Assalam
Pagi tadi saya sempat 'join' jiran-jiran di surau untuk buat doa selamat untuk kawan-kawan yang akan kerjakan ibadah umrah tak lama lagi. In syaa Allah, semoga mereka akan mendapat umrah yang mabrur.
Kebetulan juga, esok pagi-pagi kami pula akan ke Jakarta sekali lagi. Saya, suami, anak perempuan, adik perempuan dan seorang cucu, kami akan ke Jakarta untuk hadir majlis perkahwinan anak sepupu pada hari Sabtu nanti.Sebetulnya majlis perkahwinan ialah di Surabaya hujung minggu lepas, tetapi kami tak dapat ke sana. Kami pilih untuk ke Jakarta bagi majlis menyambut menantu.
Jadi, saya tak akan update blog ini hingga minggu hadapan. Hari ini ialah hari terakhir buat tahun 2014. Bagi saya, tak ada bezanya tahun mana pun, waktu tetap berjalan setiap detik. Umur kita akan terus meningkat. Sekalipun kita berasa muda hari ini, waktu tetap berjalan dan kematian akan terus menghampiri. Sekarang ini kita pun tak tahu bila kita akan pergi, muda atau tua belum pasti. Yang penting, selagi Allah izinkan umur buat kita, biarlah kita jadi manusia yang beramal dan beribadah, manusia yang rajin buat baik mencari pahala, bukan manusia yang suka buat kejahatan untuk memperbanyakkan dosa. Nauzubillah.
Setiap musibah yang datang itu sebenarnya mahu mengingatkan kita semua, agar terus bersabar dan beramal selain daripada mendekatkan diri dengan-Nya. Biarlah kita jadi manusia yang disayangi Allah swt, bukan manusia yang dibenci-Nya.
Hari ini tutuplah tirai buat tahun 2014, maka datanglah pula tahun 2015. Mungkin banyak yang terjadi buat negara ini. Tapi inilah realiti. Malaysia juga seperti negara lain, tak akan lari dari ujian dan musibah. Tak kiralah betapa hebat rakyatnya merasakan, namun Allah lagi maha Besar, Dia yang mengetahui segala-gala-Nya. Biarlah kita jadi manusia yang rendah diri, yang tidak materialistik, tidak busuk hati, tidak tamak haloba, tidak makan rasuah, tidak keji akhlaknya, tidak suka pada maksiat, tidak rapat dengan syaitan, tidak syirik pada Allah swt.
Di tahun mana pun, jadilah manusia yang baik hati. Jadilah manusia yang tidak zalim. Jadilah manusia yang pandai menyayangi insan lain. Kalau anda seorang wanita, jadilah wanita yang mulia dan tinggi akhlaknya. Kalau anda ada anak perempuan, didiklah mereka untuk jadi wanita solehah.Begitu juga anak-anak lelaki, biar mereka jadi manusia yang soleh.
Rajinlah kita beribadah, rajinlah membaca kitab suci al-Quran, rajinlah jadi manusia yang bersedekah dan menginfak hartanya. Jadilah manusia yang suka memberi bukan suka meminta. Subhanallah. Semoga Allah kuatkan iman kita, teguhkan semangat kita, selamat dunia dan akhirat kita. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik dan rezeki yang halal serta akhlak yang mulia sebagai Muslim dan Muslimah. Aamiin ya Robil alamin.
Salam cinta kita buat Nabi agong, Rasulullah kekasih Allah, Muhammad SAW, semoga kita akan bertemu baginda di Syurga.
Wassalam
Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Wednesday, December 31, 2014
Tuesday, December 30, 2014
Kenapa Boleh Terkantoi?
Assalam
Dah berhari-hari cuaca mendung. Malah, hari-hari cuaca dingin terutama hari ini. Matahari main tutup-tutup mata, sekejap ada sekejap hilang. Beginilah keadaannya bila masuk musim tengkujuh. Kadang-kadang tak teruk sangat, sekali-sekala datanglah bencana. Kita sebagai manusia perlulah belajar untuk terima semuanya.
Cuba kita fikirkan... kalau Allah nak bagi kita sakit, macam mana? Kita macam tu juga, kan? Terpaksa terima sekalipun mungkin terasa bebannya. Malah, apa sahaja musibah yang Allah nak bagi pada kita, kita kena terima sekalipun mungkin tak suka. Siapalah kita, kan? Apatah lagi kalau musibah itu merupakan bencana alam, memang kita tak boleh buat apa-apa. Alangkan datang musibah akibat perbuatan manusia yang tak bertanggungjawab pun kita terpaksa terima juga. Setidak-tidaknya kalau kerana manusia yang sengaja mendatangkan bala itu, bolehlah kita tunjuk marah kita. Tapi kalau dah bukan kuasa kita, nak buat macam mana lagi?
