Cilok dari yahoo
Asssalamualaikum.
Pagi ini saya mempunyai mood untuk berkongsi cerita tentang mereka (lelaki dan wanita) yang pernah berkahwin tetapi sedang memegang status 'single and available', tak kisahlah sama ada mereka mempunyai anak atau tidak. Kebetulan, saya mempunyai kenalan-kenalan dan beberapa orang yang dekat dengan saya yang memegang status itu. Jadi, secara tak langsung, banyak perkara yang saya tahu dan berkongsi dengan mereka yang memegang status itu.
Tapi hari ini, saya nak kongsi rasa dan pengalaman seorang kenalan lelaki yang berada dalam keadaan itu. Mungkin kita beranggapan, bila lelaki bercerai dan kembali bujang, tentu tak susah untuk mencari pengganti. Mungkin ia benar kalau pada asalnya si lelaki berkenaan sudah bermain kayu tiga semasa dalam perkahwinan yang awal, atau memang jenis tak kisah, boleh berkahwin ikut sesuka hatinya. Namun, ada juga lelaki-lelaki yang sangat sensitif dan kalau boleh, mereka tak mahu mengulangi perkahwinan yang tidak stabil lagi. Kerana itu juga, mereka sangat berjaga-jaga.
Biar saya bercerita tentang pengalaman Eddy (bukan nama sebenarnya). Eddy berkahwin mengikut kehendak familinya. Malah, pilihannya juga sudah ditentukan keluarga. Dia tidak kisah kerana semua ahli keluarga juga begitu, bila berkahwin, pasangan akan dicari oleh kelaurga. Biasanya ia sangat menjadi. Tetapi malang buat Eddy, dia gagal.
Mengikut cerita Eddy, keluarga bekas isterinya terlalu mengongkong hidup mereka dan bekas isteri pula lebih suka mengikut cakap keluarganya. Kerana itulah mereka lebih selesa untuk berpisah sahaja kerana tidak sehaluan.
Tapi malang buat Eddy, dia sukar untuk mencari pengganti. Ramai yang dah 'rekomen' si itu dan si ini, tapi tak ada satu pun yang mampu menambat hatinya. Kata Eddy, "Kak... saya tak tahu kenapa, tapi saya fobia. Saya takut apa yang pernah terjadi akan terjadi lagi sekali." Kata Eddy, dia tak berdaya untuk lembutkan hatinya untuk menerima seorang perempuan untuk dijadikan isteri. "Kak... buat masa sekarang, saya nak belajar lagi. Mungkin bila habis nanti, saya akan fikirkan."
Saya kata kepadanya, "Mungkin belum berjumpa dengan seseorang yang boleh mencairkan hati awak kot." Sebenarnya, sekalipun pernah berkahwin, itu tak bermakna seseoarng itu mudah untuk terima orang lain sebagai teman hidup. Keperitan yang dirasai dulu masih mengganggu minda (menghantui perasaan) mereka yang pernah rasa sesuatu yang tak menjadi. Apa yang boleh kita buat ialah untuk berdoa banyak-banyak, agar suatu hari nanti, Allah temukan kita dengan pasasangan yang baik hati dan budi, yang menyayangi kita seadanya. In syaa Allah.
Wassalam.
