Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, January 14, 2009

Si Penipu!

Sukar untuk saya bercerita, namun ini merupakan satu pengalaman yang payah untuk dilupakan. Bukan tak pernah kena tipu, sekali-sekala memang ada. Pernah suatu ketika, saya dan suami ditipu wang yang agak besar jumlahnya kerana sebidang tanah. Malah, pembelian tanah itu diuruskan melalui peguam yang sah, tapi masih kena tipu juga!

Tapi, kali ini saya ingin menceritakan bagaimana kami ditipu oleh orang yang bergelar 'ustaz'. Pandai bercakap bahasa Arab, tahu hukum-hakam agama, malah bijak berbicara tentang Quran. Malangnya, dia juga kaki menipu!

Saya percaya Tuhan mahu kami sedar bahawa ramai manusia di dunia ini sekadar bijak berselindung di belakang nama 'AGAMA' tetapi sanggup melakukan apa sahaja hanya kerana tamakkan wang! Astaghfirullahhalaziim. Sedih rasanya apabila kita bertemu dengan orang seperti ini. Kami mengupahnya untuk datang ke rumah dan mengajar kami bahasa Arab. Alhamdulillah, 'first impression', sangat bagus. Baru kelas pertama, 'ustaz' sudah minta dibayar. Katanya kerana dia juga 'sponsor' pelajar-pelajar Kemboja yang belajar di sini. Saya pun tak naklah berkira-kira. Kesian, lalu terus memberi cek kepadanya. Datang pula dia untuk mengajar kelas kedua. Habis kelas 'ustaz' bercerita. Katanya dia merupakan seorang ahli jihad yang pernah ikut serta dalam perang-perang (Tak payah saya sebutkan di mana). Ketika 'ustaz' bercerita, berkali-kali saya berkata,'Aik... macam cerita Rambo je,' namun saya tak mahu berburuk sangka. Sebaik sahaja cek yang saya berikan sudah'clear' 'ustaz' SMS dan berkata, konon-kononnya nak pergi berjuang. Jadi tak dapat datang mengajar lagi, pada hal kami sudah bayar untuk 8 kelas lagi. Saya tak puas hati, juga ahli keluarga yang lain. Kami berasa pelik, takkanlah 'ustaz' perangainya begitu. Berjihad apa ni, kalau tak mahu bertanggungjawab. Bukankah dia sudah menerima wang kami untuk mengajar bahasa Arab? Siap memberitahu kami bahawa belajar bahasa Arab ni memang merupakan suatu ilmu yang baik kerana nanti kami akan memahami al-Quran. Malangnya, orang yang tahu ilmu sepertinya, tidak jujur. Dapat saja duit, terus cabut!

Kami tak puas hati, lalu kami pergi mencari. Konon-kononnya, dia sudah pergi ke utara, bersiap sedia untuk ke luar negara. Bila dicari, kami pun jumpa... hanya di Teras Jernang sahaja, sekitar beberapa kilometer dari rumah kami ni. Mujurlah 'ustaz' itu tak dibelasah oleh 'puak kami'. yang menghairankan saya, masih ada manusia seperti itu di dunia ini. Tergamak untuk berpura-pura seperti orang yang mulia, tapi hatinya jahat hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Apa yang saya ingin ceritakan ialah ini bukan pertama kali saya kena tipu dengan orang yang sepatutnya berilmu. Mesejnya... jangan percaya pada sesiapa dengan mudah, sekalipun di atas nama Agama. Di dunia ini, memang ramai yang busuk hati dan sanggup lakukan apa saja, asal dirinya untung.Tak kira lelaki atau perempuan. Mudahnya manusia hidup dengan cara menipu manusia lain! Berjaga-jagalah.