Iker Casillas - Goalkeeper Sepanyol yang comel
Salam sayang pada anda semua
Okey saja kalau saya kata sayang pada semua yang datang ke blog saya ini, tak kisah anda lelaki atau perempuan, kerana rata-rata yang datang ke sini adalah orang muda, jauh lagi muda dari saya. Ibaratkan saya ini kakak, ibu, ibu saudara atau mungkin 'aunty' anda, kan? Apa salahnya, sebenarnya saya sangat senang begitu. Maaflah, saya tak update blog saya semalam, tapi nampaknya walaupun tak update, masih ramai yang menjenguk blog saya ini, mungkin kerana entri saya sudah melebihi 1200. Macam-macam ada.
Huhu. Semalam, saya penat sebab dua hari berturut-turut saya tengok 'BOLA'. Hahaha... kata bukan kaki... hehe, sekali-sekala aje, beb. Lagipun bola dah nak habis. Satu round aje lagi dan kebetulan Sepanyol akan masuk ke final... sekali lagi. Itulah yang seronok nak tengok tu.
Walaupun hanya sekadar bola sahaja, kadang-kadang ada banyak pengajarannya. Masa Jerman lawan Itali, semua orang sangat yakin Jerman akan menang, tapi... huhu... Itali pulak tunjuk taringnya dan tumbangkan Jerman. Saya nak tergelak lah, bukan apa... iyalah, walaupun hanya bola, siapalah kita untuk menjadi terlalu yakin? Bola tu kan bulat... apa-apa pun boleh terjadi. Begitulah kita yang hidup di dunia ini... macam bola jugak, kan? Kita tak tahu bila kita akan menang atau kalah, walaupun ramai di antara kita ni yang berusaha untuk menang.
Kebetulan juga saya bersembang dengan seseorang yang dekat di hati. Katanya kepada saya, "Kalau kita berada di atas, hidup sedang cemerlang, biasanya ramai yang akan datang dekat dengan kita. Ramai yang baik dengan kita dan semuanya nampak macam okey je. Tapi bila kita sedang berdepan dengan sesuatu yang membebankan, atau kita sedang jatuh, tak ada siapa pun yang mahu dekat dengan kita."
Sungguh tu. Kalau kita tengok betul-betul, biasanya itulah yang terjadi. Kawan akan lari jauh-jauh bila kita tidak cemerlang. Kenalan jadi tak kenal kita lagi. Masing-masing akan membawa kaki mereka pergi. Pun begitu, akan ada seseorang (mungkin lebih dari seorang) yang sanggup berada dengan kita semasa kita susah, dan sebenarnya itulah kawan kita. Kawan kita yang setia.
Hidup kita yang macam bola ni, semestinya sentiasa perlukan kehadiran orang lain yang akan terus memberi kita semangat, yang akan sentiasa menyayangi kita tak kira kita di atas atau di bawah. Sedang menang atau sedang kalah. Kawan setia adalah mereka yang tak ambil pusing tentang 'kecemerlangan' kita. Baginya, tak kira apa sahaja situasinya, kita tetap kawan.
Sebab itulah saya sering berkata bahawa kita sentiasa perlukan ahli keluarga kita kerana jarang benar kita dengar tentang ahli keluarga yang tidak memberi sokongan kepada ahli keluarga yang lain, walaupun tidak mustahil ada ahli keluarga yang tak ambil pusing tentang keluarganya sendiri. Malah, memang ada ahli keluarga yang akan tikam belakang ahli keluarganya yang lain. Semua ini tidak mustahil.
Apa sekalipun, selagi iman kita kuat dan percaya pada Allah SWT, ombak kencang dan ribut tsunami pun tak mampu untuk matikan semangat kita untuk terus hidup selagi ada nyawa di badan. Allahuakbar!
Wassalam.
Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Saturday, June 30, 2012
Thursday, June 28, 2012
Siapa Afiq Muiz Ni?
Kenal ke mamat ni?
Salam
Alahai, saya bukannya nak buat promotion pasal si Afiq ni, tapi nak berceritalah tentang sesuatu yang terjadi tengah hari semalam.
Tengah hari tu, selepas saya ada mesyuarat di sebuah bangunan ni, saya telah diajak oleh 'geng' kami ni pergi pula bermesyuarat di Bangi Kopitiam, di sebuah kawasan ni yang berdekatan dengan ofis 'geng ' kami. Kami pun pergilah ke kopitiam tu dan kebetulan bila masuk sahaja, tempat itu telah dijadikan lokasi 'shooting' mungkin drama kot, saya pun tak pasti sangat. Saya nampaklah dua orang pelakon ni sedang berlakon, seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua-duanya saya tak kenal. Saya pun tak kisahlah. Kami teruskan bermesyuarat di sebuah sudut di kopitiam tu, tanpa menggangu 'penggambaran' yang sedang dibuat itu.
Sambil 'meeting', kami makan sama, maklumlah dah tengah hari, mestilah kami lapar. Dalam pada itu saya masih nampak lagi kedua-dua pelakon yang sedang berlakon tu. Saya tanyalah kepada salah seorang daripada 'team' kami, "Siapa nama pelakon-pelakon tu?" Yang seorang tu jawab, "Tak tahulah... nampak macam pelakon baru."
Tak apalah, saya pun teruskan dengan perbincangan kami. Selepas itu, mesyuarat kami pun selesai, tetapi saya terpaksa tunggu lagi di situ kerana menunggu anak saya menjemput. Saya pindah tempat dan tunggu kat bahagian luar sikit (takut anak saya tak nampak pulak). Pelakon tadi masih berlakon lagi, tapi kali ini di bahagian lain kopitiam itu. Saya pun tengoklah. Sementara itu, salah seorang dari member 'team' yang bermesyuarat tadi sudah singgah dan bersembang-sembang dengan 'krew' penggambaran tadi. Kemudian member tu pergi dan saya masih di situ lagi. Tiba-tiba hujan lebat. Saya terpaksa pindah tempat dan 'krew' penggambaran terpaksa berhenti kerja )masa tu mereka 'shoot' di bahagian luar pulak. Yang saya ni pula nak sangat tahu siapa nama pelakon-pelakon tadi.
Cik jurumekap yang berada di lokasi pulak duk sibuk tegur saya. "Akak masuklah kat sini, kat luar tu hujan," Saya tersenyum-senyum aje. Kemudian saya pun pergilah dekat sikit. Kebetulan yang pelakon perempuan berada dekat situ, saya pun duduk ajelah. Yang pelakon tu duk tersenyum-senyum. Say pulak tak tahu nak cakap apa. Tiba-tiba saya tanya cik jurumekap yang juga duduk kat situ. "Yang pelakon lelaki tu, yang tadi pakai baju merah tu, dia tu siapa ek?" Cik jurumekap rupa-rupanya pun tak tahu nama mamat tu. "eh... eh..." dia mula bertanya teman-temannya. Suara dia ni kuatlah jugak... lepas tu dia kata, "Nama dia Afiq... Afiq Muiz," dan tiba-tiba mamat yang kami bercakap tu dah pun tercegat di situ. Cik jurumekap pun kata, "Ha... ni pun dia..." Kali ini mamat tu dah berpakaian uniform pekerja 'Bangi Kopitiam'. Saya pulak macam betul bendul pergi bertanya mamat tu, "Oh, awak ni pekerja kat sini rupanya."
"Hehe... tak kak, saya berlakon aje ni. Konon-konon pekerja kat sini..." Kata mamat tu sambil tersengih-sengih.
"Ohhhh... berlakon."
Saya memang termalu pun! Tu lah... sibuk nak tanya. Patutnya duduk ajelah diam-diam. Akhirnya saya tak sempat tanya siapa pula pelakon perempuan tu. Saya dah segan sebenarnya. Bila balik... saya pun search lah. Memang betul mamat tu pelakon... pelakon barulah agaknya.
Alkisahnya... si tukang sibuk...

Wednesday, June 27, 2012
Jiwa Kacau
Salam
Saya nak tulis sikit sahaja sebab pagi ini saya ada urusan di KL. Apa yang saya nak tuliskan ialah tentang JIWA KACAU. Kenapa agaknya ada orang jiwanya kacau? Mungkin kerana putus cinta kot? Atau mungkin kerana hal lain seperti isteri atau suami yang sedang buat hal? Atau mungkin kerana hal lain yang ada kaitan dengan keluarga atau teman, atau mungkin kerana 'duit'?
Huhu... kalau kita cerita pasal duit ni, memang tak akan cukup. Lebih baik jangan fikirkan sangat. Sepatutnya kita belajarlah untuk hidup dengan apa adanya. Kalau sikit duit yang kita ada, hiduplah cara itu, jangan biarkan diri terperangkap dengan 'hutang' di keliling pinggang.
Okey, kalau anda sedang patah hati kerana orang yang anda sayang tinggalkan anda atau tidak setia dan tak jujur, mungkin juga jiwa anda sedang kacau. Tak tenteram dan tak tentu arah. Apa yang harus anda lakukan ialah 'Be Positive'. Kalau orang tak mahukan kita, baik kita blah! Kalau orang tak jujur, juga kita blah! Kalau orang tipu kita dan kaki belit, jom blah!
Jangan takut untuk kuatkan semangat dan jangan biarkan jiwa anda jadi kacau hanya kerana ada orang di luar sana tidak pandai menjaga hati anda!

