Dari Marakech kami menghala pula ke bandar Essaouira, sebuah bandar yang terletak di tepi laut. Bagi saya bandar ini sangat romantik dan sangat sesuai untuk mereka yang sedang berbulan madu. Dari Marakech ke Essaouira, tiada bukit-bukau lagi, semuanya tanah rendah.
Dalam perjalanan menuju ke Essaouira, kami berhenti di beberapa kedai dan tempat jualan pelbagai produk Morocco, antaranya ialah rug atau apa orang Melayu kata hamparan atau permaidani dan produk ini adalah buatan orang tempatan terutamanya kaum Berber dan juga Bedouin dan ada juga desain hamparan yang dibuat oleh kaum Toureg. Sangat colorful dan cantik. Saya memang minat pada produk begini.
Kami juga berhenti di ladang pokok argan. Pokok argan hanya tumbuh di Morocco sahaja dan ada kawasannya yang sangat terkenal dengan tumbuhan ini. Minyak pokok argan dijadikan produk kecantikan yang sangat terkenal di dunia. Malah, banyak produk kecantikan yang mengguna argan untuk mendapatkan hasil yang menakjubkan. Kami juga ke kedai atau tempat minyak argan dihasilkan.
Apabila kami tiba di Essaouira (kami tinggal di tempat itu selama dua malam), saya kagum dan terpegun sekali lagi. Lautnya sangat menarik, medinanya juga sangat cantik. Hotel kami terletak di bahagian Medina tetapi tak jauh dari laut. Tengah hari itu kami makan produk laut dan pada petangnya kami melepak di kawasan kedai-kedai yang ada di Medina. Malam, kami sempat merayap lagi. Di awal pagi, kami melihat matahari terbit di kawasan port nelayan yang berdekatan. Sangat indah. Sarapan pula kami makan di atas kawasan dek hotel yang dihias serba putih. Kawasan itu sentiasa menghidangkan bunyi burung 'sea gulls' yang sangat menghiburkan.
Bagi saya, bandar Essaouira sangat tenang dan indah untuk pasangan yang mahukan sesuatu yang romantis.
Next entri merupakan entri terakhir untuk subjek Morocco, insyaa-Allah.
Wassalam.
Dalam perjalanan ke Essaouira
Jualan produk lokal di perjalanan
Berhenti di tempat buat rug atau hamparan
Antara rug yang menarik perhatian kami
Anak kambing di ladang pokok argan
Kambing-kambing yang memanjat pokok argan
Keldai pun ada juga di ladang argan
Berhenti di tempat buat produk argan
Bergambar bersama Mohsin dan Muhammad di kedai argan
Lagi produk lokal yang berwarna-warni
Bergambar di perjalanan
Makan hasil laut di Essaouira
Hasil laut termasuk lobster
Kamar tidur kami di hotel di Essaouira
Di Medina, Essaouira - tak jauh dari hotel
Jualan di Medina, Essaouira
Membelek produk tempatan
Makan nasi di Restoran Siam di Essaouira
Di awal pagi di pelabuhan nelayan
Sea gull yang bersepah-sepah
Pelabuhan nelayan di Essaouira
Suasana yang romantis
Di luar kawasan hotel kami
Melepak di sebuah cafe bersama cik abang sambil minum kopi
Di hotel kami