Assalam
Hujung minggu yang sangat sibuk buat saya. Asyik keluar sahaja hinggakan tak sempat nak update blog. Apa-apa pun, biasalah, bila sibuk tu mestilah sebab banyak hal.
Hari Sabtu tu, kami melayan hobi suami saya... pergi ke show room. Lepas tu, saya melawat seorang kawan lama yang sedang sakit di hospital. Di sana, saya berjumpa dengan seseorang yang sangat menarik karakternya. Macam ngam giler! Semoga perkenalan ini akan berpanjangan hingga akhirat nanti. Maklumlah... kami mempunyai latar belakang dan cerita yang hampir sama. Alhamdulillah.
Semalam pula, saya sempat ke Lenggeng. Kami breakfast di sana dan rupa-rupanya bila hujung minggu, pekan koboi Lenggeng jadi havoc kerana ramai yang datang berkunjung. Maklumlah, Lenggeng bukannya jauh dari KL dan kerana posisinya yang dikelilingi alam sekitar menarik, siap ada pelbagai air terjun dan jangle trekking, ramai yang minat ke sana. Paling menarik, ramai yang datang ke sana untuk bersarapan di kedai-kedai makan kampung yang menyediakan pelbagai sarapan yang lazat-lazat. Masing masing datang dengan pelbagai kenderaan canggih, termasuklah superbike-superbike. Banyak sungguh kumpulan yang melepak di sana, termasuklah keluarga.
Kami ke sana pun kerana urusan tanah kami yang perlu dikendalikan. Itulah sebabnya kami melepak di sana. Lepas tu, kami ke Hutan Lipur Lenggeng... ada waterfall yang sangat cantik dan bersih pula kawasannya.
Lepas tu, kami beli makan tengah hari, beli ayam kampung dan kelapa muda. saya memang suka giler kelapa muda! Alhamdulillah. Bagi saya, memang best lah kawasan tu... siap ada gelanggang untuk mereka yang suka tunggang kuda. Sofistikated beb!
Sebelah petang, kami didatangi tetamu. Jadi... sibuk lagi.
Nampaknya saya akan kesibukan setiap hujung minggu dan hari-hari kerja. Semoga Allah permudahkan semuanya.
Wassalam.