Sajalah nak bercerita, kerana kita juga tahu yang musibah boleh datang melalui macam-macam. Kalau akibat perbuatan manusia ni memang sangat keraplah. Hampir sentiasa berlaku. Baru-baru ini saya ada berbual dengan seseorang. Dia bercerita pada saya, "Hairan benarlah saya... dulu dia kata dia sayang saya, tiba-tiba tak lagi."
"Awak percaya ke dengan kata-kata dia tu?"
"Percayalah juga. Dia belikan saya macam-macam..."
"Kot dia jenis berduit atau jenis yang macam tu... suka bagi hadiah kot." Kata saya pula.
"Biasanya orang kalau suka bagi hadiah ni memang orang baik, kan?"
"Tak semestinya. Kita pun janganlah menilai orang dengan apa yang dia berikan pada kita. Jangan juga nilai dengan mudah dengan kata-katanya. Kadang-kadang kata 'sayang' tu sangat murah buat mereka yang tahu macam mana nak kelentong kita. Bukan susah pun... air liur saja. Mungkin dengan kata macam tu, mudah dia dapat apa sahaja dari kita." Itulah kata saya.
"Sekarang ni saya sedih. Kadang-kadang geram sangat. Dia boleh blah macam tu saja, macam tak rasa apa-apa pun. Saya macam tak percaya aje." Katanya lagi.
"Percayalah... yang dia memang tak mencintai awak. Kalau dia betul-betul sayang, dia akan buat 'all out' untuk awak. Kalau dia blah macam tu, maknanya awak tak bererti untuk dia. Pasti ada orang lain yang jauh lagi berharga dan tinggi nilainya. Sebagai manusia, awak kenalah belajar untuk faham. Tak payahlah beremosi. Buat buang masa saja. Mungkin elok juga kalau anda tengok di mana silapnya... tentang diri awak. Kalau nak bagi orang betul-betul sayang dan setia, kita juga kena jadi manusia yang ikhlas. Bukan manusia yang mengharapkan sesuatu daripada orang lain."
Mungkin minah tu bengang, tapi tak apalah. Kita kena belajar dari kesilapan kita. Jangan pula kita ulangi kesilapan itu lagi. Sebenarnya sebagai manusia kita memang boleh buat apa sahaja yang kita suka, tak kiralah betul atau salah, tetapi kita kena ingat setiap kesalahan yang kita buat, Allah melihatnya. Sebab itulah kita hairan bila kita rasa diri kita terkantoi!
Wassalam.

Monday, December 29, 2014
Satu Sebab Sahaja Untuk Ada di Sisi
Assalam
Allah berfirman di surah 64 At-Tagabun ayat 11 yang membawa maksud, "Tidak ada suatu musibah yang menimpa, kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, niscaya Allah akan beri petunjuk pada hatinya. Allah maha mengetahui segala sesuatu." Maka bertawakallah kita, kerana Allah juga berkata pada setiap kesempitan itu akan ada kelapangannya, in syaa Allah. Semoga kita sama-sama teguhkan iman dan binakan kekuatan untuk berdepan dengan apa jua ujian Allah.
Saya tabik Sultan Kelantan kerana menegur para rakyat untuk menerima musibah sebagai sesuatu yang datang daripada Ilahi, jangan sampai kita manusia memandai-mandai, teringin nak jadi Tuhan pula. Nauzubillah. Kita hormat juga pada semua insan yang bertungkus lumus untuk membantu, jangan pula kita asyik merungut tidak bersyukur. Tak usahlah komplen kalau terpaksa makan nasi dengan sardin, setidak-tidaknya kita dapat makan juga. Subhanallah, semoga kesabaran itu ada pada kita semua.
Dalam pada itu, saya tersenyum membaca sesuatu yang dikirimkan seorang teman. Sekadar tips untuk kehidupan kita. Katanya, kalau mendidik anak-anak, jangan taksubkan dengan idea untuk mencari kekayaan, tetapi ajarlah anak-anak untuk menghargai kebahagiaan. Bila anak-anak besar, mereka akan tahu untuk menilai kebaikan apa-apa sahaja bukan mencari harganya. Katanya juga, orang yang mencintai kita sedalam-dalamnya dan seikhlasnya, akan mencari satu sebab sahaja untuk tidak berpisah dengan kita, malah untuk terus berada di sisi selagi ada umur dan selagi diizin Allah swt, sekalipun mungkin ada seratus sebab lain untuk berputus asa. Masya-Allah. Itulah yang dinamakan kasih dan cinta yang murni. Bukan sesuatu yang 'palsu'.
Malah, kita manusia ini walaupun merupakan manusia, namun tak ramai yang mempunyai sifat kemanusiaan. Huhu... satu kebenaran. Satu lagi yang menarik, katanya, "Kalau nak berjalan pantas, jalanlah sorang-sorang. Tapi kalau nak berjalan jauh, jalanlah berdua atau dalam kumpulan." Hahaha... harap-harap anda faham. Maknanya kita jangan fikir diri kita sahaja kerana bahagia itu tidak ada kalau kita fikirkan diri kita tanpa orang lain!
