Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Saturday, September 22, 2012

Menulis Kerana Duit Atau Populariti?

                    Sekadar hiasan

Salam

Semalam, saya kesibukan bersama-sama teman lama semasa belajar di UM dulu. Salah seorang teman baik ialah Cik Salmiah Ismail (juga seorang penulis puisi) yang bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka dan hari Isnin ini, beliau akan ke tanah suci untuk tunaikan fardhu hajji. Jadi, saya berada di DBP semalam dan kebetulan, bertema juga dengan penyanyi veteran Uji Rashid (teman kepada teman saya) dan juga seorang lagi penulis, Ana Balqis (menulis untuk Alaf 21 - juga teman kepada teman saya). Ada juga beberapa orang pegawai DBP di sana dan kebetulan ada yang dah pernah jumpa saya. Alhamdulillah.

Okey, hari ini saya nak sambung lagi tentang hal 'penulisan'. Saya sekadar berkongsi cerita sahaja agar apa yang saya lalui ini mungkin akan terus memberi semangat kepada anda semua. Saya tak pernah letak 'target' untuk mengutip hasil dari menulis. Bagi saya, menulis ialah sesuatu yang sangat dekat dengan hati dan tak ada nilai yang boleh saya letakkan untuk 'kesukaan' saya ini. Jadi, bila menulis, saya rasa tenang dan sangat 'happy' dan itu adalah ganjaran buat saya. Saya juga mula menulis secara serius pada tahap umur yang sudah matang, bukan ketika remaja, walaupun saya suka membaca dan menulis sejak budak-budak lagi. Ketika saya di sekolah menengah, saya pernah buat beberapa skrip untuk lakonan di sekolah dan saya juga pernah menulis artikel di surat khabar (dalam bahasa Inggeris).

Ketika di sekolah menengah juga, biasanya karangan saya akan dijadikan 'bahan contoh' untuk pelajar-pelajar lain. Dari situlah saya tahu yang saya mempunyai bakat untuk menulis. Tetapi... peluang untuk menulis secara serius hanya datang ketika saya tidak bekerja lagi. Ketika itulah saya bina mood untuk menulis dan seterusnya saya jatuh cinta. Saya mendapat kepuasan dan alhamdulillah, saya tidak berasa jemu. Mungkin kerana itu juga saya seronok untuk update kan blog saya ini. Saya menulis kerana suka menulis bukan kerana wang atau kerana nak cari populariti. Bagi saya, kalau Tuhan sudah sediakan rezeki buat kita dalam bidang penulisan, maka akan adalah ianya, kalau tidak pun, saya tetap berasa puas dan bahagia. Alhamdulillah di atas segala rahmat-Nya.

Kebetulan juga saya mempunyai jiwa yang romantis, jadi banyak tulisan saya yang berkisar hal itu, pun begitu, saya juga suka kepada hal-hal keluarga kerana bagi saya, tiada sesiapa di dunia ini boleh hidup tanpa orang lain dan bagi masyarakat Asia, tentunya peranan keluarga sangat penting dalam hidup kita. Saya juga gemar lakukan 'research'. Perasaan ingin tahu sentisa ada dalam diri. Mungkin anda juga mempunyai bakat untuk menulis. Kalau ada itu, binalah minatnya pula. Kadang-kadang, ada orang yang mempunyai minat yang tinggi, tetapi tidak berbakat untuk menulis. Mungkin dalam hal ini, sekiranya minat itu sangat mendalam, bakat boleh diusahakan melalui praktis dan semangat yang tidak berputus asa.

Saya juga sangat berpuas hati bila saya dapat berkongsi rasa dengan orang lain. Menulis ialah satu terapi buat jiwa saya.  Semoga Allah SWT sentiasa kurniakan zat ini untuk saya. Semoga anda yang minat menulis akan berusaha untuk jadi penulis yang baik, insya-Allah.

Wassalam.