Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, August 14, 2013

Jom Tengok Drama BBK

Assalam.

Saya sudah pun pulang ke rumah setelah berehat di luar. Kami tak pergi jauh pun, hanya ke Port Dickson sebab takut tersangkut dalam kesesakan jalan raya. Tapi... kat PD pun okey sangat-sangat. Kami dapat bermain-main, siap main panah kat kawasan resort, main futsal, ada yang cuba flying fox, tentunya si kenit-kenit tu habiskan masa di dalam kolam renang. Di mana-mana pun nampaknya memang ramai orang. Kedai makan masih banyak yang belum buka. Dua kali kami berkelah, sekali di tepi laut (waktu malam) dan sekali di dalam kawasan hutan pelihara. Memang best! Salah seorang anak angkat saya dari Yemen juga turut ikut kami sekali, begitu juga famili adik saya. Alhamdulillah, inilah cara kami untuk eratkan silaturahim. Saya akan letakkan gambarnya kemudian.

Setakat ini, saya berpuas hati juga dengan drama Selamat Malam Kekasih walaupun pelakon-pelakon utama merupakan pelakon baru. Nampaknya kedua-dua Aidil Aziz dan Anis Al Idrus pandai membawa watak Misyal dan Maya. Mula-mula tu, saya gerun juga takut mereka tak biasa berlakon sangat, tapi saya tak menyesal mereka memegang watak-watak itu. Saya tidak pernah kisah sama ada pelakon itu popular atau tidak, yang penting bagi saya ialah mereka pandai membawa watak yang mereka pegang.Kalau tak popular pun, mungkin satu hari mereka mampu juga jadi pelakon yang popular. Setakat ini, kedua-dua Aidil dan Anis sangat friendly dan tak sombong. Itu saya sangat suka! Teringat saya pada Zul Huzaimy yang tak pernah sombong dengan saya. Alhamdulillah.

Saya tak dapat nak komen tentang drama Bunga-Bunga Kemboja sebab tak banyak menontonnya lagi. Tapi ramai yang tak perasan itu adalah adaptasi dari novel saya, sebab agaknya produser lupa nak letak tu kat depan atau belakang. Hanya ada nama saya sahaja. Apa-apa pun, saya suka melihat scene2 di Kemboja. Sangat menarik. Okey, kalau anda tak tonton lagi, jom tonton BBK di TV1 jam 11 pagi dari Isnin hingga Khamis. Cikgu2 dan pelajar2 yang cuti tu, jom tengok drama ni! In syaa Allah RTM akan ulang lagi, mungkin di RTM2 pulak.

Wassalam.