tuhan berikan semangat dan kesabaran buat mereka dan semestinya, saya sebagai ibu, saya berada di belakang mereka. Alhamdulillah, Allah izinkan nikmat ini.
Oleh kerana itulah, saya tak kisah pun kalau anak-anak saya mahukan saya menjenguk dan memastikan anak-anak mereka di bawah perlindungan kami ketika mereka bekerja. Bagi saya, inilah keharmonian keluarga. Saya tak suka berkira tenaga dan masa dengan ahli keluarga sendiri, asal sahaja Allah izikan masa dan kesihatan buat kami.
Setiap pagi saya akan berjumpa dengan semua anak-anak saya dan setiap petang juga, in syaa-Allah. Kami selalu berkumpul dan alhamdulillah, mungkin pengalaman kami tinggal di Manchester telah berjaya menguatkan silaturahim kami sebagai sebuah keluarga. Syukur pada Allah yang Maha Kuasa.
Wassalam.
The Lake District - tak jauh dari Manchester dan merupakan tempat favourite kami sekeluarga.

Thursday, October 09, 2014
Takut Dengan Bayang-Bayang...
Assalam
Baru-baru ini, saya berbual-bual dengan seorang kawan. Dia bercerita tentang pengalaman hidupnya. Katanya, "You pernah tak berasa takut?"
Jawab saya, "Mestilah ada. Tapi you takut ke? Kenapa?"
"Entahlah... kadang-kadang I rasa I ni takut dengan bayang-bayang I sendiri..."
Saya tergelak di hujung talian. "Bukan ke ramai yang macam tu? Tak bersebab pun boleh jadi takut."
"Iya... memang I percaya ramai yang macam tu. Tapi I ni... mungkin I rasa banyak dosa kot."
"Kalau rasa banyak dosa, rajinlah buat solat taubat. Kalau rasa tak berdosa pun kita patut buat solat taubat sebab manusia ni memang tak lari dari buat dosa. Tak kira kecil atau besar. Kadang-kadang kita tak perasan pun."
"Tapi... I tahu I memang banyak buat salah. Dulu... masa I berkahwin, I pernah menduakan suami I. I bergelar seorang isteri, tapi I pergi berdating dengan lelaki lain. Dah tu, I boleh berjam-jam telefon dengan lelaki lain... dan suami I tak tahu."
"Kenapa you buat macam tu?"
"Entahlah... agaknya I rasa bosan. I nak perhatian kot."
"Suami you tak beri you perhatian ke?"
"Dia sibuk bekerja. I pun sibuk jugak. Tapi... I rasa macam hilang selera dengan suami I tu. Tiba-tiba I rasa macam ada lelaki lain yang jauh lagi macho daripada suami I."
"Hmmm... biasa kot perempuan rasa macam tu. Tapi kita kan boleh bersabar? Perempuan... kalau rasa bosan pun, mungkin jauh lagi senang untuk membawa kesabaran dalam dirinya." Itulah kata saya.
"Tapi... I mungkin nak balas dendam kot... satu ketika dulu, suami I pun pernah ada girl friend. Dia buat hal di belakang I. I memang geram. Tapi dia dah putus dah dengan perempuan tu dan dia berjanji tak akan buat lagi. Malangnya bila kesempatan datang pada I, I pulak mula buat hal. Mungkin I nak buat 'fair and square'. Tapi sebabkan hal itu, rumah tangga kami runtuh. I hancurkan harapan anak-anak I. Everything tumbled down. Kami bercerai."
"Mesti you dah jangkakan tu, kan?"
"Mula-mulanya I buat sebab suka-suka aje. Mungkin nak test market kot. Tapi bila dah melarat, I memang tak boleh control. Tahu-tahu I dah berada dalam 'deep shit'! Tak boleh nak keluar dah. Bila kami bercerai pun, I tak kahwin pun dengan lelaki tu. Dia pun suami orang. Dia tak nak tinggalkan isteri dia dan dia tak mahu madukan isteri dia. Sebenarnya dia sayangkan isteri dia. I lah yang terkantoi! Ex husband I dah lama kahwin lain... tapi I masih macam ni. Asyik takut aje..."
