Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, April 27, 2009

Terharu

Salam semua. Pesta Buku baru sahaja selesai. Penatnya masih terasa namun kerana hati yang terlalu suka, segala perit tak terasa. Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca yang saya sanyangi. Ada yang tak pernah 'miss', setiap tahun mesti datang berjumpa dengan saya. Ada yang baru pertama kali bertemu muka dengan saya. Sebenarnya ini merupakan detik-detik manis buat saya.

Selagi ada umur dan rezeki Tuhan berikan kepada saya, saya tak tergamak untuk menghampakan pembaca-pembaca saya. Walaupun saya bercadang untuk tidak datang setiap hari selama sepuluh hari pesta buku itu, saya memang tak tergamak untuk tidak datang. Berjumpa dengan pembaca merupakan salah satu perkara yang paling menggembirakan saya. Terima kasih semua.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan penulis, rakan-rakan publisher, teman-teman dan sanak saudara, rakan-rakan media yang tak pernah jemu membantu kami untuk mempromosi KarnaDya.Budi baik anda sekelian tak dapat saya lupakan, hanya Tuhan sahaja yang membalaskannya. Pertemuan dengan semua yang saya amat sayangi adalah detik-detik terharu buat saya. Sekalipun Pesta Buku tahun ini baru sahaja selesai, namun hati bagaikan terasa mahu sahaja masa itu diteruskan.

Saya juga ingin memohon maaf kepada semua pembaca yang datang pada hari terakhir pesta buku dan tak dapat membeli 'Matahariku'. Maaf seribu maaf kerana stok kami kehabisan. Semoga anda tidak terasa hampa. Apa-apa pun, sesungguhnya saya amat terharu dan bersyukur kerana Tuhan izinkan kenikmatan ini buat diri saya. Alhamdulillah.