Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Thursday, April 30, 2009

Berpesta!

Ini yang saya katakan pelik. Ada kedai buku (Jenis mewah) memberitahu pihak kami mereka tidak pernah menawarkan harga diskaun untuk buku-buku yang dijual di kedai mereka. Ini adalah kerana, apabila mereka meletakkan harga buku yang diberikan diskaun, buku tersebut tak dapat dijual. Pembeli tak mahu pun memegangnya. Tetapi apabila dicabut semula harga diskaun, buku itu dapat dijual dengan baik. Bukankah ini dikatakan pelik? Itu menunjukkan 'tafsiran' yang ada di kepala pembeli. Mungkin mereka berfikir yang apabila buku dijual dengan harga yang lebih murah daripada harga yang sebenarnya, itu bermakna buku itu tak berkualiti. Ini terjadi hanya di kedai-kedai buku mewah / elit.

Tetapi semasa di Pesta Buku pula, kalau kita menawarkan harga yang mempunyai diskaun yang tinggi, bertambah laku buku-buku itu. Mungkin kerana pembeli memang mengharapkan diskaun yang bagus semasa berada di Pesta Buku. Lagipun, kebanyakan buku adalah dijual oleh penerbitnya sendiri.

Dalam begitu, ada juga pihak penerbit yang berkira-kira untuk memberi diskaun yang baik. Bagi mereka, Pesta Buku merupakan tempat untuk mengaut keuntungan, kerana tak perlu beri diskaun yang tinggi seperti mana yang mereka terpaksa lakukan apabila buku diserahkan kepada pengedar. Ada juga berkira-kira kerana hendak pastikan mereka akan berjaya mengaut keuntungan untuk menanggung modal menyewa booth selama sepuluh hari Pesta Buku.

Bagi kami pula, kami memang seronok memberi diskaun yang tinggi buat semua buku-buku kami. Lagi banyak diskaun yang diberi, lagi banyak buku yang terjual. Jumlah buku yang dijual besar dan sudah tentu dapat menampung segala modal dan perbelanjaan. Lagipun... bukankah itu yang dikatakan Pesta? kami seronok melihat pembeli berebut-rebut untuk membeli buku hingga kehabisan stok! Suasana menjual buku di Pesta Buku mestilah dibuat seperti sebuah Pesta. Kalau tak ada suasana berpesta, tidaklah terasa seperti berpesta!Janganlah kita layan buku seolah-olah buku itu kaku dan membosankan. Bukankah kita mahu semua orang seronok untuk membeli buku?