Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Sunday, March 04, 2012

Baik vs Jahat

                    Sekadar hiasan


Salam pagi Ahad buat semua,

Semalam, kami ada 'gathering' kat rumah saya. Anak dan menantu saya buat burger (buat sendiri dagingnya), buat juga baghlava (manisan Arab), wedges dan minum air lemon. Memang kaw-kaw. Adik saya dan famili dia juga join kami selain daripada anak-anak saya yang lain dan famili mereka. Kebetulan, masa saya ke KL siangnya itu, dah pekena makanan Arab di Restoran Tarbush. Kaw-kaw jugak. Mungkin semalam merupakan hari makan-makan bukan masakan Melayu. Hehe... sekali-sekala, kami memang macam tu. Hanya di hujung minggu.

Hari ini, saya akan berada di rumah sahaja. Manuskrip novel baru saya sudah pun siapa diedit dan sedang dalam proses untuk dicetak, insya-Allah. Hujung minggu depan, mungkin saya akan maklumkan judulnya pada pembaca blog ini. Kalau diizinkan, mungkin juga saya akan letakkan covernya sekali. Aduhai... macam biasalah, saya jadi berdebar-debar juga. Walaupun dah banyak karya yang saya tulis, perasaan gerun tu masih ada lagi setiap kali novel baru karya saya akan diterbitkan. Kali ini pula, memang dah lama saya tak menulis novel yang tebal. Insya-Allah, saya berharap sangat saya tidak menghampakan penyokong-penyokong saya.

Kalau boleh saya nak sangat berkongsi cerita dengan pembaca saya tentang apa yang saya tulis kali ini. Dah ada yang saya letakkan dalam blog Kuntum Merah Jambu, tapi kalau anda baca blog itu, jangan lupa, dah banyak yang saya ubah termasuk nama-nama karakternya. Malah... saya memang tak cerita semuanya kat blog itu.

Apa yang boleh saya katakan di sini, novel saya membawa kisah gadis bernama Dania Hayat yang mempunyai adik-beradik perempuan seramai lima orang, termasuk dirinya. Ada dua kakak dan dua orang adik. Ibu bapanya baru sahaja bercerai dan keadaan itu membawa tekanan kepada ibu dan juga mereka adik-beradik. Dania menjalankan bisnes online selain daripada bekerja di sebuah syarikat ICT. Dania juga mempunyai beberapa kiosk di Hypermarket untuk menjual produk-produknya. Dia dibantu oleh dua orang kawan baiknya dan juga adik bongsunya. Di pejabatnya, Dania sering diganggu oleh bos barunya. Bosnya ini sangat tegas, tetapi mempunyai karakter enigma, sering berubah-ubah. Kadang-kadang dia baik budi, kadang-kadang pula dia jadi bengis. Walaupun merimaskan Dania, dia tetap terhibur dengan kelakuan pelik lelaki ini.

Dalam pada itu, Dania sibuk mencari jalan untuk mengatasi masalah bekalan produknya yang seringkali terputus. Dia mempunyai masalah untuk dapatkan 'loan' untuk menyelesaikan masalah dalam dunia perniagaannya. Kuntum Merah Jambu merupakan blognya, di mana Dania sering habiskan masanya di situ terutama pada malam hari. Dalam hal bisnesnya, Dania bertemu dengan Danish, lelaki muda yang merupakan kawan baik kepada 'pakwe' adik perempuannya Rihana. Danish kata dia mempunyai abang yang dapat menolong Dania.

Tumpuannya pada bisnes, selalu terganggu kerana Dania sering berdepan dengan masalah keluarga. Suatu ketika dahulu, Dania pernah berbaik dengan Zamir, tetapi Zamir berubah hati lalu berkahwin dengan adik Dania yang bernama Azura. Pertalian Azura-Zamir ini membawa pelbagai kerenah yang kadang kala membebankan keluarga Dania yang sememangnya dalam keadaan huru-hara. Kakak Dania, Sabrina dan Haniya juga mempunyai karakter yang 'berangin'.

Dania yang biasanya menjadi payung kepada ahli keluarganya, kadang-kadang perlukan payung untuk dirinya. Dia perlukan seseorang untuk menjadi dahan berpaut, namun setiap kali dia jumpa dahannya, seolah-olah tiada dahan yang betul-betul kukuh. Semuanya rapuh dan mampu buat dia gugur.

Novel ini membawa kisah tentang tanggapan 'baik' vs 'jahat', malah label 'baik' kadang-kadang bertukar jadi 'jahat'. Tentunya, novel ini memaparkan kisah-kisah 'kesilapan' yang mampu dilakukan oleh sesiapa sahaja kerana manusia dijadikan Tuhan tidak 'perfect'.

Esok-esok, kalau saya rajin, akan saya tambah lagi. Itu pun kalau rajinlah...

Ramai yang tanya saya, "Apa judulnya?"

Saya kata, "Nanti tahulah..."

Hehe... insya-Allah. Biar dia orang siapkan semuanya sebelum saya maklumkan di sini.

Wassalam.