Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, June 30, 2010

Ronaldo dengan Orang Jepun!




Hari ini hari terakhir bulan Jun, bersamaan 17 Rejab. Semalam saya tersasul, ingatkan dah masuk bulan Julai... hehe.

Okeylah... Portugal dah kalah. Best! Saya tak suka Portugal sebab saya tak suka dengan kaptennya. Poyo! Cristiano Ronaldo - selalu rasa hebat. Huhu... kesian penyokong Portugal.

Apa pun, pagi ni saya nak bercerita tentang orang Jepun, walaupun Jepun kalah malam tadi melalui penalty kick. Tak apalah...

Apa yang saya nak bincangkan ialah tentang semangat orang Jepun. Semangat itulah membuatkan mereka berjaya di dunia ini. Orang Jepun memang rajin bekerja. Mereka bukan jenis curi tulang. Mereka tekun melakukan kerja mereka tanpa rasa jemu.

Mereka juga mempunyai perasaan 'malu' yang tinggi kalau gagal melakukan sesuatu dengan baik. Kerana itulah budaya 'harakiri' diamalkan, di mana kalau kecewa dan gagal mereka bunuh diri kerana tak sanggup menanggung malu. Bukanlah saya hendak orang kita buat begitu, tetapi memang elok juga mempunyai sifat malu yang begitu. Kerana sifat itu akan membuat kita berusaha keras!

Mereka juga pandai berjimat. Sejak dulu lagi. Mereka tidak suka membazir. Saya rasa amalan ini patut kita amalkan. Misalnya, kalau TV kita di rumah masih elok, buat apa kita tukar kepada model yang baru. Tak kisahlah ada flat screen ke apa ke, janji kita masih boleh tengok dengan baik TV kita itu. Kadang-kadang saya berasa hairan juga apabila melihat rumah yang sudah usang dan uzur di Malaysia ini, tetapi di dalamnya ada TV yang canggih, siap ada Astro lagi. Cukup menghairankan.

Orang Jepun juga sangat setia. Mereka jarang berubah tempat kerja. Bagi mereka, di mana mereka dapat cari makan dengan baik, di situlah mereka akan terus bekerja.

Mereka juga mempunyai sifat inovasi yang hebat. Sekalipun mereka jarang mencipta sesuatu yang baru, tetapi mereka pintar mengusahakan agar ciptaan orang lain dijadikan lebih hebat!

Mereka juga pantang menyerah kalah. Semalam, kita lihat semangat Jepun melawan Paraguay. Hebat.

Orang Jepun juga suka membaca. Budaya ini diamalkan oleh semua orang di Jepun. Masa mereka tak pernah terbuang. Tidak seperti di negara kita. Ramai sungguh yang malas membaca.

Mereka bekerjasama dalam kelompok. 'Team work' mereka sungguh baik. Mereka sokong-menyokong untuk hasilkan kerja yang baik.

Mereka juga mempunyai 'mandiri' yang terurus sejak kanak-kanak lagi. Mereka tidak mengharapkan orang lain (termasuk ibu bapa) untuk membantu, terutama dalam hal wang ringgit.

Akhir sekali, mereka sentiasa menjaga tradisi mereka agar budaya itu terus turun-menurun kepada generasi akan datang.

Kalau kita orang Islam dapat amalkan sikap positif orang Jepun, insya-Allah kita akan jadi lebih cemerlang!

Tuesday, June 29, 2010

Harapanku...


Belanda dan juga Brazil terus mara ke depan. Mungkin sudah dijangkakan begitu. Setakat ini, gergasi bola tak beri peluang kepada yang kerdil untuk mara sekali. Dalam piala dunia ini yang penting ialah 'merasa' masuk dalam pertandingan. Tapi, biasalah... tension!

Malam tadi, saya tak tengok pun drama Kau Laksana Bulan. Saya sibuk bersembang dengan suami (kerana suami balik lewat). Jadi apa ceritanya entahlah. Harap-harap okey. Pagi ini pun, saya bangun awal kerana cik abang saya pergi Johor Bahru (morning flight). Beginilah rutinnya, setiap hari Selasa (kadang-kadang ada juga hari lain) dia akan ke JB. Kadang-kadang sahaja saya ikut. Biasanya tidaklah.

Pagi ni, saya nak bercerita tentang harapan kita. Setiap kita manusia, tentu mengharapkan sesuatu dalam kehidupan ini. Ada macam-macam harapan, namun dalam banyak-banyak harapan kita, banyak juga manusia yang terlalu berharap untuk cepat jadi kaya. 'Wang ringgit' menjadi kiblat manusia. Kalau cakap sahaja pasal duit, ramai yang jadi kelabu mata, seolah-olah duitlah yang paling utama.