Tuesday, June 26, 2012
Tak Ada Siapa Tahu Apa Ada di Hati
Salam sayang semua
Sekarang ini memang dah jadi trend, ramai selebriti yang berhijrah ke alam 'hijab' atau 'jilbab'. Bagi saya, bila ada yang mahu lakukan perubahan dalam hidup mereka, ke arah yang lebih 'cemerlang', apa salahnya, kan? Sebab itulah lebih baik kita jangan mengumpat atau mengata mereka yang tidak 'berhijab' itu sebagai jahat atau jahil, kerana kita tak tahu apa yang akan terjadi di masa akan datang. Lagipun, tak semesti bila dah tutup seluruh badan, hati dan jiwa juga bertukar bersih. Hanya Tuhan yang tahu. Apa pun, lebih baik kita bersangka baik daripada bersangka buruk tentang insan di dunia ini terutama dari segi pakaian dan luaran ni.
Sebagai muslim, eloklah kita berdoa dan minta pada Tuhan agar semua umat Islam di negara ini dan di dunia ini diberikan hidayah ke arah yang lebih baik dalam semua segi, luar dan dalam. Sekali lagi saya tegaskan bahawa hati di dalam itu sepatutnya jauh lebih baik daripada sekadar luaran sahaja.
Pun begitu, bila kita masih muda dan berjiwa muda, naluri kita perlukan 'kepuasan' dari pelbagai segi dan di antaranya ialah pakaian. Sudah menjadi kebiasan dan trend, remaja dan mereka yang masih muda, mahukan sesuatu dalam ketrampilan seharian. Tidak mahu ketinggalan. Memang terlalu ramai yang tak sanggup nak tutup keseluruhan tubuh tanpa apa-apa fesyen. Huhu... biasalah tu. Mungkin kita tak perlu jadi hipokrit dan terlalu berlagak dalam hal untuk menjaga 'aurat' sedangkan hati meronta-ronta untuk bergaya.
Saya bukan seorang ustazah, jadi saya bercerita 'biasa' sahaja tentang kemahuan manusia hari ini. Dalam hal untuk menutup 'aurat', keinginan untuk bergaya tetap wujud dalam hati. Mungkin ada yang kata '"Mana boleh bergaya, tak baik, berdosa tu." Huhu... saya tak nak komen, takut nanti ada yang melenting-lenting.
Rata-rata kita manusia hidup di dunia ini mudah sangat buat keputusan dan buat hukuman tentang orang lain, betul tak? Kalau seseorang itu berlaku lain daripada biasa, kita akan buat tuduhan. Yang peliknya, kita jarang nak ambil berat tentang 'hati'. Kalau kita baca dan menghayati ayat-ayat dalam al-Quran, Tuhan sering mengingatkan kita untuk berlaku baik buat manusia lain dan juga alam ini.
Okeylah... terpulang pada kefahaman kita dan niat kita. Semuanya terletak di hati, kan? Tak ada siapa yang tahu apa ada di hati, hanya Allah SWT sahaja.
Wassalam.
Monday, June 25, 2012
Carikan Calon Jodohku
Sekadar hiasan
Salam
Selamat pagi dan semoga anda semua bersemangat tinggi untuk mulakan minggu ini, insya-Allah.
Hari ini saya nak bersembang tentang rasa 'susah' yang hadir dalam hidup orang-orang muda hari ini dalam hal untuk mencari calon pasangan hidup. Serius ni, bukannya lawak tau. Ramai yang rasa tertekan dengan hal untuk mencari calon kerana rata-rata ramai orang muda terutama perempuan takut untuk mulakan hidup berumah tangga kerana takut terpilih calon yang salah!
Memang tak mustahil, dalam keadaan yang serba moden dan serba 'mengelirukan', banyak yang bimbang untuk berkahwin kerana takut terperangkap dengan 'pasangan' yang salah. Hari ini, lelaki atau perempuan bukan lagi seperti orang dulu-dulu yang rata-rata sudah biasa rasa susah. Dulu-dulu, ibu bapa kita tak pandai macam orang sekarang dan kebanyakan ibu juga tidak bekerja, jadi anak-anak tidaklah manja dan mengada-ngada macam anak-anak sekarang.
Anak-anak sekarang hendak apa pun akan dapat kerana biasanya ibu bapa akan makbulkan permintaan mereka. Kerana itu juga, anak-anak sekarang daya kekuatan jiwa mereka tidak sekuat orang-orang yang jauh lagi dewasa. Ini adalah antara teori saya bila melihat keadaan anak-anak hari ini. Malah, dalam hal bekerja juga, orang-orang muda suka berpindah-pindah tempat kerja kerana tak tahan dengan dugaan. Bukan itu sahaja, malah ramai juga yang tak sanggup buat kerja yang menggunakan tenaga (kerja construction, kerja buruh, kerja ladang) dan kerana itulah negara kita terpaksa bergantung pada orang luar untuk lakukan kerja-kerja itu.
Oleh kerana orang-orang muda hari ini jauh lagi manja daripada orang-orang dulu, banyak perkahwinan dan perhubungan gagal. Anak-anak lelaki hari ini tidak seperti anak-anak lelaki dulu. Orang dulu lebih tekun dan rajin dan lebih bersabar. Mereka tiada pilihan kerana tiada ibu bapa yang boleh 'support' kalau nak mengada-ngada pun. Kalau hari ini, bila ada 'money problem' sahaja, mereka minta ibu dan ayah mereka 'support'. Bukan hal duit sahaja, macam-macam lagi yang mereka mudah lepas tangan termasuklah tanggungjawab.
Jadi... sudah ada trend hari ini, di mana anak-anak muda lebih suka sekiranya calon yang bakal menjadi pasangan mereka dipilih oleh orang lain. Maknanya, pihak ketiga lebih faham dan mengetahui latar belakang calon yang dipilih itu. Ini bukan kisah kahwin paksa, atau terpaksa kahwin, tetapi kisah di mana calon yang menjadi pasangan, dipilih oleh pihak ketiga. Maknanya juga, pihak ketiga akan teliti background dan peribadi calon itu. Bila semuanya okey, mereka akan rekomen pada orang yang meminta untuk dicarikan calon pasangannya. Lepas itu, barulah pasangan itu berkenalan. Bila dah berkenan, barulah berkahwin. Bermakna juga, tak semestinya mereka perlu bercinta sebelum kahwin!
Huhu... sweetnya , kan? Cinta lepas kahwin. Insya-Allah, lebih efektif.
Mungkin inilah yang terbaik dan insya-Allah, cara ini akan menjadi lebih berkesan.
Ada yang nak cuba ke? Boleh try, kan?
Wassalam

Sunday, June 24, 2012
Siapa Nak Jadi Hero?
Contoh hero di wayang sahaja
Salam semua
Semoga anda semua berbahagia di hujung minggu ini.
Bagi saya, alhamdulillah saya tetap bersyukur di atas segala rahmat yang dianugerahkan Allah SWT buat kita semua. Awal pagi tadi, saya memang stay up kerana nak tengok Sepanyol lawan Peranchis. Dua-dua team merupakan team kesukaan saya, jadi tak kisah yang mana menang pun dan kebetulan Sepanyol yang menang, okeylah tu. Suami dan anak saya Nabil, konon-konon nak tengok tapi... alahai... depa meroloh pulak! Huhu... ni kita cakap macam orang Peraklah ni. Pagi esok pulak, England lawan Itali, saya tak kisah... mungkin tak tengok nanti sebab pagi Isnin (eh esoklah kan) suami saya akan ke Jakarta, jadi tak bolehlah terlewat pulak nanti, miss penerbangan!
Okeylah, pagi ini kita nak bersembang tentang 'watak hero' dalam hidup kita. Siapakah yang kita anggap 'hero'? Ramai yang akan pilih ibu atau ayah. Sebab 'hero' kot, jadi ramai juga akan pilih ayah kerana dikatakan hero ada kena-mengena dengan lelaki. Huhu...
Sebenarnya kita tak akan cari watak hero macam 'Aaron Aziz' atau Superman, Batman, Spiderman dalam hidup kita. Mereka sekadar lambang 'hero' di panggung wayang sahaja. Yang realnya adalah mereka yang dekat di hati dan dalam hidup kita. Mereka yang memberi semangat dan inspirasi.
Tak kisahlah sama ada kita nak pilih ayah atau ibu, atau orang lain yang kita rasa hero dalam hidup kita. Mungkin juga kita pilih suami kita (bagi yang dah kahwin). Itu menunjukkan kita perlukan satu 'figure' yang menonjol dalam hidup kita lalu memberi inspirasi. Pun begitu, bukan semua suami atau ayah yang menjadi pilihan 'insan' di dunia ini dan menganggap mereka sebagai 'hero'.
Iyalah... bukan semua suami dan ayah merupakan suami atau ayah yang baik. Ada tu, konon-konon nak kahwin dan mahu menjadi suami dan ayah yang baik. Tapi bila dah pegang peranan tu, mereka tak mampu untuk memikul tanggungjawab! Malang sungguhlah kerana bila gagal pegang tanggungjawab, watak 'hero' dalam hidupnya tak mampu wujud di mata isteri atau anak-anak. Kalau dah tak pandai bertanggungjawab, memang mereka juga gagal untuk berikan kasih-sayang. Maka hilanglah peranan hero yang sepatutnya 'wujud' dalam keluarga berkenaan.
Kalau anda seorang lelaki, tentu anda impikan untuk menjadi 'hero' isteri dan anak-anak anda. Bukan susah pun. Asal tahu menjalankan tanggungjawab dan mampu memberi kasih sayang, pasti anda akan menjadi 'hero' mereka semua. Kalau tidak, isteri dan anak-anak akan beralih pandang kepada orang lain. Mereka akan tercari-cari hero lain dalam hidup. Ada ketika, ibu yang bertukar jadi hero anak-anak, bukan ayah. Malah, ada isteri terpaksa tumpang cari 'hero' pada ayah mereka sendiri atau abang dan adik lelaki. Bukan suami mereka!