Benda-benda yang baik untuk kita termasuklah matahari, rehat, bersukan, jaga makan, keyakinan dan punyai teman yang ikhlas berkawan, bukan jenis ambil kesempatan.
Alhamdulillah, satu ilmu buat kita yang selalu terlupa bahawa Allah itu maha besar yang sentiasa memberi kita cahaya kehidupan. Semoga kita belajar untuk bersyukur di atas segala nikmat-Nya, tetapi tidak merungut dan bersangka buruk di atas dugaan dan ujian yang Allah berikan.
Wassalam.
Selagi di izin Allah swt

Sunday, December 28, 2014
Musibah Datang Bila-Bila Masa
Assalam
Hari ini hari jadi saya. Alhamdulillah, Allah izinkan umurku hingga hari ini dan alhamdulillah, Allah berikan kesihatan, berikan iman, berikan keluarga dan berikan satu kebahagiaan buat diri ini. Semoga Allah terus lindungiku dunia akhirat, begitu juga keluargaku in syaa Allah. Sekalipun ada ujian dan cabaran, alhamdulillah Allah juga berikan kesabaran dan kewarasan, in syaa Allah.
Hari ini, kemungkinan negara berdepan dengan satu lagi ujian besar. Semoga rakyat Malaysia tidak terus melatah dan tidak lagi mudah menyebar fitnah. Semoga kita amalkan kesabaran dan kewarasan. Semoga umat Islam di negara ini kuatkan iman dan terus bekerja kuat sebagai Muslim dan Muslimah sejati. Semoga Allah rahmati kita dunia dan akhirat. Jangan lupa, Allah boleh beri kita musibah bila-bila masa dan di mana sahaja.
Wassalam.
Bersama Aliza (isteri anak saudara) dan si kenit-kenit ketika kami keluar makan beramai-ramai pada hari ini
Happy Birthday Lola.... khas buatku, alhamdulillah

Saturday, December 27, 2014
Terus Hujan Lagi
Assalam
Hujan masih membasahi bumi dan kita hamba Allah janganlah merungut-rungut kerana kalau kita marahkan hujan, mungkin nanti Allah berikan kemarau yang panjang pula. Kalau tak ada air, memang kita tak mampu untuk bertahan, kan? Sebenarnya apa sahaja yang berlaku terutama sekali bila ada musibah, apatah lagi bencana alam, janganlah kita mengeluh-ngeluh seolah-olah kita tak patut ditimpa musibah, seolah-olah kita marah pada Allah swt. Cukuplah.
Hari ini, saya dan suami kami sibuk di Lenggeng di sebelah pagi. Tanah kami sudah dibersihkan dan kini kami buat 'survey' semula untuk buat pagar nanti. Dalam kesibukan di sana, ibu jari suami saya terkena pisau (ulu pisau tercabut) dan darah memancut. Terpaksalah saya memandu keretanya dan bawa suami ke klinik terdekat. Alhamdulillah, kenalah jahit jarinya yang terluka itu. Terpaksalah suami saya relaks-relaks sahaja hari ini, tak boleh buat apa-apa yang agak berat. Apa pun alhamadulillah... hanya sedikit sahaja yang sakitnya.
Hujan lagi di tempat kami dan kami juga malas nak keluar ke mana-mana. Saya dan anak perempuan saya, kami pergi buat facial pula. Lepas itu pulang ke rumah. Suami saya dah okey dah... sekali-sekala sahaja jarinya rasa sakit. Mujurlah ada 'pain killer' yang dibekalkan. Malam ini kami bercadang untuk makan luar sahaja. Tak ada mood untuk masak. Lagipun esok ialah hari jadi saya, jadi saya memang tiada mood untuk beria-ia masak. Kebetulan semalam saya ada tetamu, jadi hari ini biarlah saya dilayan pula (sebenarnya malas aje).
Semoga kita rakyat Malaysia belajar untuk bersabar dan terima ujian sebagai cabaran biasa sekalipun mungkin musibah yang datang itu berat untuk dipikul. Setiap ujian pasti ada hikmahnya.

Friday, December 26, 2014
26 Disember - Jangan Buat Fitnah
Assalam
Iya hari ini 26 Disember, dan sepuluh tahun yang lepas banyak negara di kawasan benua kita yang dilanda tsunami. Paling teruk ialah Banda Acheh, ratusan ribu insannya hilang dan mati dan tentu sekali berjuta-juta material yang hangus hilang di muka bumi. Malah, negara kita juga turut terkena bencana itu dan kita juga kehilangan nyawa walaupun tidak banyak. Hari ini, negara kita mengeluh kuat kerana banyak negeri yang menimpa bencana alam. Banjir di sana sini, paling teruk ialah di Pantai Timur. Kita semua bersimpati, namun inilah ketentuan Ilahi. Tiada siapa pun yang boleh kita salahkan dan tiada siapa pun yang mampu mengelaknya. Itulah yang dikatakan 'natural disaster' bencana alam.