"Buat apalah you buang masa you macam tu? Sepatutnya you cuba perbaiki apa sahaja yang kurang. Allah berikan you masa ini dan gunakanlah masa dengan sebaik mungkin. Buatlah benda-benda baik. Memang banyak benda yang you boleh buat. Kalau kita buat benda baik, lama-lama kita akan berasa lega. Hati dan jiwa kita akan berasa tenang. Manusia tak lari daripada buat kesilapan, tetapi Allah Maha Pengampun. Mintaklah ampun, in syaa Allah you akan berasa lega. Don't waste your time. Bila you bertaubat, jangan lagi buat benda-benda yang tak elok ni. Pasti you tak akan takut dengan bayang-bayang you lagi..."
Wallahuaklam. Semoga kita semua sentiasa bertaubat pada Ilahi dengan hati yang ikhlas. Berniatlah untuk melakukan kebaikan.

Wednesday, October 08, 2014
Penyakit Yang Merosakkan...
Assalam...
Sebelum saya bercerita panjang, sajalah nak maklumkan kepada anda sekelian bahawa saya pun baru saja dapat tahu yang sound track untuk drama Setulus Janji adalah sebuah lagu ciptaan Ajai bernama Frman Cinta yang akan dinyanyikan oleh Fida Ibrahim, juga heroin drama tersebut. Music videonya akan dirakamkan di Manchester!
Okeylah... saya nak bersembang tentang penyakit orang sekarang yang mungkin sedang merosakkan perhubungan sosial masyarakat hari ini. Cuba kita perhatikan, di mana-mana sahaja, orang ramai akan memegang telefon bimbit mereka atau gadget lain seperti iPad dan lain-lain dan dengan gadget inilah semua orang menjadi ralit dan leka. Lebih seronok tengok skrin gadget masing-masing daripada berbual atau bersosial dengan orang yang berada di sekeliling. Kadang-kadang tu, di sebuah ruang, masing-masing semua ralit dengan gadget sehinggakan ruang itu menjadi kosong pada realitinya!
Ada yang berchatting, ada pulak yang suka benar berselfie!
Pelik bin ajaib, tapi inilah penyakit orang sekarang. Bukan hanya yang muda sahaja ralit, kadang-kadang yang tua pun sama naik. Ada yang sibuk berinstagram, ada yang sibuk berFB, ada yang sibuk bertweet, ada yang sibuk berchatting kat Whatsapp, Telegram dan yang masih ketinggalan tu, ada juga yang masih chatting kat BBM! Apa-apa pun, yang pasti ini merupakan penyakit yang sedang merosakkan segala perhubungan.
Banyak kes perceraian akibat gejala ralit dengan media-media sosial ini, Banyak kes 'curang' akibat penyakit ini. Banyak kes 'tak tahu berkawan' kerana ralit dengan gadget hinggakan tak tahu nak berinteraksi dengan manusia secara berdepan.
Kata seorang kawan, "Hari ini manusia lebih pentingkan orang yang jauh sedangkan yang dekat di mata, diabaikan." Iya sungguh... kerana ralit berchatting dengan orang yang kita tak nampak, orang yang ada bersebelahan kita, kita abaikan! Nauzubillah min zalik.
Dalam pada itu, ramai juga kerana penyakit seperti ini, ada yang suka jadi 'busybody' suka mengintai aktiviti orang di laman-laman media sosial. Misalnya mengintai orang di 'Instagram', di Facebook atau mungkin di 'Blog'. Ada tu, memang itu sahaja kerjanya, hanya sibuk mengintai orang. Entah apa penyakit kita pun tak pasti.
Cerita seorang kenalan saya yang mempunyai 'blog'. "Aku tak tahu kenapa perempuan ni suka sangat datang ke blog aku. Bila aku update aje entri, mesti dia akan masuk blog aku. Aku memang nampak IP address dia dan dan aku tahu gadget apa dia pakai. Dia aje yang tak tahu aku tahu. Aku tahu dia pernah cuba nak ambil suami aku tapi tak dapat... jadi itulah agaknya dia asyik mengintai blog aku. Nak tahu aktiviti aku kot. Aku rasalah... mungkin elok kalau aku pergi ke ofis dia... biar aku tanya dia, 'Nak apa lagi hah? Buat apa nak mengintai blog aku ni?' Barulah puas hati dia kot!"