Saturday, June 23, 2012
Kawan Lama Muncul Semula
Salam
Pagi semalam, saya kurang sibuk, jadi saya pun pergi menjenguk-jenguk beberapa blog di alam maya. Entah macam mana saya pun termasuklah ke satu blog ini. Blog yang mengisahkan sebuah pusat atau rumah anak yatim yang terletak di kawasan Perlis. Saya pun bacalah entri-entrinya dan entah macam mana juga, saya terlihat kehadiran seorang wanita di salah satu entri itu. Siap ada gambar lagi. Wanita itu aktif di rumah anak yatim berkenaan. Banyak yang dilakukan untuk mengumpulkan dana untuk rumah anak yatim berkenaan. Bila saya teliti nama yang tertera, saya rasa macam familiar aje.
Lepas itu, saya pun hubungi seorang kawan saya yang saya gelar 'Kak Sal'. Dia berada di Johor dan pernah maklumkan pada saya bahawa dia pernah hubungi seorang teman lama saya ketika kami berada di Universiti Malaya suatu ketika dahulu. Tentulah saya ingat nama kawan lama saya tu, cuma tak pasti nama ayahnya. Kak Sal beritahu saya nama ayah teman saya dan saya percaya wanita yang saya lihat di blog berkenaan itu adalah teman lama saya. Jadi saya pun mintalah nombor telefonnya dari 'Kak Sal'.
Petang semalam, saya kirim mesej kepada teman lama saya. Dia sangat teruja bila tahu yang saya sedang menghubunginya. Saya pun telefon dia dan kami berbual panjang. Kawan saya itu kini sedang berada di Kangar tetapi katanya dari masa ke masa dia datang ke KL kerana masih bertugas secara 'part time'. Kawan saya itu adalah seorang 'Trainer'. Dia maklumkan kepada saya bahawa dia berada di Kangar bersama anak bongsunya, seorang anak lelaki yang baru lagi mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang bayi kecil. Kawan saya di sana kerana menemani bayi kecil itu dan membantu anak lelakinya untuk urusan di rumah anak yatim. Maklumlah, itu merupakan cucu pertamanya. Dua orang anak perempuannya berada di KL. Seorang (yang sulung) sudah pun berumah tangga dan yang kedua masih single dan kata teman saya, anak perempuan keduanya itu adalah seorang pelakon TV dan drama (huhu... saya tak nak cakap siapa).
Kami berbual-bual lagi dan merancang untuk berjumpa pada hari Rabu depan. Kebetulan, teman saya itu akan berada di KL dan saya juga ada kerja di KL pada hari Rabu berkenaan. Insya-Allah, kami akan berjumpa.
Okeylah... hujung minggu ni saya ada tugasan yang perlu disiapkan segera. Okeylah, adios semua. Take care dan salam sayang.
Wassalam.
Friday, June 22, 2012
Drama Melayu - Ada Yang Tak Kisahkan 'Detail'
Fazreen Rafi dan Nazim Othman
Salam pagi Jumaat
Esok dah pun hujung minggu. Sekarang ni apa yang saya lihat ialah orang kita dah mula bersiap sedia untuk hari raya. Hari raya? Eh, puasa pun belum. Tapi biasalah... orang kita memang suka benar fikirkan hari raya, betul tak? Kalau tak beraya tu macam tak ada apa-apa lah agaknya. Huhu. Sepatutnya kita berkobar-kobar menunggukan bulan Ramadhan, tapi malangnya lebih ramai kisahkan hari raya daripada bulan puasa. Cik oi... puasa yang tertinggal tahun lepas dah ganti ke? Hehe... jangan sampai terlupa pulak.
Okeylah nak bercerita pula pasal 'drama' Melayu. Sejak kebelakangan ni, saya terpaksa tonton drama-drama Melayu oleh kerana sebab-sebab tertentu. Saya perasanlah beberapa pelakon-pelakon yang dulunya saya tak tahu pun. Misalnya Fazreen Rafi. Dulu saya tak tahu pun ada pelakon yang namanya macam ni. Hehe. Saya tengok okey jugak dia berlakon. Begitu juga mamat sekor ni... nama dia Nazim Othman. Sebelum ni saya memang tak perasan. Mamat ni pun okey jugak lakonannya. Not bad.
Bila lakonan nampak macam okey, kadang-kadang saya perhatikan 'tidak ketelitian' pengarah dan penerbit dalam hal-hal 'detail' . Saya bagi contoh ya. Ada satu drama ni, konon-kononnya si lelaki mempunyai bangunan pejabat di sebelah bangunan pejabat si perempuan. Malah, dari tingkapnya boleh nampak si perempuan tadi. Maknnya terlampau dekatlah, kan? Tapi... ada 'scene' yang saya anggap macam kelakar pulak. Si lelaki tadi pergi meeting ke tempat wanita, lepas tu masa nak balik... ada pulak naik kereta dan berjalan jauh (sebab ada scene naik kereta pulak dan bersembang tentang apa yang berlaku semasa mesyuarat tu) dan kembali ke pejabatnya. Tak kelakar ke? Mungkin dia orang tak perasan, tapi saya perasan! Adoi.
Inilah yang saya selalu perasan, banyak sangat detail dalam penceritaan drama kita yang tidak diberikan perhatian. Misalnya, bila ada flashback terutamanya kisah yang terjadi bertahun-tahun yang lepas. Takkanlah kereta hari ini (terutama kereta baru) dah ada masa tu? Pelik tu. Kadang-kadang tu pula cerita tu berjalan untuk tempoh bertahun-tahun, lepas tu masa endingnya dikedepankan pula masanya. Lagi kelakar kita melihatnya kerana keadaan semuanya sama saja, macam tak ada perubahan apa-apa.
Apa pun, sudah ada peningkatan dalam hal lakonan kerana banyaklah juga pelakon-pelakon kita hari ini dah pandai berlakon. Cuma saya tak suka sangat menonton drama yang terlalu suka 'highlite' pada keadaan yang 'gedik-gedik'. Macamlah tak cukup dah keadaan 'gedik' di luar sana.
Okeylah, semoga banyak lagi drama yang disediakan itu mampu menghiburkan dan memberi ilmu dan pengajaran buat para penonton. Bukan sekadar drama kosong sahaja.

Thursday, June 21, 2012
Mencari Ilham
Cari idea ni
Salam
Kadang-kadang kita memang tak tahu nak tulis apa walaupun kita merupakan seorang penulis. Jangankan nak tulis manuskrip, nak tulis entri blog pun payah. Sebab tu kadang-kadang kita tengok ada blog yang terus bersawang. Tuan punya blog macam dah ambil keputusan untuk pencen saja. Hehe. Lagi seronok pergi menjenguk blog orang, tengok dan baca apa orang lain tulis. Huhu.
Begitulah kisahnya bila nak tulis manuskrip. Ada tu memang dah lama bercita-cita untuk menulis, tetapi asyik tunggu ilham datang tapi tak datang-datang.
"Beb, memanglah macam tu kalau kita rajin tunggu ilham datang. Kadang-kadang payah ilham nak datang, tau."
"Habis tu macam mana? Aku teringin nak tulis ni."
"Kaulah pergi cari ilham. Kau fikir dan fikir lagi. Lepas tu kau tengok kat keliling kau."
"Iya ke tu? Bukan ke ilham yang datang pada kita?"
Betul tu, kadang-kadang ilham memang datang bila kita tidak pun menjemputnya. Tapi kadang-kadang ilham payah nak datang. Masa tu lah kita pergi mencarinya. Jangan biarkan diri kita berangan-angan saja. Ada pula tu, lepas menulis dan bila kena komen aje, terus merajuk tak nak tulis lagi.
Sekali lagi saya ingin ingatkan kepada mereka yang teringin untuk tulis, jangan sekali-kali ikut cara orang lain. Cuba cari stail sendiri dan ikut stail kita supaya pembaca akan tahu itu adalah cara kita menulis. Kalau boleh, biarlah karya kita merupakan sesuatu yang lain daripada orang lain. Jalan ceritanya ada kelainan. Sekalipun mungkin ada trend tertentu, kita jangan terikut-ikut sangat sebab kita tak mahu pembaca di luar sana akan menjadi bosan dengan penulisan yang ada di negara kita. Kalau asyik kisah yang macam nak sama aje, siapa yang nak baca? Betul tak tu?
Okeylah... pagi ini, itu sahaja yang saya nak tulis. Semoga mereka yang mahu cuba menulis akan teruskan usaha untuk menulis.

Wednesday, June 20, 2012
Bila Kita Jadi Orang Jahat
Salam
Siapa yang hidup di dunia ni saja seronok nak buat jahat? Kalau kita fikir-fikirkan, mesti kita rasa tak ada kot. Semua orang mesti nak buat baik. Tapi... kenapa pulak banyak sangat di luar sana kita tengok kejadian-kejadian yang memedihkan, menyakitkan, membuat jiwa kita jadi getar dan macam-macam lagi. Kalau semua orang memang tak ada niat nak buat jahat, mana datang pulak kejadian-kejadian yang jahat ni?
Sekalipun kita rasa semua orang mahu jadi baik, tetapi saya percaya memang ada orang di dunia ini memang suka buat jahat. Ada tu mungkin dengan tak sengaja, tetapi ramai yang peka dan sedar dan mereka dengan sengajanya melakukan kejahatan. Mungkin juga latihan dan pengalaman yang dilalui dalam hidup membuatkan dirinya tak ada perasaan dan dengan mudah juga sanggup lakukan kejahatan.
Jahat ni ada macam-macam. Betul, kan? Kadang-kadang kita tak nampak sangat. Misalnya perbuatan seperti 'fitnah', 'gosip' yang memudaratkan, benda-benda macam ni kita payah nak jelaskan tetapi akibat daripada 'mulut' macam-macam boleh terjadi pada manusia. Jahat kelakuan juga akan memudaratkan alam ini. Misalnya 'kaki minum', 'kaki judi', perbuatan seperti ini bukan sekadar boleh merosakkan diri, tetapi orang-orang di sekelilingnya. Bila kaki judi, mesti kena guna banyak duit, kan? Bila tak cukup duit, mana nak cari? Mesti kena pinjam, kan? Bila dah tak boleh pinjam lagi, mulalah memaksa orang-orang yang dekat dengannya untuk memberi. Maka timbullah macam-macam kejahatan yang terpaksa dilakukan.
Dalam hal ini, ada kejahatan yang lagi teruk. Seperti merogol, membunuh dan macam-macam lagi. Malah, bila kita tidak bertanggungjawab pada orang-orang yang sepatutnya kita menjaga, ia merupakan satu kekejaman kepada amanah yang diberikan Tuhan kepada manusia. Tak kiralah sama ada kita ini merupakan suami, isteri, ayah, atau Perdana Menteri, atau menteri, atau ketua kampung atau penghulu. Bila kita tak tunaikan tanggungjawab kita dengan sepatutnya, kita akan menjadi orang yang jahat juga.
Semoga kita fikirkan hal-hal ini dan semoga kita berusaha untuk jadi orang yang baik dunia dan akhirat.