Dulu, sepuluh tahun yang lalu, bila Banda Acheh ditimba bencana alam, ramai kita di Malaysia buat macam-macam tuduhan. Konon-konon Acheh banyak buat maksiat kerana itulah Allah timpakan bala. Malah, macam-macam fitnah yang manusia sebarkan, seolah-olah merekalah utusan Tuhan yang maha esa, mereka tahu semuanya. Saya pernah ke Banda Acheh beberapa tahun yang lepas, beberapa tahun selepas bencana tsunami itu. Sungguh mereka ditimpa azab dunia, mendapat ujian besar daripada Ilahi, namun Allah juga aturkan hikmah-Nya. Hari ini, Banda Acheh jauh lebih cemerlang keadaannya, jauh lagi mantap ekonominya kalau dibandingkan keadaannya sebelum tsunami. Seluruh dunia menghulurkan bantuan dan dari bantuan itulah Acheh bangun semula. Selepas jatuh teruk, mereka bangun dengan gahnya. Subhanallah. Kuasa Allah swt, segala-galanya mampu dilakukan. Allah maha besar.
Hari ini, macam-macam gosip yang disebarkan melalui sosial media. Macam-macam fitnah yang dikaitkan dengan tragedi banjir yang sedang berlaku di negara ini. Walhasil, manusia tidak pernah belajar dan tidak pernah sedar bahawa ada ketika kalau Allah mahu jadikan sesuatu, maka terjadilah ia tak kira siapa yang berkuasa atau siapa yang benar atau salah dalam sesuatu keadaan itu. Tak payahlah kita buat teori yang mudah menyakitkan hati. Bukankah ini dikatakan bencana alam? Bukankah ini kerja Tuhan? Alangkan negara Jepun yang canggih itu pun boleh dipatahkan Allah, takkanlah kita di Malaysia ini tak boleh kena bencana alam? Lihatlah pada negara seperti Filipina. Tak henti-henti mereka ditimpa bencana alam. Sudahlah miskin, bertambah susah mereka. Tapi kita di sini tak putus-putus menyebar fitnah dan buat cerita macam-macam. Dalam keadaan seperti ini pun kita masih mampu untuk bergosip seolah-olah tak takut pun dengan Tuhan.
Kenapa kita tak nak belajar bahawa setiap yang terjadi itu ada hikmahnya. Kita belum melihat lagi dan kerana itu kita tak tahu apa yang akan terjadi selepas ini. Tak payahlah kita kaitkan dengan kehilangan dan kejatuhan kapal terbang MAS. Tak payahlah kita tambah-tambahkan cerita karut yang tak tahu kesohihannya. Siapa pun boleh buat cerita itu dan ini, tapi kalau kita tak tahu kesahihannya, lebih baik kita jangan sama-sama menyebarnya. Kalau tak betul, bermakna kita ini memang ahli buat fitnah. Paling malang, kalau kita ini konon-kononnya terdiri daripada kumpulan 'agama' atau 'surau' atau masjid tertentu. Jauh lagi baik kalau kita sama-sama turun padang untuk lakukan sesuatu bagi membantu mereka yang sedang ditimpa malang. Lebih baiklah kita menghulurkan sedekah dan bantuan kewangan atau barang-barang untuk meringankan beban mereka yang berada dalam kesusahan. Yang itu jauh lagi baik daripada seronok menyebar 'fitnah' sana-sini. Nauzubillah min zalik.
PS:
Semalam masa saya tengok berita, mereka meramalkan kawasan seperti Negeri Sembilan ni hanya hujan di bahagian petang untuk hari ini 26 Disember. Tapi nampaknya ramalan mereka langsung tak tepat. Hujan di sini sejak awal pagi tadi sehingga tengah hari masih tak berhenti lagi.
Wassalam.
Masjid Banda Acheh

Thursday, December 25, 2014
Banjir Oh Banjir
Assalam
Ya sekarang ini musim banjir. Dah memang sampai masanya nak membanjirkan diri, kan? Mungkin itulah lambang air mata bumi yang sedang kesedihan di atas segala kejahatan dan kemaksiatan yang terjadi, termasuklah kebusukan hati kerana tamak haloba dan makan rasuah. Hah! Macam orang yang beremosi, kan? Memang ramai yang rasa begitu, rasa terbeban dan tertekan apabila negara dilanda kebanjiran. Sepatutnya kita bersyukur sahaja, walaupun kita dilanda musibah, Allah masih berikan kita rezeki untuk membantu mereka yang sedang berada dalam keadaan bencana alam.
Dulu, ketika saya masih kecil, pekan saya selalu dilanda banjir. Malah, setiap tahun begitu. Hari ini, Kuala Kangsar dilanda banjir lagi setelah lama tidak begitu. Mungkin kerana fenomena air pasang, maka melimpahlah air laut masuk ke dalam sungai-sungai lalu membanjirkan tempat-tempat yang hampir dengan sungai. Malah, hujan tak renti-renti menambahkan air di sungai-sungai kita. Selama ini pun manusia rajin mengotorkan sungai, tak pernah pun kita kisah. Kita biarkan sungai-sungai kita kotor dan busuk penuh dengan sampah sarap! Tak apalah banjir sekali-sekala kot.
