Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, May 27, 2009

Jangan Abaikan Diri

Ini adalah pendapat saya. Mungkin saya berpendapat begini kerana apa yang saya melihat di sekeliling saya. Saya percaya keadaan hari ini terlalu jauh dari keadaan semasa dulu-dulu. Hari ini, kalau kita tak berduit, memang susah. Mungkin kerana itu, saya percaya orang perempuan hari ini terpaksa mencari pendapatan sendiri sekalipun mereka adalah suri rumah tangga. Maksud saya, mereka tidak bekerja di luar rumah. Ada kala, bekerja di luar rumah pun boleh membebankan kerana tak ada sesiapa yang menjaga anak-anak di rumah dan menguruskan rumah kita.

Sebenarnya, tanggungjawab sebagai seorang suri rumah, memang tidak mudah. Bertambah terbeban kalau suri rumah itu tak mempunyai sebarang pendapatan. Oleh kerana itu, saya berpendapat bahawa sekalipun anda (kaum wanita) yang menjadi suri rumah, patut pastikan juga anda mempunyai pendapatan. Kalau anda mempunyai suami yang berpendapatan bagus dan mampu untuk berikan anda 'elaun duduk di rumah', alhamdulillah. Tetapi, kalau suami anda tidak mampu untuk buat begitu, saya syorkan anda lakukan sesuatu dari rumah. Biasanya, anda taklah perlu untuk mencari pendapatan yang terlalu besar. Asalkan ada dan agak okey, alhamdulillah. Macam-macam yang anda boleh lakukan dari rumah. Terpulang kepada usaha anda dan kreativiti anda. Buatlah sesuatu yang anda betul-betul suka. Sekalipun suami anda ada menghulurkan 'duit kopi', tak salah kalau anda cari jalan untuk tambahkan 'duit kopi' itu.

Saya syorkan begini kerana saya tahu, sebagai orang perempuan, ada ketika kita perlukan sesuatu untuk diri kita. Misalnya untuk membeli pakaian dalam, mungkin alat-alat untuk mencantikkan diri (untuk suami kita juga) dan macam-macam lagi. Janganlah biarkan diri kita (orang perempuan) seolah-olah tidak bernilai langsung. Sekalipun kita sayangi anak-anak kita dan suami kita, janganlah sampai kita mengabaikan diri kita pula.