Ada juga yang mencari kejayaan. Mungkin dalam kerjaya dan perniagaan. Memang tak salah, namun ramai yang menyibukkan diri hinggakan hidup mereka tak ada makna. Sibuk siang dan malam hinggakan tak ada masa untuk berkasih sayang dengan keluarga.

Ramai juga mencari kebahgaiaan. Kebahagiaan datang dalam pelbagai bentuk. Namun yang paling hebat bila hati dan jiwa sentiasa tenang.

Tak kiralah kita miskin atau kaya, berada atau tiada apa-apa, tapi kalau jiwa dan hati tenang, material tidak menjadi penting. Asal ada kasih sayang, asal ada perasaan ambil berat, asal ambil kisah tentang orang lain selain daripada diri sendiri...

Tanyalah kepada diri, apakah yang kita mahukan dalam hidup ini. Bagi saya, setiap masa saya cari jalan untuk lakukan yang terbaik. Ada kala memang sukar kerana kita sebagai manusia sentiasa berdepan dengan cabaran. Namun, kalau kita belajar untuk bersabar dan juga mengamalkan sikap untuk cepat-cepat bertenang, insya-Allah, itulah yang kita dapat dari Allah SWT.

Berdoalah kepada-Nya, mengadulah kepada-Nya, memintalah kepada-Nya... namun jangan kita yang mengadili dan cuba menghukumi. Kerana kita sebagai manusia tidak mampu melakukan apa-apa yang menjadi kuasa Tuhan.

Allah SWT paling suka mereka yang bersabar dan membenci kepada mereka yang sombong. Jadi, kita lakukanlah apa-apa sahaja yang disenangi Tuhan kita. Itulah kebahagiaan pada saya.

Sebagai manusia, akan ada fitnah, akan ada buruksangka manusia lain, akan ada mulut yang berkata-kata tentang kita, akan ada manusia yang mengaibkan kita, akan ada musuh kita sekalipun kita tidak mencarinya. Akan ada resah dan gelisah.

Itulah cabaran dan dugaan. Namun selagi kita percaya pada Tuhan, ketenangan akan datang jua dan kesabaran akan membuat kita menjadi manusia yang kuat dan kental. Insya-Allah.

Teruslah kita berharap, agar kita akan jadi manusia yang sentiasa bahagia dunia dan akhirat.

Monday, June 28, 2010

Sekali-Sekala Masuk Kampung



Salam.

Mesti ramai yang bersedih tengok bola malam semalam. England tewas kepada Jerman, 1-4. Kalau diikutkan, tewas 2-4. Tapi, goalie Jerman pakar berlakon, bola masuk goal pun dia buat-buat macam masih kat luar. Yalah... apa pun, Jerman memang terror lah. BMW maaa... alahai, England memang tak boleh menanglah, main punyalah berterabur. Dua orang anak saya lahir di England, jadi... huhu, dia orang support lah England. saya memang tak support mana-mana, sekadar menengok aje. Tapi saya tahu, majoriti orang gila bola kat Malaysia ni support England bagai nak gila juga.

Apa pun, Argentina sedang mara ke depan setelah kalahkan Mexico 3-1. Kalau ikut cara main, Argentina ada harapan nak ke depan lagi. Tapi... bola tu bulat, apa-apa pun boleh terjadi.

Okeylah... pagi semalam, saya pergi ke kawasan Felda Jelai (Negeri Sembilan). Jauh juga dari rumah saya ni, sebab Jelai dah dekat dengan Gemas, bersebelahan dengan Segamat, Johor. Seronok juga ke sana sebab lama tak masuk kampung. Sepupu saya memang tinggal di sana sejak dia kahwin dulu. Sekarang ni, anak-anak dia pun dah kahwin-kahwin. Kalau dulu-dulu masa saya ke rumah dia, sepupu saya masih tinggal di rumah asal Felda, tetapi sekarang ni rumah dia dah berubah wajah. Banglo maaa...

Masa saya kecil dulu, sepupu saya pernah jadi 'nanny' saya. Masa tu dia berumur 14 tahun. Sebab tu lah saya sayang sepupu saya tu. Semalam, semasa di rumah dia, puas kami makan-makan. Dari nasi ikan bakar, sampailah ke kopi kaw-kaw dan cucur kodok. Semuanya kaw!