Dulu, semasa musim banjir, kami macam berpesta. Kami semua sudah biasa dengan keadaan banjir dan Sultan Perak (Sultan Idris) ketika itu sangat aktif membantu rakyat. Bila nak pergi sekolah, kami akan singgah di lembah untuk melihat air bah!
Sekarang, mungkin kerana kita semua sangat selesa dengan kesenangan, kita jadi takut bila air membanjiri pekan kita.
Tak apalah. Sebenarnya kita jangan panik sangat, sekalipun ada bencana dan ada musibah, kita semestinya bersyukur dengan Ilahi kerana negara orang lain lagi teruk musibahnya. Bayangkan mereka yang tak habis-habis berperang. Bayangkan juga mereka yang hidup dalam kemiskinan hinggakan ada kanak-kanak yang tak berpeluang untuk ke sekolah. Ada yang tak pernah makan daging atau ayam, malah ada yang kurang makanan dan tak berpakaian. Subhanallah.
Walau apa sahaja yang sedang kita alami, kita masih jauh lagi senang daripada mereka di luar sana. Lagipun, bumi ini hanyalah tempat kita bertapak buat seketika. Tempat yang tetap ialah di akhirat jua. Sudahkah kita bersedia untuk ke sana? Dah cukup amalan, cukup akhlak yang baik? Dah bersihkan hati dan jiwa? Tidak tamak dan haloba? Tidak kejam dan zalim? Taatkah kita pada Allah swt? Rindukah kita pada Nabi junjungan kita Muhammad SAW? Sayangkah kita pada ayah dan ibu kita? Sudahkah kita bertaubat? Atau kita masih lagi hanyut.... mungkin lagi baik hanyut sekali dalam banjir yang sedang melanda negara!

Wednesday, December 24, 2014
Naikkan Maruah Wanita
Assalam
Semalam, saya ke Bangi sekali lagi. Tapi kali ini pergi lepak-lepak sambil bershopping sikit-sikit, bukan shopping bersungguh-sungguh. Sebenarnya kadang-kadang saya malas nak shopping sangat sebabnya almari saya dah penuh, dah sesak. Takut berdosa pulak. Jadi hari ini saya dan adik saya, kami mula mengemas wardrobe saya. Keluarkan semua yang saya tak mahu pakai lagi dan menyusun semula apa yang saya suka sahaja. Yang tak mahu tu, saya akan mula sedekahkan.
Sebenarnya saya punyai empat lima kotak besar lagi yang berisi pakaian lama yang saya nak sedekahkan, tapi sedang mencari tempat dan masa. Mungkin dah ada idea kot. Kadang-kadang tukang urut saya akan mengambil sikit-sikit untuk bawa pulang ke Indonesia. Jauh tu... tapi tak apalah asalkan ada yang menggunanya. Ada tu masih sangat elok dan ada yang saya tak pakai pun. Bukannya apa, kadang-kadang kita beli tapi ubah fikiran. Adoi... membazir tu! In syaa Allah akan ada yang menggunannya nanti. Malah, pakaian suami saya pun banyak yang kami mahu sedekahkan sebab baru-baru ini saya pastikan dia ubah wardrobenya. Bosan dengan yang lama.
Hari ini saja saya nak bersembang tentang kedudukan orang perempuan di dunia ini. Wanita ini dijadikan Allah swt untuk TIDAK disia-siakan. Dari baby hingga ke akhir hayat, ada harganya. Sebaik Allah jadikan Adam, Allah wujudkan Hawa kerana Allah tak mahu Adam sunyi. Yang menariknya, Allah jadikan seorang Hawa, tidak dua tidak Hawa buat Adam. Itu bermakna Allah swt tahu yang satu Hawa memang dapat melengkapkan hidup Adam. Itu fitrahnya.
Sebagai anak, biasanya kaum perempuanlah yang banyak membantu ibu bapa. Malah, kebanyakan ibu bapa yang tua memilih untuk tinggal dengan anak-anak perempuan bukan dengan anak-anak lelaki. Mungkin kerana hati anak perempuan jauh lagi lembut dari hati anak lelaki. Tetapi banyak juga menantu lelaki yang baik hati kerana sudi memelihara ibu bapa isteri mereka. Sebagai isteri pula, wanitalah yang melengkapkan kehidupan suami mereka. Mereka melahirkan anak-anak, menjaga harta benda suami, menjaga makan minum suami dan pelbagai hal lain yang diuruskan wanita. Sebagai ibu, wanitalah yang banyak berkorban untuk anak-anak. Secara keseluruhan, wanita diberi nilai yang tinggi oleh Allah hinggakan dikatakan 'syurga di bawah telapak kaki ibu' dengan syarat ibu itu merupakan ibu yang solehah dan beriman.
