Assalam
Ramai yang berehat-rehat di hujung minggu. Saya juga begitu walaupun ada juga kerja mengemas yang perlu saya lakukan. Dah pun masuk bulan November dan biasalah bila hujung tahun sahaja, ramai yang akan bercuti untuk habiskan cuti tahunan mereka dan ramai juga yang akan melancong untuk habiskan cuti itu. InsyaaAllah, saya juga bercadang untuk melancong pada hujung tahun ini. Ada tempat-tempat yang akan kami kunjung tak lama lagi.
Pun begitu, saya masih tak selesaikan lagi penulisan manuskrip novel saya. Adoii... padahal sikit sahaja lagi. Insyaa-Allah akan saya cuba selesaikannya.
Hari ini tak ada apa-apa sangat yang hendak saya bangkitkan, sekadar mengingatkan diri dan juga kepada semua yang membaca blog ini, selagi kita ada masa untuk berkasih-sayang, lakukanlah kerana kita tak tahu sampai bila kita mampu lakukan semua itu. Bila kita sayangkan seseorang itu, luahkan rasa sayang dan tunjukkanlah, jangan 'take things for granted'. Bila kita terlupa, kadang-kadang ia akan menjadi satu penyakit pula, kita akan terus terlupa.
Semoga anda semua bergembira di hujung minggu. Kepada semua pembaca saya yang berketurunan Hindu, selamat menyambut hari Deepavali.
Wassalam.
