Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Thursday, December 25, 2014

Banjir Oh Banjir

Assalam

Ya sekarang ini musim banjir. Dah memang sampai masanya nak membanjirkan diri, kan? Mungkin itulah lambang air mata bumi yang sedang kesedihan di atas segala kejahatan dan kemaksiatan yang terjadi, termasuklah kebusukan hati kerana tamak haloba dan makan rasuah. Hah! Macam orang yang beremosi, kan? Memang ramai yang rasa begitu, rasa terbeban dan tertekan apabila negara dilanda kebanjiran. Sepatutnya kita bersyukur sahaja, walaupun kita dilanda musibah, Allah masih berikan kita rezeki untuk membantu mereka yang sedang berada dalam keadaan bencana alam.

Dulu, ketika saya masih kecil, pekan saya selalu dilanda banjir. Malah, setiap tahun begitu. Hari ini, Kuala Kangsar dilanda banjir lagi setelah lama tidak begitu. Mungkin kerana fenomena air pasang, maka melimpahlah air laut masuk ke dalam sungai-sungai lalu membanjirkan tempat-tempat yang hampir dengan sungai. Malah, hujan tak renti-renti menambahkan air di sungai-sungai kita. Selama ini pun manusia rajin mengotorkan sungai, tak pernah pun kita kisah. Kita biarkan sungai-sungai kita kotor dan busuk penuh dengan sampah sarap! Tak apalah banjir sekali-sekala kot.

Dulu, semasa musim banjir, kami macam berpesta. Kami semua sudah biasa dengan keadaan banjir dan Sultan Perak (Sultan Idris) ketika itu sangat aktif membantu rakyat. Bila nak pergi sekolah, kami akan singgah di lembah untuk melihat air bah!

Sekarang, mungkin kerana kita semua sangat selesa dengan kesenangan, kita jadi takut bila air membanjiri pekan kita.

Tak apalah. Sebenarnya kita jangan panik sangat, sekalipun ada bencana dan ada musibah, kita semestinya bersyukur dengan Ilahi kerana negara orang lain lagi teruk musibahnya. Bayangkan mereka yang tak habis-habis berperang. Bayangkan juga mereka yang hidup dalam kemiskinan hinggakan ada kanak-kanak yang tak berpeluang untuk ke sekolah. Ada yang tak pernah makan daging atau ayam, malah ada yang kurang makanan dan tak berpakaian. Subhanallah.

Walau apa sahaja yang sedang kita alami, kita masih jauh lagi senang daripada mereka di luar sana. Lagipun, bumi ini hanyalah tempat kita bertapak buat seketika. Tempat yang tetap ialah di akhirat jua. Sudahkah kita bersedia untuk ke sana? Dah cukup amalan, cukup akhlak yang baik? Dah bersihkan hati dan jiwa? Tidak tamak dan haloba? Tidak kejam dan zalim? Taatkah kita pada Allah swt? Rindukah kita pada Nabi junjungan kita Muhammad SAW? Sayangkah kita pada ayah dan ibu kita? Sudahkah kita bertaubat? Atau kita masih lagi hanyut.... mungkin lagi baik hanyut sekali dalam banjir yang sedang melanda negara!

Wassalam.