Tetapi, mengapa agaknya ada kaum wanita yang tidak menghargai diri mereka sendiri?
Saya sangat bersimpati kepada wanita-wanita yang tidak memberi nilaian yang saksama pada diri mereka. Sekalipun Allah meletakkan mereka di tahap yang tinggi, ramai kaum wanita yang membawa tahap itu ke bawah. Mereka sanggup menukar harga diri dengan material atau wang ringgit. Mereka sanggup jatuhkan maruah hanya kerana gilakan 'harta' orang. Mereka sanggup jaja diri sana sini hanya untuk dapatkan hiburan yang sementara. Sungguh sedih tetapi inilah realiti. Ramai wanita yang lupa daratan dan sanggup memilih untuk menjijikkan diri mereka hanya kerana 'material' atau nafsu.
Bagi semua wanita yang ada di laur sana, jom kita naikkan taraf kita di dunia ini dengan memilih untuk menaikkan nilai diri kita sendiri. Jangan lakukan apa-apa yang merugikan maruah dan diri. Jangan 'mensampahkan' diri kita takut nanti kita hanya dapat duduk dalam tong sampah sahaja. Jom kita berdoa agar Allah mengampunkan segala dosa kita dan tunjukkan jalan yang lurus. Naikkanlah maruah dan imej kita sebagai wanita solehah. Aamiin.
Wassalam
Sekadar hiasan

Tuesday, December 23, 2014
Allah Bayar Cash
Assalam dan selamat pagi.
Hujan masih gerimis, kadang-kadang agak lebat sedikit dan sepanjang semalam beginilah keadaan cuaca membuatkan suasana dingin. Alhamdulillah rahmat Allah yang mungkin hamba-Nya tidak mengetahui.
Semalam, saya berjumpa dengan dua orang adik angkat saya dan kedua-duanya saya berjumpa di Bandar Baru Bangi (port lama saya), seorang di sebelah pagi dan seorang lagi di sebelah malam. Kebetulan di restoran yang sama juga. Memang satu kebetulan sebenarnya. Kedua-dua adik angkat (seorang lelaki dan seorang perempuan) memang sangat rapat dengan saya. Seorang (lelaki) pernah bekerja dengan saya di satu tempat dan dari situlah saya mengenalinya. Ketika itu saya masih muda lagi. Seorang lagi pula (yang perempuan) merupakan student ketika saya dan suami bermastautin di Manchester suatu ketika dahulu. Sejak itu, kami maintain rapat hingga kini. Alhamdulillah.
Di sebelah pagi semalam, saya berjumpa dengan M (yang perempuan). Kami bersembang dan macam-macam cerita yang kami kongsi kerana memang dah lama benar kami tak berjumpa. Saya juga berkongsi cerita tentang arwah ibu saya. Mungkin saya masih terasa akan kehilangannya dan M sangat faham perasaan saya itu. Kami menangis sama-sama sambil berbual-bual. Kami sama-sama bersetuju bahawa hidup ini ada turun naiknya namun kalau kita bersabar dan percaya bahawa Allah melindungi kita, in syaa Allah kita akan berasa tenang. Semestinya kita mencari bahagia dan dalam pencarian itu pasti ada dugaan dan cabaran untuk kukuhkan iman kita. Saya berkata dengan M, "Allah bayar cash pada setiap kebaikan yang kita lakukan dan Allah juga akan mengadili setiap perbuatan yang tidak jujur kita lakukan di dunia ini. Semuanya Allah bayar cash, hanya tunggu lambat atau cepat."
Pada malamnya pula, saya dan suami pergi berjumpa dengan R pula. Kami dah janji untuk tunjukkan dokumen dalam hal urusan peribadinya. Walaupun agak lewat, namun kami sempat berbual dan bercerita. R memberitahu kami yang dia telah membantu adik-beradiknya dalam hal urusan pembahagian harta pusaka peninggalan arwah ayahnya. "Saya berikan hak saya kepada adik lelaki saya yang telah banyak membantu ayah dan ibu ketika mereka masih hidup lagi. Adik saya lebih berhak kerana dia tidak berpelajaran tinggi seperti saya." Kami kagum dengan pendirian R. Memang tak ramai manusia di dunia ini yang mempunyai hati budi yang tinggi. Memang kami dah lama sangat kenal dengan R dan selama yang saya tahu dia, memang begitulah dia. Mempunyai hati yang mulia. Mungkin kerana hatinya yang mulia itu, Allah bayar cash lalu memberi hak yang lain buatnya dengan berlipat ganda. Subhanallah. Itulah kata suami saya kepada R. "Tengok ni ha... Allah bagi you balik melimpah ruah... memang tidak sia-sia you berhati mulia."
Mungkin kita juga perlu fikirkan hal-hal ini. Jangan takut untuk berbuat baik tetapi elakkan diri daripada mempunyai hati yang 'jahat' kerana setiap apa yang kita lakukan di dunia ini, pasti Allah akan memberi 'cash' kepada kita nanti. Wallahuaklam.