Tuesday, June 19, 2012
Kenang Daku Dalam Doamu
Salam
Pagi ini saya nak bersembang tentang sesuatu yang mungkin dekat dengan hati sesetengah di antara kita yang pernah merasakan keadaan seperti yang mahu saya ceritakan ini. Kisah bercinta dalam tempoh yang lama, tetapi kerana sebab tertentu, kita terpaksa berpisah. Orang kata, 'Rasa cinta masih ada', namun tiada rezeki untuk berpanjangan dalam percintaan. Ada tu, kerana sebuah kematian.
Inilah kisah benar yang pernah terjadi kepada seorang kenalan saya. Mereka pernah bercinta dalam masa yang sangat lama dan cita-citanya memanglah untuk berkahwin. Tetapi malangnya, si lelaki mengidap satu penyakit yang 'terminal'. Sebelum bertemu ajalnya, itulah pesanan si jejaka, 'Kenanglah daku dalam doamu.' Sedih, kan? Hingga ke hari ini, teman saya tak mampu mencari pengganti dan dia terus hidup membujang. Mungkin setiap kali dia bersolat dan berdoa, dia tidak lupakan kepada arwah lelaki yang pernah bertaman di hatinya. Wallahua'lam.
Saya tak tahulah kenapa, tetapi bila terdengar sahaja lagu yang pernah dipopularkan oleh S.M. Salim yang berjudul 'Kenang Daku Dalam Doamu' ini, saya berasa sedih dan sayu. Teringat kepada teman-teman saya yang sudah lama pergi meninggalkan alam fana ini. Saya juga sering teringat kepada penyanyi popular suatu ketika dahulu, ia itu Sudirman Hj. Arshad.
Dia berada di kampus yang sama dengan saya, cuma dia lebih senior daripada saya. Semasa dia memenangi Bintang RTM, kami semua menonton di depan TV di dalam dewan kolej kami (di Universiti Malaya). Kami bersorak ramai-ramai kerana bangga Sudirman menang. Malah, ketika itu, kami semua sangat suka padanya kerana dia sangat baik hati kepada semua. Saya teringat lagi ketika dia ke Jepun dan meminta seorang teman kolej saya untuk ambilkan nota untuknya. Bila pulang, dia menghadiahkan teman saya sebuah beg tangan kulit. Masa tu, kalau dapat beg tangan kulit, memang hebatlah!
Begitulah dia. Hari ini, lagu-lagunya tetap menyusuk kalbu saya setiap kali mendengarnya. Semasa Sudirman meninggal dunia, saya berada di UK. Saya hanya menangis, teringat kepada seorang hamba Allah yang baik hati.
Saya percaya anda juga ada cerita yang sama seperti ini. Semoga kita tak lupa untuk doakan teman-teman kita yang sudah pergi.
Wassalam.
Monday, June 18, 2012
Bertambah Sayang
Sekadar hiasan
Salam semua
Hujung minggu yang lepas ni, saya memang tak dapat nak kemaskan garden saya kerana jerebu teruk sangat. Saya ni memang pantang dengan habuk, mudah elergi dan mudah semput. Jadi... lantaklah garden tu... hehe. Tapi, nak buat macam mana kan bila keadaan cuaca jadi macam ni?
Okeylah, pagi ini saya ada mood nak bercerita tentang seorang kawan saya. Dia ni bukan Melayu tapi dia memang biasalah dengan orang Melayu. Kawan saya ni berketurunan Cina. Dia bercerita pada saya (dah lama saya tahu cerita ni), yang masa kahwin dulu, suami dia hanya bekerja sebagai tentera biasa (tak ada pangkat). Biasanya orang Cina tak suka masuk tentera, lebih suka buat bisnes. Kata kawan saya ni, dia terpaksalah hidup bersusah payah buat jangka masa yang agak lama, mana dengan tekanan ahli keluarganya. Maklumlah, kawan saya tu kira macam cantiklah juga dan famili dia tak sukalah dia tersangkut dengan lelaki (walaupun sebangsa) yang tidak cemerlang ekonominya.
Kawan saya terpaksa buat kerja sampingan untuk support ekonomi mereka. Mana dengan anak-anak lagi, katanya memang payah. Tapi dia happy sebab suaminya sangat baik hati.
Kemudiannya, suami dia belajar dan masuk pula tentera udara. Ketika itu, dia sudah ada pangkatlah. Hidup mereka pun mulalah berubah jadi lebih baik lagi. Sekarang ini, suami dia dah pun bekerja di bahagian swasta dan ekonomi mereka sudah jauh berubah. Malah, anak-anaknya pun sudah berjaya dan pandai berjimat-cermat.
Moral of the story : Sekalipun kita berdepan dengan kesusahan, tetapi kalau kita hidup penuh dengan kasih sayang, jiwa tetap tenang. Berbeza dengan sesetengah orang yang mempunyai ekonomi mantap tetapi tidak ada hati perut. Semestinya tidak berjumpa dengan ketenangan. Hari ini, kawan saya sangat bahagia. Ke mana sahaja suami dia pergi, mereka akan pergi bersama walaupun sama-sama sudah matang usia. Kalau berjalan, mereka berpegangan tangan dan sangat 'loving'. Suami kawan saya sentiasa menghormati isterinya kerana suatu ketika dahulu kawan saya banyak berkorban untuk rumah tangga mereka. Kata kawan saya, "Suami I selalu kata pada I, 'sorry ya sayang, dulu you tak dapat hidup senang macam orang lain.'" Kata-kata begitulah yang membuat kawan saya bertambah sayang pada suaminya.
Saya bercerita sekadar ingin berkongsi rasa bersama anda semua.

Sunday, June 17, 2012
Label Orang Jahat
Sanggupkah kita dizalimi begini? Inilah orang-orang Rohingya yang menjadi pelarian
Salam
Hari ni nak sembang tentang sesuatu yang dekat dengan hati saya. Malah mungkin ia merupakan sangat menyentuh hati. Saya tak tahu orang lain tapi inilah yang saya rasa.
Sejak kebelakangan ini, saya selalu tengok 'news' dan saya sangat sedih melihat orang-orang Rohingya yang serba tak kena dibuat oleh insan-insan di dunia. Kalau ikut keturunan, mereka ini berasal dari Bangladesh, tetapi sudah lebih seratus tahun tinggal di Myanmar, namun hingga hari ini, mereka dianggap sebagai pendatang haram dan mereka tiada kerayatan. Bila diusir keluar dan lari ke Bangladesh, mereka juga tidak diterima di sana dan terpaksa pula tinggal di kem pendatang haram. Ya Allah ya Tuhanku... kenapa kita manusia sanggup baut begitu, sedangkan mereka ini adalah manusia yang serupa dengan kita dan menumpang di bumi Tuhan?
Kebetulan juga, saya terlihat satu komen yang ditulis oleh orang Melayu menjawab satu mesej email daripada seorang ustaz yang sangat tersentuh dengan hal ini. Ustaz itu meminta agar kita ramai-ramai mendoakan orang Rohingya yang sedang berdepan dengan kezaliman di Myanmar. Orang yang menjawab itu berkata, "Buat apa kita nak beria-ia doakan untuk mereka sedangkan kita semua tahu orang Rohingya itu bukannya orang yang baik pun. Di Malaysia ni, orang Rohingya selalu menyusahkan kita dan sangat degil tak mahu dengar cakap!" Astaghfirullah alazim. Saya tak tahu kenapa kita boleh fikir begitu, sedangkan kita ini, tak kiralah bangsa apa sekalipun, datuk-nenek kita yang datang ke mari dan kita beruntung kerana zaman dulu, negara memang tak ada sempadan. Kita bebas untuk ke sana dan ke mari mencari rezeki. Namun pada hari ini, kita semua terlupa. Malah, kita juga sering terlupa kata-kata Tuhan dalam al-Quran. Allah swt tidak suka kepada perasaan bongkak yang sering datang pada hati manusia!
Cuba kita mengarah ke Sabah pula. Kita lihatlah kepada orang Suluk di sana. Walaupun mereka tinggal di Sabah beratus tahun lamanya, hingga hari ini mereka juga tiada kerayatan. Mereka tinggal di atas laut dan cuba cari rezeki di darat. Tiada persekolahan, tiada kemudahan. Apa akan terjadi agaknya kalau kita terpaksa hidup macam tu? Sanggupkah kita? Sedangkan yang kita tumpang ini adalah bumi Tuhan.
Saya rasa teramat pelik bila kita suka 'melabel' orang dan berkata orang ini jahat dan orang ini tidak. Cuba kita lihat di sekeliling kita di negara kita sendiri. Adakah bangsa yang keturunannya sangat baik dan tidak pernah buat jahat? Memang tak ada, kan? Tapi kita sering melabel pendatang Indonesia di sini sebagai orang jahat. Dalam hal yang sama, kita perlukan perkhidmatan mereka sebab tanpa mereka kita tak ke mana, kerana semua kerja kita bagi pada mereka. Begitu juga dengan orang Bangladesh, orang Nepal, Myanmar yang bekerja di sini. Kita sering tuduh mereka sebagai bodoh, tak tahu bahasa dan jahat. Aduhai... macamlah kita ni baik sangat.
Kebelakangan ini, ramai pula yang seronok melabelkan orang kulit hitam di negara kita ini sangat jahat. Menipu orang sana-sini, terlibat dengan dadah dan macam-macam lagi. Begitu juga dengan bangsa lain yang ada di negara kita macam orang Iran dan lain-lain. Adakah kita menganggap bahawa semua orang luar ini jahat? Saya kenal dengan beberapa pelajar Iran di Malaysia dan mereka sangat baik. Rumah saya juga pernah dirompak oleh sekumpulan orang berketurunan Indonesia, tetapi saya tidak akan label mereka jahat kerana saya juga kenal dengan orang Indonesia yang baik-baik. Tukang urut saya sangat baik, tukang kebun juga baik. Dulu, saya pernah baik dengan tukang rumah yang datangnya dari Madura. Siap tak mahu ambil upahnya semua dan minta agar saya simpan 'balance' nya hingga dia perlu nanti.
Ketika di lapangan terbang di Istanbul, Turki, semasa sedang menunggu untuk berlepas, ada seorang wanita Melayu (siap bertudung agak-agak labuh juga) merungut-rungut kepada saya dan suami. Jadi saya bertanyalah, "Kenapa?" Dia memuncungkan mulutnya mengarah kepada tiga lelaki kulit hitam yang akan menaiki kapal terbang kami itu. Katanya, "Saya tak sukalah gagak-gagak hitam ni pergi negara kita! Dia orang ni jahat dan menyusahkan! Benci betul saya tengok. Buat apa nak ke negara kita?"
Saya dan suami tidak jawab. Namun kemudian suami saya kata kepada saya, "Teruk betul perangai orang tu. Takkanlah senang aje dia tuduh orang jahat sebabkan kulit orang?"
Sungguh ni. Janganlah kita begitu sekalipun memang kita tahu ada banyak kes di negara kita yang melibatkan keturunan tertentu, tetapi itu tidaklah bermaksud kita boleh tuduh sembarangan. Orang kulit hitam ni mereka datang dari pelbagai negara di benua Afrika dan ada juga dari negara lain termasuk Amerika Syarikat, bukan satu sahaja. Lagipun, apanya kurang dengan kita? Kalau mereka boleh tipu kita, itu bermakna kita juga mudah kena tipu. Tetap ada kekurangan dan kesalahan. Kita juga kena ingat bahawa orang kita pun selalu juga menipu di tempat orang.
Apa pun, sesungguhnya, kita tidak boleh cepat bersangka buruk pada orang lain kerana keturunan mereka atau kulit mereka kerana saya juga percaya kita tidak suka kalau orang lain bersangka buruk pada kita kerana keturunan dan kulit kita.
Bersyukurlah kerana kita ada tempat tinggal, ada negara dan mudah untuk cari rezeki di negara kita ini.