Adoii... memang peliklah manusia ni, kan? Apa-apa pun, yang pasti ramai di antara kita mungkin tidak tahu mengguna kemudahan yang ada. Ada tu sambil bawa kereta pun sibuk berchatting, sibuk nak ambil gambar siap berselfie lagi! Tak tahulah nak jadi apa dengan manusia hari ini.
Semoga kita renung-renungkanlah hal ini dan jangan musnahkan kehidupan kita kerana terlalu terpedaya dek kemudahan yang ada pada gadget! Janganlah jadi manusia yang 'peghak' sangat...
Jangan juga jadi manusia 'busybody' yang sibuk nak ambil tahu hal orang. Ada tu, banyak buang masa menjenguk sana sini, nak tahu apa ada di tepi atau dalam kain orang lain!
Penyakit seperti ini, in syaa Allah boleh diperbaiki kalau manusia teguhkan iman lalu dekatkan diri dengan Tuhan, dan lakukan apa sahaja untuk Allah... bukan bertujuan untuk lupa diri atau lupa daratan.
Wassalam.
SEKADAR HIASAN

Tuesday, October 07, 2014
Ingat Perempuan Tak Boleh Bosan Ke?
Assalam...
Semoga anda semua bersemangat untuk melakukan rutin harian, tak kiralah bekerja di tempat kerja atau bekerja di rumah.
Sengaja saya bangkitkan tajuk di atas ini untuk dijadikan bahan cerita entri kali ini. Pernah beberapa tahun yang lalu, saya mengisahkan tentang rungutan seorang kenalan wanita tentang kebosanannya terhadap suaminya. Hahaha... kita biasa dengar tentang lelaki atau suami yang suka buat hal, konon-konon nak cari perempuan lain kerana merasakan bahawa isteri mereka mungkin membosankan. Malah, lelaki memang senang nak buat hal, kadang-kadang mungkin sengaja mencari sebab dan alasan. Maklumlah, konon-konon kuota mereka ada empat! Paling nak buat hal kalau terasa macam poket mereka banyak isi. Malah, perempuan luar pun memang suka yang lelaki berpoket penuh. Ramai yang nak cari macam ni. Kalau yang papa kedana, semua pun tak nak!
Tapi ini yang saya nak ceritakan bila mana para isteri berasa bosan dengan suami mereka. Eh, ingat perempuan tak boleh bosan ke? Memang ramai wanita yang juga mempunyai wang sendiri. Mereka tak berasa gerun dengan lelaki. Jangan ingat lelaki sahaja yang hendakkan isteri menarik, ramai para isteri bosan melihat suami mereka yang semakin hari semakin selekeh! Perut mula buncit mengalahkan perempuan mengandung! Rambut pula kalau yang masih ada tu, macam kusut masai... tak terurus. Pakai pakaian pun comot-comot. Tidur pulak kuat berdengkur macam keretapi lokomotif!
Ya... perempuan juga punyai perasaan. Bukan bermakna bila perempuan bosan mereka nak cari lelaki lain, tetapi mereka malas nak layan suami mereka kerana lelaki yang mereka kahwini itu tidak lagi menarik seperti dulu!
Jadi... ramai perempuan yang sibukkan hal lain. Misalnya sibuk dengan kerjaya mereka. Ada juga lebih seronok belajar agama dan tumpukan perhatian pada Tuhan. Bukan dah tak sayangkan suami, tapi... just boring!
Hahaha... lelaki juga mesti tahu semua ini. Jangan ingat mereka sahaja yang boleh berubah angin. Malah, memang wajib juga lelaki bertanggungjawab untuk jaga penampilan untuk kerutukunan rumah tangga. Perempuan pun macam tu juga, mereka ada cita rasa. Jangan lelaki hanya tahu mahukan isteri yang bergaya menarik, tetapi diri sendiri semakin tak terurus. Kadang-kadang duit banyak, tapi 'take things for granted'. Kalau semakin hari semakin tak menarik, macam mana para isteri nak beri layanan yang baik-baik. Boring maaa!