Masa kat rumah dia, sempat pulak kami panggil seorang tukang urut... minta urut tangan saya. Tangan saya sakit mungkin sebab banyak sangat duduk di depan komputer dan juga saya rajin tolak pasu bunga... huhu. Kesiannya. tapi, alhamdulillah dah lega sikit.

Apa pun, memang seronok masuk kampung. Kenalah selalu masuk kampung, rasa tenang dan 'happy'. Alhamdulillah.

Sunday, June 27, 2010

USA, OUT YOU GO!

Jadilah kalau dapat tendang USA keluar dari World Cup. Yang hebatnya, USA kena tendang dengan Ghana, dong... bukan pun dengan team yang gah! Baguslah Ghana!

Friday, June 25, 2010

Takut Meroyan



Bukan mudah kalau kita jenis senang stres. Dalam blog saya ini, sudah berkali-kali saya sentuhkan tentang hal ini. Bagaimana stres dan 'depressed' boleh buat kita jadi tak keruan.

Ini cerita teman saya.

"Kak Aina, saya rimas betul dengan dia ni."

"Apa hal pulak? kan itu kawan baik awak?"

"Baiklah. Tapi kalau asyik cerita buruk orang saja, saya pun tak tahanlah! kelakuan dia dah macam orang gila pulak. Dah tu, cepat sangat nak serang orang. Belum apa-apa, dia serang dulu." Teman saya merungut-rungut.

"Alahai, apalah halnya pulak?"

"Tak habis-habis dia SMS kat saya. Cerita buruk-buruk pasal orang. Saya tak sukalah, Kak Aina. saya tak tahu cerita dia tu betul ke tidak. Saya kenal kawan dia yang bawak cerita-cerita tu. Dia orang ni memang kaki gosip! Kak Aina nak tahu tak? kawan dia tu pernah kena tangkap tau. Sebabnya... dia mencuri duit ofis tempat kerjanya. Habis tu, takkan kita boleh percaya cakap kawan dia ni?"

Saya melepaskan nafas panjang. "Yalah, kalau kita nak dengar cakap orang pun, biarlah kita dapat ceritanya dari orang yang baik-baik, bukan dari orang yang pernah kena tangkap mencuri." Kata saya kepadanya. "Tapi, kan... ada ke orang baik-baik yang suka sebarkan gosip macam tu?"

"Itulah, Kak Aina, saya cakap juga pada kawan saya tu, buat apa nak dengar cerita karut macam tu. Tak baik dan dapat dosa aje, tapi entahlah kawan saya ni. Agaknya dia ni meroyan, Kak Aina. Pernah dulu dia cakap pada saya, lepas dia melahirkan anak dia yang kecik tu, jiwa dia macam 'semacam' aje. Tak tentu arah. Lagipun... saya rasa dia ni ada masalah rumah tangga, itu yang suka serang orang sana sini. Sebab tu juga dia cepat sangat percaya cakap orang."

"Tak apalah. Lebih baik awak jauhkan diri awak daripada dia. Biar dia seorang diri macam tu. Takut nanti awak turut terasuk."

"Yalah, Kak Aina... saya tak naklah jadi meroyan macam dia. Malulah nanti. Tak pasal-pasal orang chop saya 'tak betul' pulak."

Apa pun, kalau kita rasa tertekan dengan hal-hal yang kita tak dapat kawal, bawalah bertenang. Jangan cepat sangat nak melatah. Nanti, habis kawan-kawan kita pun lari. Dah jadi bertambah sunyi.

Tenangakn diri dengan melihat warna-warni.

Thursday, June 24, 2010

Warisan Melayu

Seorang teman yang mewakili UKM, kini berada di Phnom Penh, Cambodia, telah memaklumkan kepada saya bahawa novel saya BUNGA-BUNGA KEMBOJA telah dibentangkan di persidangan antarabangsa warisan Melayu Cambodia, Laos dan Vietnam di Phnom Penh.

Bagi mereka yang tak pernah membaca BBK, novel itu mempunyai sebahagian latar cerita di Cambodia, mengisahkan Chaya, atau Nur Qahira yang mempunyai ayah berketurunan Khmer dan dalam cerita itu ada sedikit kisah orang-orang Melayu Champ.

Cumanya, saya tertanya-tanya juga... siapa yang bentang ni? Orang yang bentang tu kenalkah dengan saya?

Tak Mungkin Ada Yang Sama



Pernah tak dengar lagu lama ni? "Nothing Compares to You" yang pernah dipopularkan oleh Sinead O'Connor. Beliau merupakan seorang penyanyi wanita yang berasal dari Ireland dan merupakan seorang yang 'luar biasa'. Kepalanya sentiasa licin dan selalu ingin perjuangkan keamanan. Apa-apa pun, saya suka dengar lagu yang dinyanyikan itu.