Saturday, June 16, 2012
Kalau Tak Sanggup Jangan Buat-Buat Sanggup
Sekadar hiasan - tiada kaitan dengan judul
Salam
Malam tadi memang seronok tengok bola. Walaupun penat, tapi tengok jugak sebab team-team yang best berlawan. Okeylah, pagi ni tak nak cerita bola tetapi cerita benda lain.
Kebetulan saya terbaca satu artikel tentang orang bermadu dalam perkahwinan. Lebih kurang beginilah ceritanya. Kata si penulis, dia sangat hairan mengapa terlalu ramai wanita yang suka menyeksakan diri. Bila suami mereka mahu berkahwin lagi, mereka terima dan tidak membantah. Tetapi selepas itu, mula merungut-rungut. Semuanya tak kena. Tapi, mahu teruskan perkahwinan mungkin kerana sayangkan suami dan tak mahu anak-anak hidup tanpa ayah di samping mereka. Biar tidak bahagia tak apa.
Kata penulis artikel lagi, betul ke cara ini? Kenapa hendak menyeksakan diri sedangkan sebenarnya dirinya tidak sanggup menerima. Kata penulis lagi, tiada siapa-siapa yang boleh memaksa kita untuk menerima sesuatu yang kita tidak rela. Tetapi kalau kita buat-buat rela, itu bermakna kita adalah hipokrit. Kalau betul-betul rela, janganlah merungut. Kita kenalah terima apa sahaja. Kalau rasa macam melampau dan selepas berbincang dengan pasangan cara yang baik, tetapi masih juga tidak berkesan, apa guna kita teruskan sebuah perkahwinan yang menyakitkan? Dalam Islam tak ada macam tu pun. Manusia yang suka menuduh lalu berkata bahawa itu adalah kehendak Islam.
Saya tersenyum juga membaca artikel yang ditulis oleh kaum hawa itu. Apa yang ditulis itu memang ada kebenarannya. Kalau sekalipun kita mahu lakukan sesuatu yang baik atas nama agama, jangan pula kita buat dengan perasaan yang sakit dan tidak rela. Kalau kita buat macam tu, tentulah akan menyusahkan hidup kita juga. Sedangkan dalam hal ini, tiada paksaan. Kalau tak rela bermadu, tiada siapa pun yang boleh memaksa kita. Tapi jangan pula kata okey (konon-konon sanggup berkorban) lepas tu kita jadi marah dan meradang. Lepas itu kita jaja sana sini cerita yang tak baik pasal suami dan madu kita. Huhu...
Dahlah. Saya bercerita ini sekadar berkongsi info dan mungkin untuk mengingatkan kita sesama sendiri. Buatlah yang terbaik buat diri kita dan famili. Wallahua'lam.

Friday, June 15, 2012
Jangan Terlebih Sayang
Aduh! Sakitnya bila ada yang terlebih sayang
Salam
Sungguh ni, kalau kita sayang siapa pun, janganlah terlebih sayang. Tinggalkan sedikit untuk diri kita. Jangan terlalu baik hati hinggakan tak ada apa-apa yang tinggal untuk diri kita sendiri. Kalau nak sayang 'all out', kita sayang Tuhan sahaja. Sayang Tuhan memang berbaloi sebab Tuhan tak kantoikan kita. Malah, bila kita sayang Tuhan dengan sepenuh hati dan jiwa raga, kita akan sentiasa rasa tenang, insya-Allah.
Saya bercakap tentang sayang insan di luar sana, insan yang merupakan pasangan kita. Tak kiralah anda sudah pun berumah tangga atau belum. Kalau dah kahwin tu, memang elok benar kita belajar untuk sayang suami kita dengan sepenuh hati. Pun begitu, bila saya kata sepenuh hati tu, tidaklah bermakna kita sayang dia sahaja hinggakan terlupa pada diri kita dan mungkin anak-anak.
Saya memang pernah tengok orang terlalu sayangkan suami hinggakan anak-anak pun tak diambil kisahnya. Bila 'suami' yang disanjung tu buat hal, dia macam 'minah gila' dah jadinya. Anak-anak dia tak peduli lagi. Asyik melalak, asyik menangis. Risau bukan-bukan, dah tu sibuk ke sana ke mari mencari bomoh nak pulihkan sang suami. Katanya suaminya itu dibuat orang. Kalau kita kata pada dia yang suami dia pun sama 'gatal', dia akan marah. Sebab kata dia, suami dia memang jenis baik. Oisy! kot suami dia turun dari kayangan kot! Aduhai... memang payah.
Janganlah sayang pada si dia sampai terlebih-lebih hinggakan dia jadi sangat 'powerful'. Bila kita sayang seseorang itu melampau-lampau, pasti kita akan diduga. Itulah yang sering terjadi. Kita mesti selalu ingat bahawa sekalipun kita sayang seseorang itu bagai nak rak, kita tak tahu bila kita akan berpisah dengannya. Mungkin dia tak tinggal kita kerana orang lain, namun dia juga manusia. Sama macam kita. Bila-bila masa pun dia atau kita boleh dimatikan. Habis tu, macam mana? Takkan kalau dia mati dulu kita nak ikut masuk kubur sama? Nauzubillah...
Bila kita bercinta, kita kena selalu ingat bahawa selagi kita bercinta dengan manusia, dia itu tetap manusia. Hatinya mungkin berubah. Begitu juga dengan hati kita. Kalau tak masa muda, mungkin pula bila dah tua. Dalam begitu, tak usah pula kita hidup dengan perasaan syak wasangka. Itu pun tak baik juga. Terbaik kalau kita hidup biasa-biasa, tak terlalu 'gilakan' dia, tetapi bersederhana sayangkan dia. Malah, belajarlah untuk sayang diri kita juga. Kalau kita jaga makan minum dia, bela pakai dia, diri kita jangan terlupa pula.
Beri kasih sayang kita kepada semua. Pada dia, pada anak-anak (bila dah kahwin dan ada anak-anak), pada ibu bapa kita, pada adik-beradik kita, pada teman-teman. kita. Apa jua yang terjadi, kita tidaklah jadi tak keruan kerana masih ada orang lain yang juga sayangkan kita. Insya-Allah.

Thursday, June 14, 2012
Bila Orang Tak Mahukan Kita
Memilih bunga
Salam pagi Khamis buat semua,
Pagi ini, saya nak keluar sebab ada urusan. Pun begitu, saya nak berkongsi cerita tentang perasaan. Baru-baru ini, saya ada terima emel daripada seorang kenalan. Katanya kepada saya, "Kak... betul lah, life is beautiful." Saya pun tak pasti sangat apa yang dikatakan itu. Rupa-rupanya, sekitar setahun yang lalu dia pernah mengadu pada saya tentang hubungannya dengan seorang lelaki yang tiba-tiba sahaja berubah hati. Kenalan saya itu makan hati dan begitu kecewa sekali. Puas jugalah saya pujuk dan berkata padanya, kalau kita bersedih pada hari ini, tak semestinya kita akan bersedih sampai bila-bila. Kita kena percaya bahawa Tuhan akan buat kita ceria semula. Itulah yang saya katakan dan saya selitkan 'life is beautiful' agar dia tidak rasa yang dunia akan jadi gelap buat dirinya itu.
Begitulah bila orang putus cinta, kan? Bila kecewa datang bertandang, kita rasa macam nak mati saja (ayat klise ni), tetapi kalau kita duduk dan fikir betul-betul, kita tak akan rasa sedih lagi. Kenapa ya? Sebabnya, bila orang tak suka pada kita... biarkanlah. Buat apa pun kita nak paksa-paksa. Sekalipun dah berkawan selama enam, atau sepuluh tahun... tak usah pedulikan lagi. Bayangkan kalau kita berkahwin juga dengan dia, mungkin dia akan buat hal masa kita berkahwin nanti dan akan porak purandakan rumah tangga kita. Lagi perit dan sakit! Lagipun, tak kiralah anda lelaki atau perempuan, kumbang dan bunga masih banyak di taman.
"Yalah tu... cakap senang lah!" mungkin ada yang kata begini, kan? Sebenarnya sebagai manusia sememangnya kita kena banyak bersabar dan percaya pada Tuhan. Bila ini yang kita lakukan, insya-Allah Tuhan akan hadiahkan kita sesuatu yang jauh lebih baik kalau kita terima qada' dan qadar dengan ikhlas. Bila orang tak mahukan kita, janganlah kita punahkan hidup kita lalu kita meratapi dan buat diri kita merana. Kalau ini yang kita pilih untuk lakukan, memang dunia akan jadi gelap dan cahaya tak mampu untuk membolosi hidup kita.
Apa pun yang terjadi, kuatkanlah semangat kita, pujuklah hati kita, carilah jalan untuk buat benda-benda lain yang tidak akan menyusahkan kita. Insya-Allah, kalau kita usahakan, semestinya ada jalan.
Jangan matikan diri sebelum sampai untuk kita mati,

Wednesday, June 13, 2012
Di Manakah Kalbu?
Salam
Di manakah kalbu kita? Tak ada ke dalam badan?
Bila kita menonton berita di TV, inilah yang sering kita lihat. Terlalu banyak manusia yang tiada kalbunya. Tak ada perasaan, tak ada jiwa, tak ada hati. Dan manusia beginilah yang dibenci Allah SWT. Manusia yang tidak ambil kisah dengan alam, dengan persekitaran, dengan tumbuh-tumbuhan, dengan haiwan dan dengan manusia sesama sendiri. Kalau lihat berita dunia, memang mengerikan. Manusia dibunuh setiap hari dan yang bertanggungjawab adalah ketua masing-masing. Jadi, apakah tanggungjawab ketua?
Mungkin begitu agaknya. Dunia sedang bergerak ke akhir zaman dan manusia pula kalbunya bertukar menjadi manusia di zaman jahiliah. Lebih rendah taraf daripada haiwan. Tidak ada rasa dan pertimbangan lagi.
Ada ibu yang sanggup tinggalkan anak-anak dan tentunya terlalu banyak ayah yang tak bertnaggungjawab pada anak-anak. Jadi... siapa yang septutnya jaga anak-anak ini? Mungkin ada anak-anak yang hidup dapat pakai, dapat makan dan tempat tinggal, tetapi dapatkah mereka kasih-sayang dan didikan yang sempurna? Hari ini, memang banyak manusia yang terabai dari segi kasih sayang. Banyak insan-insan yang rasa kosong hidup di dunia.
Paling takut bila kita melihat manusia yang serba ada dan dari fizikalnya macam okey aje. Rupa-rupanya kalbunya sudah lama rosak. Tak ada apa-apa. Tidak ada perasaan pada insan lain sekalipun anak-isteri, tidak ada perasaan pada ibu bapa sendiri, apatah lagi pada Tuhan yang maha esa. Hidup bagi mereka hanyalah untuk mencari hiburan, itu sahaja.
Ada juga insan yang bergerak ke sana dan ke mari, menipu sana-sini, berjanji sana sini, merosakkan apa-apa saja yang ditemui, namun masih banyak manusia yang akan mendekati mereka ini. Sungguh menyedihkan.
Pun begitu, masih ramai yang sedang memburu rasa daripada mereka yang tak ada kalbu.
Wallahua'lam.

