Dengan bangganya China mendapat pingat emas.
Salam
Mungkin ramai yang bersembang-sembang tentang hajat Malaysia untuk mencapai pingat emas di sukan Olympic, tapi tak kesampaian. Malang sungguh. Mungkin ada hikmahnya. Rakyat Malaysia patut melihat balik pada diri kita. Mengapa kita tak seperti mereka yang dianggap maju? Tak serupa Korea, Taiwan, malah Thailand dan Indonesia boleh tahan kuat kalau dibandingkan dengan kita. Negara seperti Ethiopia, Kazakstan, Kenya lagi jauh lebih daripada kita. Setiap kali berdepan dengan sukan yang besar, Malaysia akan terus terkial-kial, tak mampu untuk bersaing.
Mungkin kita ada jurulatih yang baik, ada teknik, ada macam-macam fasiliti, tapi mungkin kita ada kekurangan yang kita tak melihat, kan? Ramai yang percaya apa kekurangan ketara kita ialah terletak pada kekuatan mental. Itu yang kita tak ada. Bila berdepan sahaja dengan stres, dengan pressure, kita akan kecundang!
Bila kita lemah dalam sukan, itu bermakna kedudukan ekonomi dan kekuatan kita sebagai negara juga kelihatan lemah di mata dunia. Kerana kekuatan ekonomi akan membawa kekuatan dalam pertandingan bidang sukan juga. Cuba kita lihat Korea dan China. Bila bidang ekonomi mereka meningkat, bidang sukan ikut sama. Pada hal saiz badan mereka lebih kurang macam kita juga. Tapi malangnya, kita nak sama macam negara miskin seperti Kemboja, Afghanistan dan negara-negara kecil di benua Afrika. Macam tak cukup makan. Sebenarnya makan kita cukup, tetapi kita lemah kekuatan mental. Langsung tak mampu bersaing bila ada pesaing lain yang menggerunkan kita. Sebab itulah orang kata kita ini 'jaguh kampung', boleh main di tempat sendiri sahaja.
Baru-baru ini, ada kajian yang mengatakan bahawa rakyat Malaysia mendapat kedudukan kesepuluh di dunia kerana 'Malas'. Aduhai... tak bestnya. Malasnya kerana orang kita tak suka bersukan, tak suka melakukan sesuatu untuk bersenam. Maknanya rata-rata orang kita tak kuat kerana kurang bersenam. Malas di sini bukanlah kerana malas bekerja. Tapi cuba kita lihat balik. Mungkin lama-lama nanti kalau kita terus biarkan begini, orang kita akan jadi malas untuk bekerja juga. Kalau boleh nak baring-baring dan tengok TV aje. Makan pun kalau boleh hendah disuapkan. Huhu... saya menyindir aje ni!
Okeylah, cuba kita tengok temasya sukan Olympic di London. Di mana-mana pun, stadium dan di tepi jalan, penuh dengan manusia yang menonton dan bersorak. Kalau di tempat kita, tak usah haraplah. Kalau ke stadium pulak, jangankan nak bagi semangat, kadang-kadang bertumbuk, berkelahi dan membakar! Alahai... bila agaknya kita nak berubah?
Okeylah, semoga di bulan Ramadhan yang mulia ini, sambil kita beribadah, kita renung-renungkanlah. Agar kita cuba lakukan perubahan. Walaupun kecil, lama-lama nanti akan menjadi besar. Insya-Allah.
Wassalam.
