Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Friday, May 29, 2009

Mana Ilhamku?

Topik yang selalu dibicarakan oleh mereka yang suka menulis atau teringin nak jadi penulis. Mana nak dapatkan ilham? Bila agaknya ilham itu datang? dan ramai juga yang berkata, "Payah nak tulis sebab ilham tak datang-datang." Malah, isu ini juga ada disentuh dalam artikel di Berita Harian Singapura - kisah saya dan Mimie Afinie (beberapa hari yang lepas) - bagaimana dapatkan ilham untuk menulis?

Bagi saya, saya tak pernah menunggu ilham datang kepada saya. Sayalah yang mencarinya. Saya percaya, Mimie Afinie juga begitu. Mungkin lebih mudah 'mencari' daripada 'menunggu'.

"Tapi... macam mana nak cari ilham?" soalan yang kerap diajukan.

Jawapannya, "Tengok dengan mata dan hati. Cari juga dengan mata dan hati. Ilham ada di sekeliling kita, tak pernah terputus pun. Lihat pada ahli keluarga kita, lihat pada jiran dan teman-teman. Ilham ada di situ. Lihat persekitaran kita, lihat apa yang terjadi setiap hari yang dilaporkan dalam surat khabar. Lihat di tempat kerja kita, dengar-dengar cerita orang. Tak akan terputus. Tapi... kalau kita sekadar menunggunya, mungkin ilham tak akan tiba-tiba dan kerana itu juga, mungkin kita tak akan berjaya untuk menulis apa-apa.

Kita semua ada kisah hidup. Kita ada latar belakang dan kita ada sejarah masing-masing. Jadilah orang yang kreatif dan tulislah. Aturkan idea kita, susunkan jalan cerita kita, tengoklah kepada karakter-karakter yang ada di sekeliling kita, dan tulislah.

Kalau sudah kita cuba lakukan semuanya, tetapi malang masih tak juga dapat menulis, mungkin jawapannya ialah kita belum bersedia untuk menjadi seorang penulis.

Jangan kita berkata yang kita mahu menulis, atau suka sangat hendak menulis, tapi tak dapat melakukannya. Payah saya nak 'digest' benda-benda macam ini. Kalau suka dan mahu menulis, tentu kita boleh terus sahaja cuba menulis. Tak mungkin suka dan mahu, tapi tak boleh. Kalau begitu, mungkin kita sebenarnya bukan dijadikan Tuhan sebagai seorang penulis.

Tanyalah diri kita. Betul ke kita ni suka menulis?

Okey... Orang-orang Singapura, tunggu kami esok petang ya? saya dan Mimie akan menemui anda di sana. Sabtu, jam 4 hingga 6 petang di Suntec City.