Tuesday, June 12, 2012
Tak Cukup Tidur
Samir Nasri - pemain bola France. Dia ni bukan sedara saya.
Salam
Saya ni bukannya ketagih tengok bola macam orang lain tu, tapi bila musim pertandingan bola macam ni, kita tengok juga lah. Saya pun tengok main pilih-pilih jer, bila ada team tertentu, barulah saya tengok. Dah tu nama pun European cup kan, jadinya semua negara-negara Eropah lah. Kalau tanya saya, saya sukalah negara France dan Sepanyol. Saya suka negaranya dan saya juga suka orang-orangnya. Dalam team France, memang banyak mamat keturunan Arab yang main, jadi tak adalah rasa janggal sangat. Kalau Sepanyol pun, sejak dulu lagi saya memang suka team tu. Tapi biar saya ulang di sini ya, saya memang bukan jenis buang masa tengok bola. Ahli keluarga pun macam tu, kami tengok bila perlu aje. Buat suka-suka, tapi tak ada siapa-siapa yang gila bola kat rumah saya. Cuma sekarang ni, cucu kecil saya Si Ali tu memang pandai giler main bola. Walaupun baru berusia setahun enam bulan, dia pandai sepak bola dan sangat mantap tendangannya. Kalau nampak ada permainan bola sepak kat TV, dia sangatlah suka menengoknya.
Okeylah... pagi ni terasa lah letih sikit sebab malam tadi tengok England lawan France. Kurang tidur. Saya suka tengok Samir Nasri. Kebetulan, nama keluarganya sama dengan kami. Al Nasri. Dia merupakan pemain France yang bermain untuk kelab bola di England.

Monday, June 11, 2012
Apa Yang Dimahukan Perempuan
Salam
Pagi ini encik suami saya ke Jakarta kerana ada kerja. Esok malam dia baliklah. Saya okey aje kat rumah ini, alhamdulillah.
Semalam, saya sibuk juga kerana adik lelaki saya dan keluarganya bertandang. Anak saya pun bertandang sama. Maklumlah, si kenit-kenit tu memang suka sangat bila ada yang tukang melayan. Tak kisah apa pun asal dapat main dan gelak! Seronoknya jadi budak-budak, kan?
Hari ini saya nak bersembang tentang perasaan perempuan. Bukanlah saya tahu apa perasaan semua perempuan, tapi saya kan perempuan? Kawan-kawan pun memang ramai perempuan, adik-beradik pun ada perempuan dan sekarang ini pembaca saya memang banyak yang perempuan. Sebagai perempuan, sekali-sekala (kalau tak banyak kali pun), kita akan bercerita tentang perasaan. Misalnya, kawan saya telefon saya petang semalam dan bercerita tentang betapa terkilannya dia bila majlis perkahwinan anak perempuannya macam berserabut sikit. Berserabut bukan kerana apa, tetapi katerer tak hantar pekerja yang cukup, jadi bila masa 'peak' dan banyak VIP yang hadir ketika itu, banyaklah tetamu terpaksa tunggu makanan tiba. Huhu... terpaksalah penyambut tetamu yang ada bantu sama. Saya kata pada dia, begitulah kita kan. Kita mahukan yang terbaik, tetapi kadang-kadang yang terbaik tidak dapat kita capai pada keadaan-keadaan yang tertentu. Apa pun, kita dah cuba dan saya pasti ramai yang faham keadaan seperti itu.
Okeylah... nak bercerita lagi. Semestinya sebagai orang perempuan, kita mahukan perhatian. Betul tak? Walaupun kalau kita perhatikan, biasanya orang perempuanlah yang berperanan untuk beri perhatian pada semua orang. Pada ibu ayah, pada adik-beradik dalam rumah, bila dah kahwin pada anak-anak dan suami. Semuanya orang perempuan kena perhatikan. Dah jadi macam tugas orang perempuanlah tu sekalipun pangkatnya tinggi melambung!
Tapi... orang perempuan juga mahukan perhatian. Bila kita jadi ibu yang dah tua dan uzur, kita mahukan perhatian anak-anak. Kalau tak percaya, pergilah bertanya dengan ibu masing-masing. Kebanyakannya tak kisah pun kalau anak tak beri duit, janji datang menjenguknya. Begitulah ibu saya, bila anak-anak, cucu-cucu, anak-anak saudara berada di sekelilingnya. Ibu saya jadi segar dan seronok.
Bila kita tanya para isteri, sekalipun kerja hariannya sibuk, dia tetap mahukan perhatian sang suami. Sebenarnya apa yang dimahukan kaum wanita ni bukanlah sesuatu yang berat pun. Sekadar tunjukkan 'concern' bila dia pening ke, tak lalu makan ke, idamkan sesuatu ke (makanan lah), dan sang suami sekadar bertanya khabar, tanyakan apa-apa yang dia teringin tu dan usaha untuk dapatkannya. Kadang-kadang, perhatian yang dimahukan itu tidak besar mana pun, sikit saja, tapi dia tetap perlukannya kerana itulah tanda kasih yang ada antara dia dan sang suami. Betul tak kaum hawa semua?
Orang perempuan memang suka bila dibuat kejutan. Tiba-tiba aje sang suami bawak dia pergi makan kat restoran istimewa, atau mungkin bawak dia pergi makan angin ke tempat yang diidamkan. Kadang-kadang tu ada yang rajin beli hadiah. Mungkin kecil aje, tapi sekalipun kecil, ia tetap bermakna. Semua ini mampu memberi injection dalam perkahwinan. Begitu juga dalam dunia percintaan, terutama bagi 'couple' yang berjarak atau tinggal di tempat yang berjauhan. Tiba-tiba ada pos laju kat depan rumah yang mengirimkan sesuatu daripada sang arjuna. Aduhai... benda-benda macam ni lah yang boleh menyegarkan perhubungan. Memang tak berat mana pun, tapi itulah yang dimahukan kaum wanita daripada kaum lelaki. Perhatian.
Okeylah, nanti kita sembang lagi pasal hal ni. Saya ada kerja yang perlu saya buat sekarang. Take care semua.
Wassalam.
Sunday, June 10, 2012
Kongsi Jiwa dan Raga
Salam semua
Saya telah difahamkan bahawa drama Kau Laksana Bulan sedang diulangtayangkan di Channel Suria, TV Singapore. Huhu... mungkin orang Johor dengan orang Singapura boleh tengoklah....
Okeylah, semalam saya kesibukan. Saya telah menghadiri majlis perkahwinan staf KarnaDya, Zainorarina yang telah diadakan di Sabak Bernam. Tahniah kepada Ina dan pasangannya, semoga selamat dan bahagia hidup berumah tangga hingga ke akhir hayat. Amin. Saya suka sangat tengok rumah kampung Ina, sangat autentik. Suami Ina pun comel aje.
Setelah pulang, dalam keadaan jalan raya yang agak sesak, saya berjumpa dengan kawan baik dan lama saya, seterusnya kami ke Putra Heights untuk urusan menghantar tanda, bagi pihak anak lelakinya. Majlis itu sangat simple sahaja (saya suka, saya suka) dan kami berjumpa dengan ahli keluarga terdekat sahaja. Lepas itu, duduk makan-makan dan bersembang. Makanannya memang sedap (masakan Melayu), lepas itu ada pencuci mulut lagi, cream puff dengan kek karot. Enaknya. Tahniah kepada Danial dan Rafiqah, semoga perancangan anda berdua berjalan dengan baik nanti. Insya-Allah.
Pagi ini, inilah yang ingin saya katakan. Kalau bercinta, mestilah ada perancangan untuk berkahwin. Jangan bercinta kosong sahaja, buat buang masa. Kalau saya katakan, tak usah bercinta sakan, nanti ada yang marah pulak. Kata mereka, "Alah macam baik sangat, tak boleh bercinta konon." Hehe... sebenarnya, saya ada berjumpa dengan salah seorang pembaca saya, dia tidak pun bercinta sakan macam orang lain, namun dia akan berumah tangga pada bulan ini, insya-Allah. Semuanya diuruskan oleh orang-orang yang dikenalinya. Kadang-kadang, perkahwinan yang diatur ini, mungkin jauh lagi baik, kerana kedua-dua keluarga bersetuju dengan apa yang diaturkan itu. Semestinya yang terbaik dari semua sudut. Yang penting, kedua-dua lelaki dan perempuan yang nak kahwin tu, mestilah bersetuju. Tak bolehlah kalau main-main paksa pulak!
Dalam percintaan dan perkahwinan, pasangan sebenarnya berkongsi sebuah kehidupan. Tak bolehlah main aku-aku atau engkau-engkau. Kalau kita ada perasaan yang macam itu, lebih baik jangan berkahwin. Memang wujud mereka yang 'selfish', yang hanya mempunyai kepentingan buat diri sendiri sahaja. Ada tu, mungkin nak kahwin sebab orang lain kahwin, tapi dari segi perancangan dan tanggungjawab, tak ada langsung!
Dalam perkahwinan, 'material' bukan merupakan hal utama. Yang penting ialah kasih sayang dan tanggungjawab. Kalau kita dapat berkongsi semua itu, insya-Allah perkahwinan kita akan menjadi dan sinar kebahagiaan akan muncul dalam hidup kita. Tetapi, kalau kita sekadar pentingkan diri kita sahaja dan tidak rasa yang kita perlu berkongsi kehidupan dengan pasangan, lebih baiklah 'Blah' sahaja. Buat buang masa.
Bagi sang wanita, sekiranya anda bertemu dengan pasangan lelaki yang mengasihi dan mahu berkongsi jiwa dan raganya, anda lakukanlah perkara yang sama juga. Taatinya sebagai suami, berilah kasih sayang anda kepadanya, harungilah hidup anda dengannya tak kira sekalipun ribut taufan melanda anda. Namun sekiranya pasangan anda jenis manusia yang hanya pentingkan dirinya, mungkin juga tak tahu menilai kasih sayang, mungkin juga jenis suka tendang terajang, tak tahu bertanggungjawab.... huhu... eloklah anda membawa diri anda ke tempat lain. Dalam Islam, Tuhan tidak pernah menyuruh orang perempuan untuk biarkan diri mereka jadi bodoh!
Wallahua'lam dan Wassalam.
Saturday, June 09, 2012
Bahagia Walaupun Tak Kaya
Salam
Hari ini saya ingin berkongsi sebuah cerita. Semasa saya kecil, saya pernah melihat gambar kakak saya yang bernama Nazik. Kata arwah ayah saya, itulah kakak saya yang tinggal di Madura. Ketika itu, saya tak dapat bayangkan Madura itu macam mana. Yang saya tahu tempat itu memang jauh dan bukan merupakan tempat yang mudah kami pergi. Gambar yang saya lihat ialah satu gambar yang sangat romantis. Kakak saya itu digendong oleh suaminya. Kakak saya memang cantik menawan. Ada juga gambar lain yang menampakkan kebahagiaannya bersama suami. Saya tahu dia bahagia.
Suaminya itu adalah seorang pelayar dan kakak saya telah dilahirkan dan dibesarkan di Madura kerana ibu kakak saya ialah orang Madura. Malah, suaminya juga orang Madura. Ketika ayah saya berpisah dengan ibunya, kakak saya Yildis ikut ayah saya ke Malaysia, tetapi Nazik tinggal dengan ibunya di Madura. Untuk tempoh yang sangat panjang, saya hanya melihat gambar-gambar kakak saya dan keluarganya dan mendapat berita melalui surat-surat yang dikirimkan. Suatu hari, kami dapat berita yang suaminya meninggal dunia kerana kakinya terkena paku yang beracun. Terpaksalah kakak saya mengharungi kehidupan dengan anak-anaknya tanpa suami di sisi.
Pun begitu, saya tidak pernah melihat kakak saya hinggalah pada tahun 2005. Kebetulan, anak kakak suami saya sedang merancang untuk berkahwin dengan anak dara Surabaya. Jadi, kami telah ke Surabaya beramai-ramai. Saya telah ke sana bersama suami dan dua orang anak lelaki saya, Irfan dan Nabil. Kami tinggal di kawasan Ampel dan di situlah terletaknya keluarga-keluarga keturunan Arab, kebanyakannya berasal dari Yemen. Kawasan itu mengingatkan saya kepada negara Arab. Bila tiba di Surabaya, saya telah menghubungi salah seorang anak kakak saya yang tinggal di tempat itu. Dia merupakan seorang guru dan namanya ialah Lutfi. Dia telah datang ke hotel kami dan membawa kami ke Madura. Semasa itu, jambatan dari Surabaya ke Madura belum siap lagi, jadi kami terpaksa naik feri. Kemudiannya naik kereta terus ke kampung tempat tinggal kakak saya yang pada ketika itu, saya rasa sangat jauh.
Ketika tiba di rumah kakak saya, kami telah disiapkan makanan yang sangat enak dan banyak. Kami empat beranak, enjoy gila makan makanan yang disediakan, termasuk sate dan sup Madura. Malangnya, ketika itulah kami diberitahu bahawa kakak saya sedang berada di hospital kerana sakit kencing manis yang kuat. Ibu jari kakinya terpaksa dipotong. Kami melawat kakak kami yang berada di sebuah 'rumah sakit' yang bagi saya ketika itu, sangat daif keadaannya. Apa pun, di rumah sakit itulah pertama kalinya saya berjumpa dengan Kak Nazik. Walaupun dia sudah tua,tetapi dia masih cantik.
Pada Tahun 2010, saya pergi lagi ke Madura, kali ini sudah ada jambatan dan lebih mudah untuk ke sana. Saya pergi dengan adik lelaki saya dan isterinya, kerana adik saya teringin untuk melihat Kak Nazik. Kali terakhir saya jumpa Kak Nazik ialah ketika sepupu saya mengaturkan majlis perkahwinan anaknya di Bandung pada tahun lepas. Kakak saya telah dibawa dari Madura. Ketika itu, kakak saya agak uzur.
Hingga ke hari ini, foto pertama kakak saya yang saya lihat itu masih berada di minda saya. Saya melihatkan satu kebahagiaan yang pernah kakak saya rasai, mungkin tiada bandingan dengan segala harta yang ada di dunia ini. Kini, harta yang kakak saya tinggalkan ialah anak-anaknya yang soleh dan solehah. Insya-Allah, silaturahim akan kami teruskan. Semoga roh kakak saya aman di alam barzakh.

