Assalam
"Life is a game and true love is a trophy." Itulah kata pujangga Rufus Wainright. Walaupun bukan seorang Muslim, namun hakikat kehidupan di duniawi ini semestinya terasa bak sebuah permainan. Tidak tahu bila kita akan menang dan bila pula kita akan kekalahan. Semestinya manusia berebut untuk menang dan bagi yang tamak haloba, mereka mahu segala-galanya, tak kira sekalipun terpaksa merampas dan menindas! Pun begitu, cinta sejati sekiranya ada, ia merupakan satu anugerah. Satu hadiah yang tiada nilainya. Kadang-kadang sebagai insan, kita akan merasa jua. Allah memilih dan ada ketika Allah memberikan anugerah kepada mereka yang bersabar, yang percaya kepada-Nya. Akhirnya, nikmat cinta itu datangnya dari Ilahi jua. Subhanallah.
Al Fatihah buat Allahyarham seniman Dato' Mustapha Maarof di atas kepulangnnya ke rahmatullah. Semoga rohnya dirahmati Allah swt. Insan ini telah menunjukkan kepada kita bahawa masih ada 'cinta sejati' kerana allahyarham Mustapha Maarof memilih untuk membujang setelah kematian isterinya di tahun 1980-an. Itu bermakna insan yang sanggup fokus pada kebahagiaan keluarga mampu untuk bersabar dan tidak lemah pada kasih sayang 'palsu' yang mungkin mahu diberikan oleh wanita di luar sana apabila arwah isterinya meninggal dunia. Baginya, dunia ini sekadar tempat bermain sahaja.
Malah, dalam al Quran juga Allah telah nyatakan kepada kita bahawa hidup di dunia ini adalah satu permainan. Tidak sereal akhirat nanti. Kalau kita lemah, kita akan gagal di dunia dan akhirat. Kalau kita bersabar, Allah akan berikan kemenangan dunia dan akhirat, in syaa Allah.
Semoga kita menghargai segala nikmat anugerah Ilahi kepada kita. Selagi ada kesihatan, ada umur dan ada rezeki, bersyukurlah kerana Allah boleh ambil segala-galanya daripada kita pada bila-bila masa sahaja.
Wassalam.
Allahyarham Mustapha Maarof