I can see whomever I choose
I can eat my dinner in a fancy restaurant
But nothing ...
I said nothing can take away these blues,
'Cause nothing compares ...
Nothing compares to you

It's been so lonely without you here
Like a bird without a song
Nothing can stop these lonely tears from falling
Tell me baby where did I go wrong?


Saya bayangkan mereka yang pernah putus cinta, atau ditinggalkan. Ketika itu, mungkin diri terasa seperti 'Tak Mungkin Ada Yang Sama Denganmu'.

Alhamdulillah, saya tak pernah mengalaminya, tetapi saya dapat rasakan sakit dan perit mereka yang merasakannya. Bayangkanlah... tiba-tiba burung yang biasanya ceria, tidak menyanyi lagi. Mungkin burung turut menumpang rasa sakit di hati.

Apa yang penting, kuatkanlah semangat dan terus mencari jalan untuk pulihkan keadaan. Setiap kegagalan, ada hikmahnya.

Okeylah, pagi ini saya ingin luahkan sesuatu di blog ini. Mungkin terkilan dengan mereka yang suka menulis perkara negatif di mana-mana sahaja. Sebenarnya saya ingin mengingatkan kepada diri dan juga kepada pembaca blog saya. Ini ada kaitan dengan penulisan yang kita aturkan dalam blog atau mungkin juga laman web yang lain seperti Facebook, Friendster atau Twitter.

Kita perlu berjaga-jaga dengan ayat-ayat yang kita aturkan. Jangan tulis apa saja ikut rasa hati, untuk mengata sesiapa sahaja. Kerana setiap perkataan dan setiap ayat yang kita paparkan itu, kalau sekadar untuk mengata-ngata sahaja, perbuatannya sama seperti menabur fitnah. Dosanya besar. Kalau kita menulis untuk jatuhkan orang lain, itu juga berdosa namanya.

Sekali lagi saya mengingatkan diri. Berjaga-jagalah, kerana perbuatan seperti ini ada padahnya. Tak kisahlah apa halnya. Kisah putus cinta ke, bercerai ke, kisah rumah tangga ke, hal kerja ke, kisah suami ke, kisah isteri ke, kisah awek ke, hal buku ke, termasuk juga kisah penulis dan penerbit.

Sebaik-baiknya, kita fikir dulu sebelum menulis. Kadang-kadang kerana terlalu ralit, kita terlupa yang sebenarnya kita sedang mengaibkan orang lain dan diri kita sendiri.
Jangan biarkan diri membuat kerja tak baik hinggakan tak sedar kita sedang mengutip dosa.

Ada ketika, kita berasa yang kebenaran itu berpihak pada kita, tetapi kenyataannya kita tak tahu. Apa kisah pun, ada dua belah pihak ceritanya. Bukan satu sahaja. Jadi... lagi baik kalau kita tidak sebarkan sesuatu yang kita tidak pasti atau kurang pasti.

Insya-Allah, kita sama-samalah beringat agar dunia alam maya, juga dunia elektronik tidak menambahkan dosa-dosa kita.

Wednesday, June 23, 2010

Jangan Marah-Marah, Dong



Satu perkara yang susah hendak kita kawal ialah 'kemarahan'. Bila kita marah, kita akan terus keluarkan kata-kata marah tanpa berfikir panjang. Bukan semua orang buat macam tu, tapi ramai yang begitu.

Kalau nak tahu, orang yang tak mampu mengawal kemarahannya, kadang-kadang akan kerugian. Ada kala, kita tak tahu kenapa sesuatu itu berlaku, tetapi akibat darinya, kita berasa marah. Mungkin kita geram dan mungkin juga kita rasa tidak bersalah dan kerana itulah kita marah. Apa-apa sahajalah sebabnya. Yang penting, jangan cepat marah!

Fikir dahulu sebelum kita lakukan sesuatu kerana marah. Fikir juga sebelum kita keluarkan kata-kata yang mungkin selepas itu kita tak dapat nak tarik balik. Kadang-kadang kerana tak dapat kawal kemarahan kita, kita lupa hendak cerminkan diri. Akibat marah, mungkin kita mengambil tindakan yang tak tepat dan menyesal kemudian memanglah merugikan.

Kalau kita berasa marah, cuba kawalkan diri kita. Bawa bertenang dan belajar untuk bersabar. Kalau susah, pergi ambil wuduk dan kerjakan solat. Mengadulah kepada Tuhan. Jangan kita yang mengambil tindakan kerana kemungkinan besar tindakan kita yang akan makan diri.