Tuesday, June 05, 2012
Kembali Ke Rahmatullah
Assalamualaikum...
Dengan sedihnya saya ingin maklumkan bahawa kakak saya, Nazik Emir telah kembali ke Rahmatullah sekitar jam 5.00 petang tadi di Madura, Indonesia. Semoga rohnya diRahmati Allah SWT. Al Fatihah.
Seumur hayatnya, saya bertemu dengan kakak (berlainan ibu satu ayah) saya itu sebanyak tiga kali. Dua kali di Madura dan sekali di Bandung. Terakhir ialah di Bandung ketika majlis perkahwinan anak sepupu saya sekitar bulan Oktober tahun lepas. Rancangannya, Allahyarham dan anak-anak akan ke Malaysia sekitar bulan Mei/Jun tahun ini, namun semuanya berubah kerana Allah lebih menyayanginya.

Tak Ada Mood
Salam
Hari ini saya memang tak ada mood untuk tulis apa-apa kat blog ni. Semalam, saya dapat berita yang kakak saya yang kini berada di Madura, Indonesia, sedang sakit tenat. Semoga kakak saya dilindungi Allah SWT. Minggu lepas, sepupu ibu saya telah kemalangan di utara dan meninggal dunia. Mood saya hari ini tidak ceria. Semoga Allah SWT Pelihara kita semua.

Monday, June 04, 2012
Pakej Kehidupanku
Salam
Musim cuti sekolah ni, agaknya ramai juga yang bercuti, kan? Eloklah tu, kalau ada cuti memang bagus berehat-rehat dengan keluarga. Inilah masanya kita nak rapatkan kasih sayang dengan anak-anak dan adik-adik. Kalau sibuk bekerja memang tak ada masa untuk itu semua. Kita kena ingat, hidup ini bukan sekadar untuk cari material sahaja, hidup juga adalah untuk memenuhkan keperluan rohani kita. Insya-Allah, kita cubalah 'balance' kan agar kita tidak hidup dalam kerugian.
Kita cuba gunakan aset yang kita ada sebaik mungkin. Hari ini saya nak bercerita tentang kaki saya. Kaki kanan saya ada problem sikit kerana selama ini saya gunakan kaki kanan untuk tampung segala pressure, tapi sekarang ini, saya cuba alihkan pressure kepada kaki kiri pula, agar kaki kanan saya jadi kuat semula. Inilah yang saya katakan kita kena pandai 'balance' kan segala aset yang kita ada, agar hidup kita jadi lagi mudah diuruskan. Insya-Allah.
Suatu ketika dahulu (saya pernah cerita dalam blog ini), semasa saya awal remaja, perasaan rendah diri pada saya amat tinggi, hinggakan saya sering kali menjauhkan diri saya daripada orang ramai. Kalau tetamu datang ke rumah, saya tak akan keluar. Kalau keluar pun hanya buat seketika sahaja. Saya banyak habiskan masa membaca buku dan duduk di bahagian atas rumah. Saya tak ambil kisah tentang orang lain, saya banyak buat hal saya sahaja. Saya berperasaan begitu kerana saya beranggapan bahawa saya mempunyai kekurangan bila dibandingkan dengan adik-beradik yang lain. Dari segi wajah saya, warna kulit saya, susuk tubuh saya... saya rasa sangat kekurangan. Namun perlahan-lahan, saya belajar untuk terima diri saya seadanya. Perlahan-lahan juga saya belajar untuk bersyukur dengan apa sahaja yang saya ada.
Alhamdulillah, sudah lama saya tinggalkan perasaan rendah diri itu. Sekarang ini saya tidak pernah tidak bersyukur kerana saya percaya apa sahaja yang Tuhan berikan pada saya adalah yang terbaik. Mungkin pada pandangan orang lain saya tidak kaya, tidak hebat, tidak berpangkat, tidak ada kuasa... mungkin banyak kekurangannya. Namun, saya tetap senang dengan apa adanya. Yang tidak hebat, tidak berpangkat, tidak kaya itu, amat menyenangkan hati saya. Saya bersyukur di atas nikmat yang Tuhan berikan ini. Zat menulis banyak membuatkan saya rasa bahagia. Anak-anak dan cucu-cucu menggembirakan hati saya. Suami yang ambil berat dan sentiasa berada di sisi saya dan keluarga amat menyenangkan jiwa saya. Ibu, kakak, abang, adik-adik, semua anak saudara juga turut buat saya rasa 'penuh'. Syukur alhamdulillah, saya tidak rasa akan kekurangannya.
Apa yang saya alami dan lalui mungkin tidak sama dengan orang lain, namun saya percaya bahawa pakej yang Allah SWT berikan ini adalah yang terbaik buat kehidupan saya.
Saya sentiasa berdoa agar Tuhan izinkan saya untuk terus menulis, berikan saya semangat dan kekuatan untuk mengharungi segala dugaan, ringankan segala rasa sakit, tunjukkan saya jalan yang lurus untuk ke pintu syurga. Amin.
Wassalam.
Sunday, June 03, 2012
Kahwin Pucuk Muda
Sekadar hiasan
Salam
Mungkin apa yang saya nak bangkitkan ini merupakan sesuatu yang sensasi. Tapi perkara ini bukanlah sesuatu yang baru atau jadi 'trend' di zaman sekarang. Sejak dulu-dulu lagi perkara ini dah jadi sesuatu yang orang suka buat dan dipraktikkan. Tak kisah siapa yang muda atau siapa yang tua. Saya juga percaya perkara ini mampu berlaku dengan sempurna sekiranya niatnya ikhlas dan suci. Tapi kalau niat tak baik, mungkin ia juga jadi tak baik. Betul tak?
Biarlah saya bercerita sesuatu yang benar-benar berlaku.
Berpuluh-puluh tahun yang lampau, arwah ayah saya berkahwin dengan ibu saya dalam keadaan yang saya sedang ceritakan ini. Ibu saya sekitar 17 tahun sahaja. Anak dara kampung dan tak ada exposure apa-apa. Arwah ayah saya pula, ketika itu sudah pun 60 umurnya. Tapi... walaupun arwah ayah saya tua, dia masih kelihatan segak dan ayah saya orang merantau dan banyak exposure (dia datang dari Turki, Saudi dan Indonesia). Ketika itu, ayah saya memang tak ada masalah untuk berkahwin dengan siapa-siapa (hehe), malah dia sering menjadi rebutan ibu bapa untuk dijadikan menantu mereka.
Okeylah... alasan utama mengapa arwah ayah saya jadi pilihan ibu dan bapa ibu saya ialah kerana keturunan. Ibu saya dari golongan 'Syed-Sharifah' dan kerana itu, ibu bapanya mahu anak mereka (ibu saya adalah satu-satunya anak perempuan mereka) untuk berkahwin dengan lelaki yang berketurunan sama. Ketika itu ayah saya sudah pun ada isteri (lebih dari satu) dan tidak menjadi hal untuk mereka menerima arwah ayah saya.
Mungkin kalau itu terjadi pada saya, saya akan pengsan atau terus mati! Hehe...
Namun alhamdulillah, sepanjang hidup ibu saya (ibu saya masih ada lagi), dia sangat menyayangi arwah ayah saya. Dia sentiasa taat dan merupakan isteri yang setia pada suaminya walaupun mereka berjarak umur. Walaupun selepas itu ayah saya masih berkahwin lagi, ibu saya tetap setia dan menghormatinya. Bila arwah ayah saya meninggal dunia, ibu saya jadi sunyi dan kerana itulah dia berhijrah ikut anak-anak tinggal di KL.
Begitulah kisahnya. Satu perkahwinan antara lelaki dan perempuan yang berjarak umur.
Pun begitu, kadang-kadang kita mendengar cerita yang berbeza. Bila terjadi perkahwinan antara yang berumur dan yang muda (orang kata kahwin pucuk muda), masing-masing jadi hairan dan takut. Maklumlah, kadang-kadang perkahwinan seperti ini terjadi kerana harta atau wang ringgit. Bila itu niatnya, mungkin banyak cabaran yang akan datang dan singgah untuk mengganggu-gugat perkahwinan pucuk muda ni. Banyak juga isteri-isteri pucuk muda tak sanggup menahan cabaran dan gelora bila melihat lelaki lain yang jauh lagi muda daripada suami mereka.
Aduhai... apa-apa pun, tanyalah pada diri sendiri. Memang tak salah untuk berkahwin dengan lelaki matang usianya (kalau anda perempuan). Biasanya lelaki yang banyak umur ni mereka lebih pandai manjakan isteri. Lebih cekap melayan dan lebih menyayangi isteri. Lelaki sebaya atau muda, banyak pulak songehnya. Wallahua'lam.
Apa sekalipun yang saya katakan ini, setiap situasi adalah berbeza. Kita tak boleh samakan semuanya. Ada yang baik dan ada juga yang tidak baik. Mungkin terpulang pada diri individu itu. Kalau memang niat dan hati memang tak baik, maka buat apa pun akan jadi tak baik juga. Wallahua'lam.

