Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Thursday, December 31, 2015

Jom Kita Ke Turki!

Assalam

Dah selesai dah cerita pertama saya buat kali ini. Insyaa-Allah, saya akan mulakan cerita kedua pula dalam sedikit masa lagi. Sementara itu, jom kita berangan-angan. Saya tak tahulah apa yang anda selalu angankan atau inginkan, tetapi bagi saya, saya suka kalau dapat peluang untuk makan angin dan berjalan-jalan. Merantau ke tempat orang merupakan sesuatu yang sangat indah buat saya. Jadi... biasanya itulah yang saya selalu angankan atau impikan. Ada tempat yang saya dah pergi tetapi ingin pergi lagi, tetapi ada juga tempat-tempat yang saya tak pernah pergi, tetapi teringin nak pergi.

Insyaa-Allah, tahun hadapan ini, saya akan cuba makan angin lagi, kalau diizinkan Allah lah... Walaupun dah ada tempat-tempat yang masuk list perjalanan kami, tapi kami belum confirmkan lagi. Sebenarnya saya bukan jenis yang rancang lama-lama, saya suka pergi dengan tiba-tiba sahaja. Jadi... tak tahu lagi ke mana yang saya nak pergi ni.

Bila bercerita tentang tempat yang menarik ni, baru-baru ni sepupu saya bercerita tentang satu tempat di negara Turki dan tempat ini terletak berhampiran dengan kota Izmir dan namanya ialah Alacati. Jadi saya nak share dengan anda semua gambar-gambar menarik di tempat itu.. Saya tak bercadang untuk ke sana buat masa ini, tapi esok-esok tak tahulah... insyaa-Allah.

Hari ini merupakan hari terakhir buat tahun 2015. Betapa waktu berjalan dengan pantas. Semoga kita semua mengingatkan diri bahawa kita juga akan ke sana suatu hari nanti... bertemu dengan ajal dan tamat usia. Semoga Allah swt mengizinkan kita untuk ke jalan yang lurus dan selamat dunia akhirat. Semoga Allah swt ampunkan dosa-dosa kita. Aamiin ya Rabbal alamin.

Wassalam.





                                                Gambar-gambar di Alacati, Turki