Sama-samalah kita fikirkan hal ini. Bagaimana mahu tangani perasaan marah dan janganlah akibat marah yang tak bertempat, kita merana.

Jangan marah-marah, dong. Kalau tak puas hati, bawalah berbincang. Mungkin memang benar kita juga lakukan kesilapan. Yang terbaik, uruskanlah marah kita dengan cara yang bijak. Cara yang tak akan merugikan!

Tuesday, June 22, 2010

Tak Suka Cerita Berlatar Luar Negara?



Olala! Korea Utara kalah teruk. Apalah... agaknya lupa makan nuklear, termakan nasi basi! Hisy! Apa pun, memang frust giler tengok dia orang main. Macam tak ada semangat pulak. Agaknya saja nak bagi Portugal menang besar.

Okeylah, hari ini saya agak busy sikit, ada kerja yang nak kena uruskan dan saya hendak ke Seremban sekejap lagi ni. Cuma nak ceritalah tentang isu yang dibangkitkan oleh golongan orang sastera (dalam Berita Harian semalam). Ada yang komplen mengatakan penulis-penulis muda suka buat novel atau cerpen dengan berlatarkan negara luar, terutama di Barat dan juga Timur Tengah. Semua novel atau cerpen berbunyi macam... 'Cinta di Sudan lah', 'Cinta Sepiku Dari Uganda ke Papua New Guinea', Cintaku Lebur di Sahara', Cintaku Beku di Antartika'... lebih kurang begitulah.Mungkin terikut dengan novel yang ditulis Habibur Rahman, dari Indonesia.

Kata golongan yang tak suka cerita begini, penulis muda tak ambil berat tentang latar negara sendiri lagi, seolah-olah ghairah dengan kisah di luar negara sedangkan banyak kisah dalam negara yang boleh dihighlightkan.

Dalam begitu, ada juga penulis yang menulis latar negara luar, sedangkan dirinya tak ada pengalaman di negara berkenaan, tetapi mungkin trend cerita di luar negara, terpaksalah 'hentam' sahaja. Alahai, buat apalah buat macam ni...

Aduhai...

Saya tak mahu beria-ia komen tentang hal ini. Bagi saya, terpulanglah kepada yang hendak menulis. Saya lebih suka buat cerita yang dekat dengan saya, tak kisahlah latarnya di mana. Sekalipun ada kisah di luar negara, saya tak pernah ketepikan kisah dan latar di dalam negara. Saya suka buat cerita yang hampir kepada realiti hidup saya dan orang-orang yang saya kenali.

Okeylah... apa pun, mungkin ada pengikut dan pembaca yang senang pelbagai cara dan cerita. Takkan semua orang nak tulis benda yang sama, kan? Bosanlah...

Sunday, June 20, 2010

You're My Everything




Antara lagu cinta yang paling saya suka. Ini adalah lagu lama, tak pasti siapa penyanyi asalnya, tetapi salah seorang ialah Santa Esmeralda. Saya letakkan liriknya sahaja. Kalau nak dengar pergi cari di You tube!

You're My Everything

You're My Everything
The Sun That Shines Above You
Makes The Bluebirds Sing
The Stars That Twinkle Way Up In The Sky
Tell Me I'm In Love

When I Kiss Your Lips
I Feel The Rolling Thunder To My Finger Tips
And All The While My Head Is In A Spin
Deep Within, I'm In Love

You're My Everything
And Nothing Really Matters But The Love You Bring

You're My Everything
To See You In The Morning With Those Big Brown Eyes
You're My Everything
Forever And A Day I'm Need You Close To Me

You're My Everything
You Never Have To Worry, Never Fear, For I Am Near
For My Everything
I Live Up On The Land And See The Sky Above
I Swim Within Her Ocean Sweet And Warm
There's No Storm, My Love

You're My Everything No Nothing Really Matters
But The Love You Bring
you're My Everything
To See You In The Morning With Those Big Brown Eyes,

You're My Everything
Forever And A Day I'm Need You Close To Near
You're My Everything
You Never Have To Worry, Never Fear, For I Am Near

When I Hold You Tight
There's Nothing That Can Harm You In The Lonely Night
I'll Come To You And Keep You Save And Warm
Yet So Strong, My Love

When I Kiss Your Lips
I Feel The Rolling Thunder To My Fingertips
And All The While My Head Is In A Spin
Deep Within
I'm In Love

Saturday, June 19, 2010

Layanan Dunia Untuk Kita


Pagi ini saya tak ada mood nak cerita pasal bola. Malam tadi game-game agak membosankan. Saya memang tak suka Jerman, tak suka juga Serbia, tak minat US atau England, tak minat juga pada Slovania... suka Algeria, tapi malangnya Algeria tak ada striker.

