Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Thursday, April 07, 2011
Jangan Biarkan...
Salam
Selalu saya ditanya dengan soalan yang bunyinya macam ini. "Kak Aina, kenapa saya tak jumpa kebahagiaan dalam rumah tangga saya?" atau, "Kak... saya tak happy, tapi saya tak tahu kenapa."
Aduh... memang susah nak jawab, kan?
Tapi... bukankah biasa macam tu? Kita selalu terasa seolah-olah perkahwinan kita tu tak ada nur di dalamnya. Kita rasa bosan. Kita jemu dengan rutin harian, tapi kita tak tahu nak buat macam mana!
Bagi saya, apa sekalipun yang kita rasakan, kita kenalah berusaha untuk mencari apa yang kita impikan. Kalau kita mahukan 'kebahagiaan' itu, kita mengarahlah kepadanya. Jangan menyimpang. Kalau kita tak mahu memulihkan keadaan, memang kita tak jumpa jalannya.
Kita lihat keadaan yang kita alami itu. Apa kurangnya? Apa silapnya? Apa kelemahannya? Kita kena ikhlas, tak boleh menipu pada diri sendiri. Kalau kita buat-buat 'happy' sedangkan kita tahu kita tak 'happy', kita tak akan pulihkan keadaan.
Kalau kita tahu kelemahannya banyak terletak pada diri kita, kita usahakanlah untuk merubahkannya. Sebagai contoh: Kita tahu suami kita tak berapa suka berada di rumah. Jadi kita soal pada diri, "Di mana silapnya?" Mungkin kita suka membebel. Mungkin kita suka merungut dan asyik komplen semua tak kena. Mungkin kita tak kisah untuk melayannya. Mungkin kita biarkan diri kita comot sentiasa. Mungkin kita lebih banyak memasamkan muka dari memaniskan muka di depannya. Mungkin itu dan mungkin ini. Kita fikirlah sendiri. Kalau kelemahan seperti ini ada pada diri, kita cubalah cari jalan untuk mengubahkannya. Insya-Allah, kita akan berjaya untuk memikat hati suami kita semula.
Apa yang saya nyatakan di atas adalah sekadar contoh sahaja. Mungkin masalah yang sedang berdepan dengan kita merupakan sesuatu yang berbeza. Tak kisahlah. Yang penting kita akan usahakan untuk memperbaikinya. Jangan biar ia berterusan begitu, kerana bila terlalu lama diperam, sakitnya akan melarat dan tak mampu untuk kita ubatkan lagi.
Wallahua'lam.
Subscribe to:
Posts (Atom)
