Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Thursday, June 05, 2008
'Salam' dan 'I love you'
Salam. Orang Iran, apabila bertemu, mereka berkata, 'salam'. Itulah cara mereka. Selain daripada tempat, saya suka melihat gelagat manusia dan tentunya semasa di Tehran dan Isfahan, itulah yang saya perhatikan. Gadis-gadis Iran memang cantik-cantik. Rupa mereka tak sama macam orang Arab. Ada yang berhidung mancung dan ada juga yang tidak. Tetapi ramai yang berkulit cerah, kemerahan, berambut perang dan matanya berwarna-warni! Sekalipun bekerudung dan berbaju labuh hitam sampai lutut, mereka suka memakai seluar jeans. Mereka juga suka bersolek dan cermin mata hitam merupakan sesuatu yang paling digemari, terutama di musim panas ini! Memang terdapat banyak kedai cermin mata dan jenama Perancis seperti YSL, Christian Dior, Gucci atau Chanel, merupakan pilihan mereka. Mereka tak suka produk Amerika Syarikat. Malah, di sana kereta Peranchis, Korea dan Jepunlah yang paling banyak.
Orang Iran juga sangat suka berkelah. Di hujung minggu, (Khamis dan Jumaat), mereka akan keluar beramai-ramai (bersama ahli keluarga) untuk berkelah. Kemudahan perkelahan memang disediakan. Mungkin kerana itu juga, orang Iran sangat rapat di antara ahli keluarganya. Mungkin kita juga perlu belajar untuk buat begitu.
Kalau kita berkelah di Malaysia, kita akan bawa tikar getah atau mengkuang, tetapi mereka di sana akan membawa rug Parsi mereka untuk dibentangkan. Aduhai!
Semasa saya di sana, saya kerap disapa. Mungkin mereka ingin tahu saya datang dari mana. Tudung yang saya pakai memang berbeza daripada mereka, begitu juga pakaian saya, yang bukan berwarna hitam!
Semasa saya sedang bersantai di sebuah taman di kawasan istana lama (Isfahan), seorang remaja lelaki (Sekitar 13 atau 14)dan juga kawan-kawannya, menghampiri kami dan berkata, "I love you"... mungkin itu merupakan ayat bahasa Inggeris yang dia tahu dan mahu mempraktikkannya. Kami pun menjawab, "I love you too!". Dia seronok dan mengulangi kata-kata kami itu. Kemudian dia datang lagi dan menghadiahkan kami sebatang pen!

Subscribe to:
Posts (Atom)