Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Sunday, May 11, 2014

Selamat Hari Ibu

Assalam

Oh ya semalam tak dapat nak update blog. Sibuk betul, termasuk pergi ke majlis perkahwinan anak kawan yang sama-sama belajar dengan saya ketika di Liverpool dulu. Kebetulan, ramai teman-teman di Universiti Malaya turut hadir sama. Kebetulan juga, salah seorang teman saya yang juga berasal dari Kuala Kangsar, berkahwin dengan bekas pelajar MCKK, jadi banyaklah yang hendak dibualkan oleh suaminya bersama suami saya. Macam gathering reunion lah pulak.

Apa-apa pun, selamat hari ibu buat anda semua yang bergelar ibu. Tak kiralah ibu muda atau yang dah berusia, ibu tetap ibu. Kasih ibu buat anak-anak tak pernah kering, malah sentiasa mekar hingga hujung nyawa. Sebagai ibu, biarlah kita hormat dan kasihkan diri kita, agar anak-anak akan hormati dan kasihkan ibu mereka sampai bila-bila. Kasih dan sayang, itulah Islam... semoga kasih dan sayang sentiasa tersemat di antara ibu dan anak-anak. Kalau anak-anak kita jadi manusia yang baik dan berbudi pekerti, sebenarnya ia melambangkan ibu mereka.

Semoga anak-anak hari ini tidak melupakan ibu mereka, menghormati ibu mereka seperti mana yang dipesan oleh Nabi junjungan kita, Muhammad SAW. Ibu, ibu dan ibu...

Pun begitu, jadilah ibu yang baik juga di mata masyarakat dan keluarga, kerana semua perbuatan kita akan dicontohi anak-anak jua.

Selamat Hari Ibu buat anda yang bergelar ibu.

Wassalam.