Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Saturday, March 14, 2015

Tersasul Bahasa

Assalam

Lewat sikit update blog kerana awal pagi lagi saya dah ke Lenggeng. Anyway, semalam saya berada di Bangi lepak-lepak dengan kawan lama. Kawan saya ni memang jenis setia berkawan, walaupun kadang-kadang kami sibuk dengan hal masing-masing, namun kami tetap tidak putus hubungan. Bila kita berkawan, mungkin itulah cara yang terbaik kot, tidak tiba-tiba sahaja mahu lupakan kawan. Sungguhpun kita ada adik beradik dan famili, tetapi ada ketika kita perlukan kawan. Tapi mestilah kawan yang betul-betul ikhlas berkawan dengan kita, bukan jenis ambil kesempatan sahaja. Berbaik dengan kita bila mahukan sesuatu, hilang bila rasa tak perlukan kita lagi.

Ketika di Bangi, kami lepak di Bangi Gateway dan makan di Japanese Restaurant, kebetulan restoran itu kepunyaan bekas pensyarah UKM yang pernah saya kenali. Ada banyak juga restoran di kawasan itu yang datang dan pergi, tetapi nampaknya restoran Jepun ni macam popular lah juga. Makanan di situ pun saya anggap sebagai sangat sedap.

Hari ini saya dan suami, kami akan menghadiri majlis perkahwinan anak kepada teman lama kami. Suatu ketika dahulu, kami sama-sama berkampung di Manchester, England dan di situlah kami mengenali keluarga teman kami ini. Isterinya orang Perak dan suaminya pula orang Johor, macam saya dan suami saya. Sebab itu kot orang putih kata  boleh 'get along'. Sebenarnya saya bukan jenis yang berkawan sekadar pilih orang setempat dengan saya sahaja. Saya boleh berkawan dengan siapa-siapa sahaja. Asal sahaja 'genuine' tidak plastik.

Dalam apa jua perhubungan, termasuk antara kawan, adik-beradik, suami isteri dan yang lain-lain, itulah yang kita perlukan, keikhlasan hati. Kita mahukan sesuatu yang jelas dan berterus-terang, tidak sorok apa-apa. Kalau suka kita kata suka, kalau tidak, kita kata tidak. Tapi kita tetap jelaskan dan beritahu. Kita tidak buat sesuatu cara sorok-sorok. Perbuatan seperti itu kita kata 'menipu'. Allah tak pernah suka siapa-siapa yang suka menipu kerana Islam melarang kita untuk berbohong. Dalam hal ini, kadang-kadang ada orang tergamak untuk menikam belakang orang yang ada hubungan dengannya, mungkin kerana terlupa, atau mungkin juga kerana tak ambil kisah.

Kadang-kadang kita tak ambil berat tentang tindak-tanduk kita, kerana kita berasa apa yang kita buat mungkin terbaik untuk kita. Namun dalam Islam ada banyak tafsiran tentang perbuatan 'zalim' yang Allah jelaskan dalam al-Quran, dan rata-rata kita mungkin mampu bersikap zalim pada orang lain bila kita terlupa untuk ambil peduli. Mungkin bahasa kita, mungkin perbuatan kita, mungkin kata-kata kita, mungkin hati kita dan macam-macam lagi.

Sekadar untuk mengingatkan diri sendiri dan orang-orang di sekeliling saya, agar kita sentiasa berjaga-jaga, kerana ada ketika kita jadi terlupa lalu tersasul bahasa.

Semoga Allah lindungi kita dunia dan akhirat. Aamiin.





                          Tanaman-tanaman kesayangan kami di taman rumah kami