Bila balik rumah malam tadi, saya bersyukur pada Ilahi kerana telah memberi peluang kepada saya untuk rapat dengan M dan R sejak dulu lagi. Mereka sentiasa menyokong kami berdua (saya dan suami serta anak-anak) dan sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk keluarga kami. Alhamdulillah. Semoga silaturahim ini kukuh hingga ke syurga, Aamiin ya Robil alamin.

Monday, December 22, 2014
Hati Baik Hidup Merana
Assalam
Sepanjang hujung minggu saya kesibukan. Ada banyak kenduri, ada banyak aktiviti, jadi tak sempat nak berblogging. Alhamdulillah dapat buat apa yang kami nak buat termasuklah mengemas garden kami. Bagi saya dan suami, garden kami sangat penting kerana setiap kali ada bunga, ada buah dan ada macam-macam yang tumbuh, kami berasa sangat tenang and happy. Anugerah Ilahi.
Hari ini sajalah saya nak berkongsi cerita. Kebetulan pada hujung minggu yang lepas, kami ke sesuatu tempat di atas nama urusan. Kebetulan kami berjumpa dengan seorang wanita bernama 'S'. Entah kenapa, saya sangat bersimpati padanya kerana saya tahu S sangat baik hati orangnya. First time jumpa, sangka saya mungkin dia tua 10 tahun daripada saya, rupa-rupanya dia muda setahun daripada saya.
Dia pernah tinggal dan bekerja di KL dan pada usia yang agak matang, S berhenti kerja dan berkahwin dengan seorang duda anak 6 yang juga merupakan orang kampung dan bekerja kampung. S yang baik hati itu telah membesarkan anak-anak suaminya dan apa sahaja yang dia ada dia korbankan untuk mereka.
Walaupun S tiada anak sendiri, namun dia masih baik hati untuk menjaga anak-anak tirinya. Hari ini S hidup dalam keadaan yang sangat daif walaupun pada asalnya dia bukan orang susah. Malah adik beradiknya juga merupakan orang-orang yang senang. Keadaan tempat tinggalnya sangat daif dan keadaan hidupnya juga bagaikan tak terurus. Macam-macam yang S lakukan untuk pastikan keluarganya okey, namun semua orang 'take advantage' di atas kebaikannya. Itulah kata mata dan hati saya dan suami.
Rakan kami juga ada bersama kami ketika itu. Malah S telah bisikkan sesuatu pada suami saya. Katanya, "Cakaplah pada R (rakan kami), tak payahlah kahwin kalau tak jumpa orang yang betul-betul baik hati. Lebih baik hidup bujang saja."
Sememangnya rakan kami R belum berumah tangga lagi, namun kami faham perasaan hati S yang terpaksa hidup dalam keperitan kerana ahli keluarganya tidak bertanggungjawab. Masing-masing lepas tangan dan mudah 'membuli' wanita yang baik hati ini.
Begitulah kita manusia, kadang-kadang bila terlalu baik hati akan ada mereka yang menjadikan kita mangsa mereka. Daripada senang boleh jadi susah. Daripada ada semuanya, boleh jadi hilang segala-galanya. Yang ada hanyalah hatinya dan jiwanya. S masih merupakan seorang wanita yang tinggi maruahnya. Alhamdulillah. Walaupun orang di sekeliling mengambil kesempatan, dia masih mempunyai hati budi yang sangat mulia. Memang payah nak jumpa wanita Muslimah seperti S.
Satu pengajaran buat kita semua.
Tips untuk anda semua. Jangan lupa, kulit kita mudah berkedut kalau selalu 'expose' pada matahari. Kulit juga mudah berkedut kalau terlalu lama duduk dalam kawasan berhawa dingin dari pagi sampai petang atau malam. Kulit kita akan menjadi tua daripada usia kalau kita tak jaga. Wallahuaklam.

Thursday, December 18, 2014
Orang Melayu Suka Bomoh
Assalam
Hari ini saya relaks-relaks dengan cik abang. Kebetulan suami saya cuti, jadi kami pergi makan tengah hari ke Hard Wood Cafe di Seremban2, makan makanan Negeri Sembilan. Memang sodap! First class.
Semalam, semasa saya berkeliaran di Internet, terbacalah kisah-kisah yang berkaitan dengan 'hobi' orang Melayu yang suka berjumpa dengan bomoh. Bukan dulu-dulu sahaja orang jumpa bomoh, sekarang ni pun masih sama juga. Tak kisahlah jawatan apa dan pelajaran tahap mana, masih ramai yang suka berjumpa bomoh. Bagi mereka, kalau ada masalah, bomohlah yang terhebat yang dapat selesaikan masalah mereka. Termasuk juga ahli politik. Kerana percaya pada bomohlah seorang ahli politik telah dibunuh kerat lapan belas oleh kumpulan bomoh 'notorious' Mona Fandey suatu ketika dahulu. Malah, memang ramai ahli politik yang pernah berjumpa dengannya.