Inilah cerita teman-teman yang dah lama berkahwin. Kadang-kadang ada para suami yang mula merasakan bahawa isteri-isteri mereka malas nak layan, mereka pun mulalah nak cari lain di sana-sini. Sebenarnya kalau mereka tengok pada cermin betul-betul, mungkin para isteri tak berubah rasa. Para isteri pun inginkan suami-suami yang menarik. Perut biarlah tak buncit sangat. Tidur janganlah macam kapal kargo belayar di lautan, badan tu biarlah selalu wangi. Tak naklah asyik bau peluh yang hanyir....
Memanglah kalau dapat pada wanita yang desperate, mereka tak kisah pun asal sahaja dapat duit. Tak banyak pun tak apa. Sanggup aje...
Tapi bagi para wanita yang tak desperate... adoii... mestilah mereka mula jadi bosan.
Kata seorang kenalan, "I terpaksa bagi tahu my hubby... 'kalau you nak I layan you macam dulu-dulu, you pun kenalah jadi macam dulu-dulu. Walaupun tak mungkin boleh jadi muda dan handsome macam dulu, tapi biarlah tak comot melampau. Janganlah pakai kain pelekat sana sini macam mamak roti canai. Biarlah romantik sikit... tak kaku macam kayu. Asyik mengadap TV'..."
Iyalah... perempuan pun ada perasaan. Jangan ingat lelaki sahaja yang nak isteri bergaya cantik, tetapi ramai para isteri yang mahukan suami mereka sentiasa bergaya. Tambah pula kalau isteri yang selalu expose kepada benda-benda yang menarik! Mata mereka pun mahu yang elok-elok, tak membosankan!
Biarlah sama-sama nampak menarik, barulah senang nak ngam!
Wassalam.
PS:
Anak kedua saya Irfan sudah pun berada di Jerman bersama rakan tugasnya. Mereka bukan melawat tetapi berexhibit di sana.
Pelakon dan krew drama Setulus Janji kini sudah pun berangkat ke Manchester, England untuk 'shooting' di sana.

Monday, October 06, 2014
Pengorbanan...
Assalam
Semestinya anda sedang berehat-rehat, atau mungkin berada di perjalanan, atau mungkin juga sedang sibuk di masjid atau surau... mengurus 'korban' yang dianjurkan penduduk kawasan anda. Apa sahaja yang anda lakukan, semoga mendapat rahmat Allah swt.
Sekarang ini saya sedang rehat. Semalam memang sibuk melayan tetamu yang datang ke rumah dari tengah hari hinggalah ke malam. Alhamdulillah. Walaupun kami tidak lagi ditemani arwah ibu saya, syukur alhamdulillah, masih juga mampu untuk lakukan apa yang mampu kami lakukan. Pun begitu, hati ini tetap berasa 'sunyi' dan 'sayu' bila teringatkan arwah ibu saya. Semoga rohnya dirahmati Allah swt. Al Fatihah.
Sebenarnya, hidup kita ini bernilai tinggi apabila kita banyak melakukan pengorbanan atas nama Allah. Ada juga orang yang berkorban kerana 'rasa sedap di hati' tetapi bukan kerana Tuhan yang maha satu. Kalau kita rasa yang kita sanggup berkorban kerana korban itu akan membawa untung pada diri kita, kadang-kadang pengorbanan yang kita lakukan itu mungkin akan memudaratkan diri kita. Sebaik mungkin, segala pengorbanan yang kita lakukan biarlah di atas nama Allah swt. Allah yang maha satu. Kadang-kadang, dalam rasa sakit dan terluka, kita terpaksa maafkan orang yang kita sayang kerana dengan cara itu kita akan berdepan dengan kelegaan. Itu adalah satu pengorbanan. Kalau kita lakukan kerana kita pasti Allah akan sayangkan kita kerana melakukannya, pasti kita akan berasa tenang. Namun begitu, ramai kita yang tersasar dengan makna 'korban'. Kita tak faham bahawa segala 'pengorbanan' yang kita lakukan mestilah dengan niat yang 'bersih' bukan niat 'kotor'. Kalau kita sangka kita berkorban namun kita melakukannya melalui 'penipuan' maka 'korban' kita itu tak ada maknanya, kerana 'penipuan' itu adalah perbuatan orang munafik! Nauzubillah min zalik. Semoga kita tak keliru menunaikan ibadah 'korban' seperti mahunya agama kita.