Baik kita bercakap benda lain. Pagi ini saya nak bualkan tentang sikap kita. Okeylah... sama-samalah kita, saya dan anda semua di luar sana. Banyak benda yang kita perlu belajar dan amalkan untuk mencari kebahagiaan.

Okey, saya tertarik dengan ungkapan ini. 'Macam mana kita melayan dunia, begitulah kita dilayan semula.'

Saya selalu perhatikan, ramai di antara kita suka komplen pasal orang lain. Misalnya antara suami dan isteri. Isteri tak melihat suaminya sebagai orang yang patut disayangi dan dihormati. Begitu juga dengan suami, tidak appreciate isterinya. Ada-ada sahaja yang tak kena.

"Husband I... pemalas giler. Suka ponteng kerja. Dah tu, kat rumah kasar dengan bini. Kita cakap sikit, dia pun mengamuk. I bosan." Itu kata isteri.

Suami pula. "Alah bini aku tu... bukannya pandai. Bodoh nak mampus. Tahunya bergosip aje. Cerita pasal pelakon dan penyanyi. Itulah dunianya. Dah tu tak pandai bergaya. Asyik comot aje. Malas aku nak pandang muka dia."

Aduhai...

Mungkin kerana itu, rumah tangga tak bahagia. Terlalu banyak benda negatif yang di highlightkan dalam hidup. Serba tak kena.

Begitu juga dengan kehidupan, kita selalu melihat yang buruk-buruk, bercakap tentang perkara yang tak elok, sedangkan yang elok dan yang indah, kita terlupa nak bincangkan. Mungkin kita tak melihat. Injeklah perkara positif dalam hidup dan elak dari menyebarkan fitnah, perbuatan yang merosakkan akhlak kita.

Cuba kita cari benda yang indah dalam hidup. Lihatlah dunia dengan mata dan hati dan carilah keseronokannya, bukan perkara-perkara yang jelek. Cari keindahan pada suami dan isteri. Belajarlah untuk menyayangi mereka dan berilah contoh yang baik kepada anak-anak. Layanlah dunia dengan hati yang ikhlas dan fikiran yang positif, pasti dunia akan balas begitu juga kepada kita.

Tak susah, kan? Kalau kita bagi yang baik, kita akan terima yang baik juga. Kita semua tidak sempurna, namun kalau kita belajar untuk menghargai apa-apa sahaja, maka hidup kita tak terseksa. Apa-apa yang tak baik, kita tolak tepi dan yang baik itulah yang kita beri fokus. Dengan itu jiwa kita akan berasa tenteram dan aman. Maka kebahagiaan akan bertapak dalam diri. Insya-Allah.

Friday, June 18, 2010

Kerja Jangan Ponteng, Bang...



Mula-mula bola dulu. Sekali lagi saya ulang, saya bukanlah kaki bola... tapi suka pada sukan, sejak di sekolah lagi. Bila ada peluang, saya tengoklah... kalau tak, tak adalah. Macam yang kita jangkakan semua, Argentina memang berjaya pukul habis Korea Selatan. Kalau nak diikutkan, Korea boleh main, tapi agaknya malam tadi semangat dan mood 'kureng'... jadi, kalahlah. Greece pula, memang bernasib baik. Awal-awal lagi pemain Nigeria, Sani Kaita (jersey no:11) dah kantoi dan buat perangai kat padang, jadi kena tendang dengan kad merah. Bermain dengan sepuluh orang sahaja memang payah. Bila kena attack bertubi-tubi, habislah Nigeria. Okeylah... bagi saya, semua ini adalah pengajaran. Nak buat apa pun, biarlah bersungguh-sungguh. Anyway, memang adat main bola, ada yang kalah dan ada yang menang!

Berkaitan dengan bola ni... biasalah kan? Ramailah cari alasan untuk dapatkan MC. Sakit yang dibuat-buat, sebenarnya mengantuk dan letih kerana sibuk tengok bola. Awal-awal lagi dah tinggalkan ofis, padahal kerja masih ada yang tak siap. Esok... kalau datang, datang lewat. Dah tu asyik tidur aje. Pantang lepa, bos tak ada aje, tidurlah. Alahai, kita lupa kot. Bos memanglah tak nampak tapi Tuhan tahu kita dah ponteng. Ponteng buat kerja! Perbuatan tu sama aje macam curi tulang. Gaji kita hendak, tapi kerja kita berkira-kira. Kalau dapat duit gaji tapi buat kerja tak setimpal... maknanya apa? Maknanya kita makan duit tak halal. Bahaya, kan?

