Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, September 12, 2012

Gosip Yang Mungkin Jadi Fitnah


Salam semua

Dari dulu lagi, saya memang tak suka kalau ada orang mengajak saya untuk join bisnes yang mudah jadi kaya (katanyalah). Paling tak suka kalau dikatakan bahawa bisnes itu tak perlu menjual tapi guna strategi tertentu. Bagi saya memang peliklah kalau boleh buat bisnes yang tak perlu jual apa-apa. Bisnes servis pun kena jual servis, apatah lagi kalau bisnes produk, mestilah kena jual produk. Takkan duit turun dari langit kot. Dulu-dulu (mungkin 15 tahun yang lalu), saya rajin juga nak mendengarnya, tapi sekarang saya memang tak percaya! Kalau kita inginkan rezeki yang baik dan lumayan, kita kena kerja kuat, kerja keras, kerja bijak dan bersabar, barulah menjadi. Tak usah mimpilah rezeki nak datang bergolek begitu sahaja, kecualilah ada sesuatu yang terjadi. Itu pun payah juga.

Okeylah, pagi ni saya nak berbual tentang hal lain yang mungkin ada kaitan dengan penulisan. Mengikut kata beberapa orang pembaca saya (yang juga merupakan hardcore), mereka selalu membaca dan melihat gosip yang tersebar di Internet (media sosial lah ni, terutamanya FB). Kata mereka, ada macam-macam cerita. Ada tu digosip oleh pembaca, ada pula tu oleh penulis. Kalau pembaca, biasanya tentang karya, terutama tentang karya yang mereka tidak puas hati. Konon-konon ada karya yang dipukul canang sebagai terbaik, tetapi bila dibaca rupa-rupanya tak baik mana pun. Malah sangat membosankan. Kerana itu, ramailah yang mengkritik tentang hal itu. Ayoyo... susah maa...

Ada tu pulak, gosip tentang karya. Kata mereka, ada penulis terpaksa berjaga-jaga, takut karya mereka diciluk orang lain. Jadi bila manuskrip mereka diserahkan kepada mana-mana pihak penerbit atau pihak perseorangan, mereka perlu berjaga-jaga, konon-konon ada cerita yang mengatakan bahawa setelah manuskrip mereka dikembalikan, tahu-tahu cerita mereka itu sudah menjadi novel orang lain dengan perubahan sikit-sikit. Huh! Memang menakutkan tu.

Ada juga gosip tentang penerbit yang tak mahu keluarkan sebarang perjanjian, sekadar bercakap mulut sahaja bila menerima manuskrip orang untuk diterbitkan. Satu hal lah pulak! Mungkin kalau takut sangat, penulis boleh terbit sendiri, tak susah pun.

Apa-apa pun, saya tak suka terlibat dalam hal bergosip seperti ini, terutama di media sosial, kerana ia sangat merbahaya. Kalau betul, okeylah, tapi kalau sekadar buat tuduhan tanpa kebenaran atau sekadar mendengar cakap-cakap orang sahaja, mungkin ia akan menjadi satu fitnah. Jadi, kita perlu berjaga-jaga. Mungkin lagi elok kalau kita berterus terang dengan semua yang terlibat.

Tapi kalau baca buku tak sedap tu, tak boleh nak buat apa-apalah. Memang adat dunia, mungkin tak sedap bagi kita tetapi sedap pula buat orang lain. Citarasa orang tak pernah sama, kecualilah ceritanya memang tak ada siapa pun yang kata sedap. Itu bolehlah dikatakan sebagai bahaya, tetapi masih kita tak boleh buat apa-apa. Wallahua'lam.

Wassalam.