Lakukan apa sahaja kerana Allah taala, jangan buat apa pun kerana kata hati kita yang mungkin terbelit dengan kehendak syaitan. Jangan syirikkan pegangan agama kita kerana kita mendahului material, duit, nafsu atau perkara-perkara lain yang memudaratkan diri.
Wassalam.
Melayan antara tetamu-tetamu yang datang semalam
Antara pelajar-pelajar Yemen yang datang ke rumah semalam

Saturday, October 04, 2014
Selamat Menyambut Eidul Adha
Assalam
Walaupun Arab Saudi sudah pun menyambut Eidul Adha pada hari ini, namun tidak salah kalau kita di Malaysia menyambutnya pada hari esok. Apa-apa pun, saya ingin ucapkan selamat menyambut Eidul Adha. Sebenarnya kalau anda sedang kerjakan ibadah haji di tanah Haram, pasti anda tak perasan dengan hari raya itu kerana anda sibuk mengerjakan rukun haji. Melalui detik wukuf di Arafah, melontar di Mina... namun kita di Malaysia, kita sibuk dengan menyambut hari raya. Pastinya juga sibuk mengerjakan ibadah korban. Di tanah suci, kerana terlampau ramai orang, jemaah tak dapat pun nak melihat keadaan korban di sana kecuali kalau sengaja mahu melihatnya.
Saya pun agak hairan jugalah kenapa tahun ini, beria-ia perkara 'puasa sunat Arafah' dikecohkan. Malah, kerja doa ketika saat wukuf di tanah haram juga kita kalut sangat... tahun-tahun yang lepas tak adalah pula kecoh sangat. Tahun ini siap ada ustaz-ustaz yang berentap cuba tegakkan tarikh sepatutnya dilakukan 'puasa sunat Arafah' itu. Memang saya rasa agak pelik kerana tiba-tiba sahaja tahun ini perkara ini dikecohkan. Tahun-tahun sebelum ini, tidak pula. Bukanlah tak elok, apa sahaja perkara baik yang kita lakukan semestinya elok. Cuma saya rasa hairan sedikit. Kalau boleh, saya tak mahulah kita buat perkara-perkara ibadah sunat ini macam sesuatu yang 'trendy'. Bila kita 'trend' kannya, maka kita pun kecoh seolah-olah kalau tak buat macam satu dosa besar, sedangkan perkara itu hanyalah 'sunat'. Banyak perkara wajib yang kita tak kecohkan.
Misalnya 'akhlak' dan 'sedeqah' atau 'zakat'. Banyak orang tak ambil 'pot' pun tentang hal-hal ini. Mungkin solat tak tinggal, mungkin juga puasa tak pernah tak buat, malah puasa sunat pun rajin buat, tapi akhlak masih tak baik. Misalnya suka menyampai-nyampai 'fitnah' di Facebook, instagram, twitter... termasuk telegram dan whatsapp. Apa sahaja yang kita dapat, kita pun copy paste dah hantar pada orang lain atau sebarkan di laman sosial kita tanpa ambil peduli sama ada perkara itu benar ataupun tidak. Malah, ada juga main copy paste apa sahaja yang dianggap 'fakta agama' dan mengandaikan fakta itu tepat, sedangkan mungkin fakta yang kita sebarkan itu hanyalah satu 'Dusta'! Nauzubillah min zalik.
Yang paling tidak menarik, kerana masing-masing semua nak tunjuk 'bagus', konon-konon banyak buat ibadah dan masing-masing pun berceritalah tentang hari-hari yang mereka 'puasa', sedangkan semua itu hanyalah 'sunat' sahaja dan perbuatan 'menunjuk' itu dah terlari dari landasan yang betul. Wallahuaklam. Kalau nak puasa ke atau nak buat apa pun, buatlah, tak payah heboh-heboh.