Okeylah... berjaga-jagalah. Jangan kita asyik sibuk cerita orang makan rasuah, tapi kalau kita pun curi tulang, tak ada bezanya. Sama-sama makan duit tak halal.

Kalau kita tahu akan dosanya, lebih baik kita elak dari buat kerja-kerja yang tak baik ni. Kalau rasa badan tak tahan, tak payahlah tengok bola pada waktu pagi tu. Tengok aje yang malam. Hujung minggu, hah tengoklah puas-puas.

Anyway... apa dah jadi dengan Perancis? kalah teruk dengan Mexico? huhu... kesianlah pulak.Tapi saya dah tak kisahkan France sebabnya Zinaldin Zidan dah tak ada. Tak dapat tengok senyumannya lagi!

Thursday, June 17, 2010

Mudah Percaya Cakap Orang?


Okey, kita cerita bola dulu.

Permainan antara juara Eropah Spanyol (Spain) dan Switzerland, pada mulanya sangat membosankan. Mungkin Spain terlalu yakin akan menang, maklumlah mengikut rekod, setiap kali mereka bertembung dengan Switzerland, mereka tak pernah kalah. Malah, malam tadi mereka main dengan cara yang lembik dan tak berstrategi. Bila kena belasah dengan Switzerland, 1-0, barulah Spain buka biji mata. Barulah kelam-kabut mereka turunkan Torres (kononnya nak simpan untuk perlawanan yang lebih gah!). Too late man! Memang Spain kena belasah. Satu pengajaran buat kita, jangan terlalu yakin dengan apa yang kita ada, sekalipun pernah digelar segala juara. Huhu...

Okey, ni nak cerita pula benda lain. Kisah suka percaya cakap orang.

Ada seorang kawan bercerita kepada saya. "Aku rugi banyak, sebab aku percaya benar cakap dia. Selama ini, aku yakin dengan dia. Dia jenis sembahyang tak tinggal dan rajin bercerita pasal agama. Macam manalah aku tak percaya?"

"Apa yang dia dah buat kat kau?" soal saya.

"Aku serahkan separuh syer bisnes aku pada dia. Aku yakin dia memang jenis rajin. Memang pun dia nampak macam rajin."

"Habis tu?"

"Dua tahun lebih aku biarkan dia mengurus segala-galanya. Rupa-rupanya dia dah kelentong aku. Aku sangka dia uruslah seperti mana yang dia cakap pada aku, rupa-rupanya tidak."

"Habis tu?" tanya saya lagi.

"Habis tu... duit aku pun habislah. Memang salah aku pun kerana terlalu percaya pada dia. Tapi... yalah, takkan aku nak berburuk sangka pada dia. Aku dah berikan kepercayaan aku. Apa nak buat, dah nasib aku kot, nak kena kelentong macam tu."

Yalah, saya juga tidak salahkan kawan saya ini. Maklumlah, kadang-kadang sebagai manusia kita memang suka atau mudah percaya pada mereka yang kelihatan kuat pegangan kepada perintah Tuhan. Namun, kita semua perlu ingat bahawa orang-orang itu juga adalah manusia biasa. Tidak lari dari buat kesilapan. Kita bukan malaikat, jauh sekali seorang nabi. Malah, banyak imam turut buat kesilapan sekalipun mereka tahu tentang agama. Kerana itulah kita perlu sentiasa buat solat taubat, minta ampun kepada Tuhan dan memohon juga agar kita dijauhi daripada melakukan kesilapan-kesilapan yang dimungkari. Hanya Allah SWT dapat menolong kita, agar semua amalan diterima dengan baik. Insya-Allah.

Wednesday, June 16, 2010

Dua Cerita



Ada dua cerita yang saya nak sampaikan pagi ini. Mula-mula ialah cerita saya semasa pergi ke Iran dulu, sekitar dua tahun yang lalu.

Pada suatu tengah hari, saya berjalan seorang diri tak jauh dari hotel di Tehran, kerana ketika itu, suami saya dan yang lain sedang bermesyuarat. Kebetulan, hanya saya sahaja isteri yang mengikut suami untuk ke sana. Jadi, terpaksalah saya berjalan-jalan tanpa teman. Semasa berhendi di sebuah kedai makan untuk makan tengah hari, tuan punya kedai tak pandai hendak berbahasa Inggeris dengan saya. Terpaksalah kami mengguna bahasa isyarat. Alhamdulillah, saya berjaya membuat pesanan.