Saturday, June 02, 2012
Mencari Imam Hidupku
Inilah imam dia
Salam
Kalau anda seorang perempuan Muslim, yang juga single dan available, tentu menjadi satu harapan dan idaman untuk mencari seorang imam yang boleh melindungi anda, mengasihi anda dan membawa anda bersamanya ke pintu syurga. Insya-Allah. Itulah yang menjadi impian hampir semua Muslimah yang hidup dan juga yang telah mati. Siapa yang tak mahu hidup bahagia, kan? Bukan sekadar di dunia ini tetapi yang penting ialah pada akhirat nanti. Kita semua mahu dihidupkan semula nanti untuk berada di syurga. Insya-Allah.
Soalnya di dunia ini. Dapatkah kita mencari imam yang kita mahukan itu?
Imam yang macam mana ni?
Bukan sekadar melindungi kita dari segi makan minum dan tempat berteduh, melindungi juga kita dari segala yang haram, membawa kita ke jalan yang baik-baik, memimpin dan memegang kita agar kita tidak jatuh kesakitan. Mengingatkan kita untuk sentiasa berada dengan Allah SWT. Membawa kita ke jalan yang benar dan lurus. Menemani kita pada apa jua keadaan, senang dan susah. Mencintai kita seadanya dan bila-bila masa.
Adakah imam yang macam tu?
Insya-Allah ada. Insya-Allah juga dengan berkat doa kita, biarlah pasangan kita menjadi imam kita, bukan di sebaliknya. Kalau dia tidak berperanan sebagai imam tetapi merupakan manusia yang akan membawa kita ke neraka, lebih baiklah kita tinggalkan dia sahaja. Nauzubillah.
"Abang... macam mana ni, bang? Abang boleh terima ke?" Itulah soal Si Hawa bila cabaran yang besar datang berdepan dengan mereka sebagai suami isteri.
Jawab Si Adam pula. "Sayang rasa macam mana? Kalau sayang rasa boleh terima, abang okey saja. Abang okey kalau sayang pun okey."
Begitulah caranya Si Adam dan Hawa mengharungi segala cabaran bersama. Dalam apa jua keadaan, kerjasama dan perbincangan diperlukan. Seorang imam yang baik akan membawa makmumnya ke jalan yang baik. Insya-Allah.

Friday, June 01, 2012
Jangan Jadi Penulis Yang Ketinggalan
Salam
Mungkin ada yang tidur lewat, kan? Haha... awal lagi ni dan saya ada mood nak up date blog pada malam ni. Bukannya apa, kadang-kadang macam ni lah, tiba-tiba saja rasa macam nak tulis kat blog ni.
Malam ni nak cerita pasal penulisan. Tentu ramai yang suka baca, kan?
Okeylah dalam keghairahan penulis-penulis menulis kisah cinta dan yang seangkatan dengannya, jangan lupa untuk keluar daripada kepungan keselesaan dan cuba untuk berlaku lebih kreatif lagi. Saya percaya dalam masa yang terdekat ini, akan ada pelbagai perubahan dalam hal-hal bahan pembacaan terutama untuk golongan remaja. Jadi penulis hari ini kena fikirkan sesuatu yang berbeza.
Ada macam-macam gadget yang diperkenalkan dan alat-alat canggih ini akan menjadi teman baik para remaja. Malah, kanak-kanak kecil sudah pun dekat dengannya dan mereka akan terus membesar dengan pelbagai gadget yang canggih dan memberansangkan. Dalam masa yang terdekat (mungkin dalam lima tahun ini), para remaja akan didedahkan dengan pelbagai konsep yang interaktif dan tentunya pembacaan buku dan majalah akan berubah.
Jadi... kita ni macam mana? Takkan nak ketinggalan kot?
Mungkin hari ini kita tak ambil kisah dan tak ambil berat kerana kita belum dapat melihat impak yang berbeza daripada apa yang kita dah biasa, tetapi kita perlu buka minda dan fikirkan tentang apa yang sedang berlaku di tempat lain. Tentunya apa yang dikatakan moden itu akan datang juga ke tempat kita. Sekarang ini pun dah ramai yang mengaji al-Quran tak guna 'buku' lagi tetapi pakai tablet. Lebih mudah kerana boleh ada kemudahan interaktif. Kalau kita ajar budak-budak mengaji pun, memang mudah guna gadjet yang begini. Cucu-cucu saya dah pandai menyanyi 'Alif baa taa' walaupun mereka baru satu tahun setengah sahaja. Gadjet tablet lah yang membuat mereka minat untuk lihat dan ikut. Malah, budak-budak ni dah pandai azan sebab selalu tengok pada gadjet yang ada ni. Apa tah lagi baca 'ABC' dan '123'. Semuanya mudah belaka.
Anda semua kena bayangkan bagaimana gadjet-gadjet ini akan menjadi mainan para remaja. Tak cool kalau tak bawak tablet sama. Kalau dulu orang tergila dengan handphone, sekarang ni orang tergila-gila dengan tablet pulak. Kalau dah ada tablet tu, mestilah sibuk nak cari 'contents' yang digital, kan? Tentu ramai yang teringin untuk membaca buku-buku digital, termasuklah komik dan majalah digital. Kalau dah dapat baca majalah interaktif, takkan nak lagi baca majalah yang terletak kat rak-rak kedai? Memang tak minatlah. Out dated!
Jadi kita semua kena ingat kalau kita tak mahu ketinggalan zaman. Jangan fikirkan orang-orang yang dah dewasa, tapi kita kena fikir tentang para remaja dan kanak-kanak yang sedang membesar ni. Dalam masa lima tahun akan datang ni, merekalah yang akan sibuk mencari bahan untuk membaca.
Apa lagi? Takkan nak tunggu-tunggu lagi kot!
Wassalam.
Selamat Dunia Akhirat
Salam
Hari ini saya akan kesibukan. Banyak sangat kerja yang perlu saya selesaikan. Jadi... saya tak akan tulis panjang-panjang kat blog ini.
Sekejap lagi, saya akan mula masakkan mi kari sebab petang nanti kakak saya nak balik ke Muar. Dia teringin nak makan mi kari yang saya masak. Huhu... macamlah sedap sangat.
Saya juga terpaksa siapkan sesuatu yang tergendala. Jadi... tak boleh sibuk-sibuk benda lain. Ingatkan esok nak ajak famili berjalan-jalan makan angin, tapi nampaknya terpaksa tangguh dulu. Duduk aje dan siapkan kerja saya ni, insya-Allah,
Nampaknya tak ada apalah yang saya nak tulis ni. Saya doakan yang baik-baik buat semua yang datang menjenguk blog saya ini. Semoga Tuhan selamatkan kita dunia dan akhirat.

Subscribe to:
Posts (Atom)