Sebenarnya, lagi elok kalau kita berdoa dan bertaubat tak kira masa dan tahun. Buat setiap masa selepas kita solat, tak kira minggu apa atau hari apa. Kalau nak puasa pun, puasalah... boleh selalu buat kalau kita nak buat, asal jangan buat kecoh.
Begitulah kalau nak berkorban, tak semestinya mereka yang buat korban di masjid dan di surau berdekatan merupakan orang-orang yang buat 'korban' di muka bumi ini. Ramailah yang buat 'korban' di tempat lain kerana memang banyak lagi yang daif dan perlukan 'pengorbanan' kita semua. Subhanallah.
Semoga kita menghargai masa dan rajinlah buat kebaikan tak kira waktunya. Buatlah sentiasa, agar Allah juga sentiasa menyayangi kita sebagai hamba-Nya. Aamiin.

Thursday, October 02, 2014
Doa Yang Ikhlas
Assalam
Sajalah nak bercerita... baru-baru ini salah seorang anak saudara saya mengepos satu video untuk kami tontoni dan video itu menceritakan kisah benar yang terjadi kepada seorang pakar perubatan di negara Pakistan.
Ceritanya begini. Ada seorang wanita berumur yang mempunyai seorang cucu yang sedang kesakitan. Cucunya itu perlukan rawatan seorang pakar, tetapi malangnya mereka tinggal di kawasan pedalaman yang sangat jauh dari tempat lain. Wanita itu dimaklumkan bahawa dia terpaksa tunggu enam bulan lagi untuk bertemu dengan doktor pakar berkenaan untuk merawat cucunya itu.
Dalam satu kisah lagi, ada seorang doktor yang sedang dalam perjalanan ke destinasinya dengan sebuah pesawat. Malangnya, pesawat berkenaan ada problem enjin dan terpaksa buat landing kecemasan di sebuah kawasan yang remote. Sampai di tempat itu, pilot pesawat meminta doktor itu menaiki kenderaan lain kerana pesawat itu akan mengambil masa untuk dibaikpulih. Maka doktor berkenaan pun menaiki kenderaan lain untuk ke destinasinya. Malangnya,dalam perjalanan doktor dan beberapa rakan lain, terpaksa berhenti kerana cuaca sangat buruk. Hujan lebat dan ribut petir menyekat perjalanan mereka. Ketika itu, mereka melihat sebuah rumah kecil dan menuju ke rumah itu untuk menumpang solat dan juga untuk mencari makanan. Muncul seorang wanita berusia dan menjemput mereka ke ruang solat di rumahnya. Wanita itu juga memberi mereka makanan. Ketika cuaca menjadi lebih baik, mereka pun mahu beransur dari rumah itu. Ketika itulah doktor itu melihat cucu kepada wanita tadi dan bertanya tentang cucunya itu. Wanita itu menjelaskan tentang kesakitan cucunya dan berkata yang dia sedang menunggu untuk dapat rawatan dari seorang pakar perubatan yang akan hanya dapat dalam masa enam bulan lagi. Doktor itu pun bertanya siapakah nama pakar yang dimaksudkan. Wanita itu menyebutnya dan sememangnya nama yang disebut itu adalah nama doktor itu yang sedang berada di depannya.
Alkisahnya... wanita itu tak pernah putus berdoa dan doanya dimakbulkan Allah SWT dengan membawa doktor pakar itu ke rumahnya tanpa menunggu masa enam bulan itu. Masya-Allah... betapa kuasa Allah itu besar hinggakan yang hampir mustahil menjadi tidak mustahil. Cerita ini diberitahu oleh doktor pakar itu kepada para ulama' sekadar untuk maklumkan kepada kita semua agar terus berdoa dengan ikhlas kepada Allah SWT. Jangan putus asa, kerana Allah akan berikan apa yang terbaik buat kita sekalipun mungkin kita berasa berat untuk berdepan dengan ujian Allah. Subhanallah.
PS: Masih ada lagi gambar Jakarta yang saya nak syer. Ini adalah ketika majlis pernikahan dan majlis perkahwinan Sarah dan Tengara.
Wassalam
Tempat pengantin lelaki melakukan akad nikahnya.