Apa-apa pun, masih ada trend jumpa bomoh ni. Saya masih ingat lagi dengan cerita beberapa orang kenalan baru-baru ini. Yang seorang ini telah ditinggal oleh suami yang dinikahi secara senyap (mak ayahnya pun tak tahu tentang pernikahannya). Setelah sang suami menghilangkan diri, dia jadi resah gelisah. Maka kepada bomohlah dia mengadu nasib. Saya pernah bertanya kepada temannya, "Kenapa jadi macam tu?"
"Tulah, Kak Aina... dia pun kahwin dengan suami orang, sebab tu lah jadi macam tu kot. Lelaki tu buat main-main aje. Sekarang ni dia ingat ada orang buat suaminya tu... sebab tu suaminya menyepi tak pedulikan dia lagi."
Hahaha... dalam hati saya memang ketawa juga, geli hati mendengar cerita. Agaknya masa kahwin tu tak pernah pun terfikir kot. 'Kalau aku ambil laki orang, suatu hari nanti mesti ada balasannya...' Mesti dia tak fikir pun kerana dia pentingkan dirinya. Buat apa nak marah atau mengeluh, memang dah silap awak pun. Kalau rasa tak bersalah, kenapa kahwin senyap-senyap? Bila dah hilang, awak menggelabah! Dah tu pergi cari bomoh... macam bomoh tu boleh tolong pun. Memang tak smart lah. Kalau tersilap langkah, awak pula yang terbabit dengan perbuatan syirik. Syirik itu dosa besar yang Allah tak akan ampunkan kita.
Kalau kita ada masalah, carilah jalan yang lain untuk selesaikan masalah, bukan pergi cari bomoh! Biasanya banyak bomoh yang babitkan diri dengan jin atau syaitan, lebih baik kita menjauhkan diri daripada kerja-kerja kotor seperti ini. Nauzubillah.
Berdoalah pada Allah dan mohonlah pada Allah agar kita tidak tersesat. Asalnya juga, kita janganlah babitkan diri dengan kerja-kerja jahat, nanti suatu hari kita akan jadi orang jahat. Nauzubillah. Bertaubatlah kalau kita rasa yang diri kita tersesat.

Ini bukan gambar bomoh, tapi cucu saya Sharifah Nabeehah atau Miss pink. Dah tembam pun dia, kan? Dah 38 hari umur dia.
Wednesday, December 17, 2014
Lagi-Lagi Bandung
Assalam
Okey, kita tambahkan lagi gambar-gambar yang kami ambil di sekitar Bandung semoga anda dapat rasakan apa yang kami rasakan ketika bercuti di negara seberang ini. Semoga (bagi anda yang tak pernah ke sana) anda dapat bayangkan tempat-tempat yang kami kunjugi dan in syaa Allah dapat juga anda ke sana nanti.
Wassalam.
Ketika shopping di Paris Van Java
Bersama Rustam di Paris Van Java
Entrance Floating Market Lembang
Kedai ole-ole di Floating Market
Di Floating Market
Bagi makan itik
Main kereta api
Niloufar bagi makan arnab
Gerai makan di Floating Market
Bagi makan ikan pula
Di Floating Market
Floating Market
Bunga yang sangat unik
Makan makanan sunda di Lembang
Berjalan-jalan di Lembang
Menarik kan rumah ni?
Pak Iwa (pemandu kami) sedang membantu
Budak-budak naik kuda di Kampung Daun
Di Kampung Daun
Makan bersama ahli keluarga
Konsert angklung
Konsert angklung
Irfan dengan baby Tawfiq di depan hotel kami
Di rumah Ahmad dengan ahli keluarga

Ole-Ole Bandung
Assalam
Hari ini baru sempat nak upload sebahagian gambar semasa kami berada di Bandung. Alhamdulillah, satu percutian yang sangat menghiburkan. Semoga dapat lagi kami ke Bandung. Saya sekadar meletakkan gambar-gambarnya untuk perkongsian dengan anda semua. Nanti saya letak lagi di entri yang selepas ini, in syaa Allah.
Di sebuah kawasan resort di Chiwey
Cantik kan chalet ni? Saya suka dengan dekonya
Di depan pohon lavender bersama Yusufia
Bersama Rustam dan Yusufia di kawasan resort di Chiwey
Ikan gurame - masakan Sunda
Dalam transport yang kami sewa
Yusufia pungut strawberries
Naik kereta kuda
Kebun teh di Chiwey
Niloufar sedang bermain kuda
Di entrance Kawah Putih
Tawfiq kesejukan di Kawah Putih
Kami tiba di Kawah Putih - kawasan gunung berapi
Kawah Putih - airnya berwarna turqouise muda
Pakai mask di Kawah Putih kerana bau belerangnya kuat sangat
Kawah Putih
Kawah Putih
Kawah Putih - cantik kan?

Subscribe to:
Posts (Atom)