Si Afiq Muiz - tak ada kena-mengena dengan judul entri
Salam,
Kat atas ni bukan tajuk novel baru saya, tapi tajuk entri hari ini. Sebelum saya cerita tentang subjek di atas ni, saya saja nak tahu, kenapa semalam ramai yang search nama Afiq Muiz, hah? Ada apa dengan mamat pelakon ni? Ada drama best ke?
Tak apalah... saya nak balik pada judul yang saya bangkitkan ni. Beginilah rasanya bila tiba-tiba sahaja ada orang sayang kita. Hari yang gelap akan jadi ceria walaupun hujan turun sejak awal pagi (macam hari ini). Sungguhpun burung-burung dah lari menyorokkan diri, namun telinga masih terdengar-dengar suara burung menyanyi. Macam tu lah agaknya bila hati sedang berbunga, tahu ada yang sayang. Aduh!
Kenapa ada orang selalu rasa macam tak ada siapa-siapa yang sayang padanya? Padahal tentu ada. Kalau bukan suami atau isteri, atau bukan kekasih atau teman, pasti ada ibu dan bapa atau adik-beradik, kan? Mesti ada 'somebody' di atas bumi ini yang sayangkan kita.
Ada kenalan saya ni, dia banyak bela kucing dan kucing-kucingnyalah yang sayangkan dia. Bila dia tak ada, ada kucingnya yang merajuk dan merana. Walaupun kadang-kadang rumah berbau tak enak sebabkan kucing-kucing tu, tapi hati tetap bahagia dan jiwa tenang bila ada yang sayang pada kita, betul kan?
Salah seorang kenalan beritahu pada saya yang dia baru lagi bercerai dan pernah terasa sakit ketika berumah tangga dengan bekas suaminya. Mula-mula dia sangkakan yang dia tak akan terima orang lain di hatinya kerana sakit yang dirasai itu macam susah nak pulih. Tapi alhamdulillah, tiba-tiba dia rasa pebezaannya bila tiba-tiba ada yang sayang padanya. Tiba-tiba sahaja hati yang kosong terasa bagaikan diisi. Jiwa yang sepi mula ceria kembali. Itulah pukulan rasa, bila ada yang sayang pada kita.
Wassalam.