Pengantin perempuan tunggu di tempat lain. Akad nikah dilakukan dalam bahasa Arab
Majlis pernikahan - makan sampai dua round
Saya dan Irsyad (anak sepupu saya Ahmad dan Sofi) ketika majlis pernikahan Sarah
Lagi gambar ketika majlis nikah
Selepas menikah, pengantin naik pelamin bersama ibu bapa mereka
Tarian Minang ketika majlis perkahwinan Sarah-Ten
Pengantin dengan pakaian tradisi Minang masuk ke ruang majlis
Saya dan suami bersama Suzy dan suami. Kedua-dua suami kami adalah jurutera
Kerabat 'Emir' di atas pentas berasama pasangan pengantin
Bila kerabat wanita bergambar

Wednesday, October 01, 2014
Semua Orang Nak Tahu Tentang Kaffarah
Assalam
Ya betul, saya pernah bercerita tentang makna perkataan Kaffarah atau Kiffarah... apa maksudnya. Kebetulan, entri saya itu yang berbicara tentang maksud kaffarah memang sangat popular. Kalau kita tak bijak sangat, kita mungkin gunapakai perkataan 'karma' dari fahaman Hindu yang membawa maksud ala-ala kaffarah juga. Maknanya balasan semasa kita di dunia kalau kita membuat kesilapan atau kesalahan. Belum lagi kita ambil kira balasan Allah ketika akhirat nanti.
Kebetulan, hari ini saya terbaca sebuah artikel di sebuah surat khabar yang meluahkan perasaan seorang wanita yang pernah mengambil suami orang untuk dijadikan suaminya. Katanya, suaminya telah menceraikan isteri pertama dan tinggalkan lima orang anak-anak kerana mahu berkahwin dengannya. Kebetulan juga, wanita itu memilih suaminya kerana lelaki itu berharta dan berduit. Namun katanya juga, hidupnya tak pernah bahagia. Hanya pada mula sahaja dia sempat merasa kemewahan, namun selepas dua tahun, dia mula merana. Suaminya mula hilang pekerjaan, dari jawatan yang bagus hinggalah mereka terpaksa merempat dan akhirnya pulang ke kampung menumpang rumah ibu bapa. Wanita itu juga akhirnya terpaksa hidup kais pagi makan pagi bersama-sama enam orang anaknya. Kata wanita itu, dia percaya ini adalah kaffarah buat dirinya, balasan Tuhan buat dirinya di dunia ini kerana pernah musnahkan rumah tangga orang. Pernah menghancurkan sebuah hati dan hati-hati anak-anak yang tak berdosa. Dia belum tahu apa balasan di akhirat nanti kerana setakat ini, dia belum berani untuk minta maaf dengan bekas isteri pertama suaminya.
Subhanallah. Kalau anda masih tak faham apa maksud kaffarah, mungkin anda dah faham sekarang ini. Kalau kita buat tak baik sesama manusia, pasti akan ada balasannya. Di dunia sudah ada balasannya, kalau tidak serta-merta, akan terjadi jua suatu hari nanti. Mungkin selepas setahun, selepas dua tahun.... kita tak tahu, wallahuaklam. Selagi kita tak minta maaf dengan tuan badan yang kita sakiti itu, maka kita bawalah dosa bersama-sama kita hingga akhirat nanti, wallahuaklam.
Sebaik-baiknya, kita minta maaf dan cari jalan untuk bersihkan diri kita, selain daripada bertaubat. Subhanallah. Dan pastinya, janganlah kita ulangi kesalahan itu lagi. Bertaubat dan minta maaf mesti dilakukan dengan ikhlas.
PS: Ada lagi gambar-gambar semasa di Jakarta baru-baru ini. Saya lampirkan gambar semasa majlis perkahwinan Eka-Dhana di sebuah restoran eksklusif.
Wassalam.
Bersama Eka dan Dhana
Kambing bakar
Dekorasi bunga
Dekorasi buah-buahan
Lagi makanan
Hos-hos yang menjadi pengacara majlis
Tarian Bali buat pengantin
Saya dan ahli keluarga Malaysia dan Indonesia
Saya dan sepupu saya Suzy
Barisan veteran Malaysia dan Indonesia

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)

.jpg)