Assalam
Semakin hari semakin liat pula untuk updatekan blog ini. Apa pun, saya nak juga share dengan anda sekelian tentang tayangan filem berjudul 'PULANG' yang dilakonkan oleh Remy Ishak dan Puteri Aisyah. Selama ini, saya memang jarang tengok movie Melayu. Malah, memang jarang tengok movie di pangung wayang, tetapi entah mengapa, saya teringin nak tengok cerita PULANG ni. Alhamdulillah, memang tidak menghampakan. Bagi saya mungkin, this is the best Malay movie yang saya pernah tonton. Saya tak akan bagi 100% sebab saya rasa movie mat salih pun tak mampu dapat status perfection, tapi saya memang puas hati dengan jalan cerita dan lakonannya. Walaupun cerita ini dikatakan merupakan kisah benar, namun saya juga percaya jalan ceritanya tidaklah seratus peratus ikut cerita yang sebenarnya. Banyak tokok tambahnya. Kalau tidak, mungkin tidak menarik.
Saya pernah belajar di Liverpool dan ketika itu, saya berulang alik dari Manchester ke Liverpool. Saya buat program sarjana di University of Liverpool dan banyak kawan-kawan Malaysia saya yang memang tinggal di Liverpool. Saya memang tahu tentang masyarakat kelasi Melayu (dari Melaka dan Singapura) yang tinggal di Liverpool dan saya juga pernah ke rumah salah seorang daripada mereka (dah tak ingat namanya). Saya kenal beberapa keluarga Melayu yang tinggal tetap di Liverpool (kebanyakannya berkahwin dengan orang tempatan Liverpool). Bila tonton cerita 'PULANG', sangat nostalgia buat kami yang pernah tahu tentang keluarga Melayu di Liverpool. Malah, masyarakat kelasi Melayu Liverpool memang banyak menolong pelajar Malaysia yang belajar di Liverpool.
Saya percaya, lebih banyak lagi filem-filem yang begini yang perlu diketengahkan kerana ini merupakan legasi kita semua.
Bagi anda yang belum ada kesempatan untuk tonton 'PULANG', elok pergilah tonton. Mungkin minda anda lebih terbuka lagi insyaa-Allah. Perjalanan hidup kita hari ini jauh lebih mudah daripada mereka yang terdahulu daripada kita. Apatah lagi anak-anak muda hari ini, mungkin ramai yang tak pernah mengerti betapa sukarnya hidup di zaman sebelum ini. Wallahuaklam.