Sedang makan, saya ingin bertanya lagi kepada tuan kedai, tetapi dia tidak faham. Ketika itulah ada seorang pelanggan yang mendengar dan cuba membantu saya.

Dia pun bertanyalah kepada saya, "Puan ni dari mana?". Saya pun bercerita. Kebetulan juga, anak muda itu sedang bersiap-siap untuk ke Malaysia, bagi mengikuti program sarjana di UPM. Kami pun berbual dan dia teruja untuk kenalkan saya kepada keluarganya. Dipendekkan cerita, saya dan suami pergi ke rumahnya pada suatu malam untuk makan malam. Keluarganya menyambut kami beria-ia. Syukran.

Apabila Mustaffa (pemuda itu) datang ke Malaysia, kami melayannya seperti anak juga. Sejak itu dia agak rapat dengan keluarga saya. Kami kerap keluar bersama-sama (termasuk anak-anak saya). Selama lebih dua tahun kami mengenali Mustaffa dan malam tadi, keluarganya datang ke rumah kami. Mereka tiba dari Iran sekitar dua minggu yang lepas dan telah pun ke Pulau Langkawi. Malam tadi, kami makan bersama-sama dan berbual. Mustaffalah yang menjadi 'translator' kami kerana familinya tidak boleh berbahasa Inggeris. Insya-Allah, satu hari nanti, mungkin kami akan ke negara Parsi lagi.

Okeylah... jom cerita pasal bola pula. Walaupun agak penat, tapi malam tadi tengok juga Brazil lawan Korea Utara. Maklumlah, gergasi bola nak lawan dengan si kerdil Korea Utara. Tapi memang syok tengok game tu. Saya langsung tak mengantuk. Bestnya sebab Brazil teruk kena buat kerja untuk kalahkan Korea Utara. Saya suka tengok semangat Korea Utara. Saya bergurau dengan anak saya, "Orang Korea ni makan banyak nuklear... sebab tu lah tak takut!"

Apa pun, Korea Utara mengajar kita untuk jangan berasa gerun dengan sesiapa pun. Yang penting semangat mesti tinggi dan rajin bekerja. Sekalipun kalah 1-2 kepada Brazil, kita semua patut tabik pada Korea Utara! Macam tu lah kita kata hero! Ranking Brazil ialah nombor satu dunia dan ranking Korea Utara tentulah tercorot. Tapi... hanya 2-1 maaa! Nyaris Brazil tak kantoi!

Tuesday, June 15, 2010

Bola-Bola Dunia



Huh tension juga semalam, sebab memang tengah syok tengok bola, Holland lawan Denmark. Habis tu nak juga jenguk KLB kat TV2. Akhirnya, tengoklah jugak KLB tu. Alahai... lepas episod satu dan dua, episod tiga agak boring lah pulak. Bukannya apa, nampak macam terlalu jiwang sangat. Kalau ikut novel KLB, banyak hal-hal lain yang dibicarakan terutama sekali tentang novel yang ditulis Adrianna... ada kes-kes tertentu yang mula mengganggu perasaannya. Tapi... yalah nak buat macam mana, kan? Tapi tak apalah... masih ada 10 episod lagi. Yang mana belum beli novel KLB... belilah dan boleh tengok perbezaannya.

Okeylah... jom kita sembang bola pulak!

Saya ni bukanlah kaki sangat, tapi saya memang suka sukan. Sukan bola ni bila World Cup aje, aduhai... semuanya cerita bola aje. Macam dah tak ada cerita lain. Malam tadi, saya tengok jugak masa Cameroon lawan Jepun. Geramlah jugak dengan Cameroon ni... kalau tengok cara main, cara tackle dan stamina, memang baguslah sangat. Tapi... strategi kurang mantap, sebab tu lah asyik terlepas peluang. Saya kesian juga pada Cameroon ni, maklumlah mereka datang dari negara miskin, berlawan pulak dengan Jepun yang kaya raya. Bayangkan kalau kita miskin pergi main bola dengan anak-anak orang kaya! huh, mesti rasa tension kan?

Pagi nanti, Brazil akan berlawan dengan Korea Utara. Nampaknya semua sokong Brazil. Maklumlah dikatakan Brazil tu kuat! Siaplah, mesti berjoget-joget atas padang. Kesiannya Korea Utara...

Tapi kan... sakit hati jugak tengok bola ni, bising bunyi trumpet macam riang-riang dalam hutan. Kadang-kadang jadi pening kepala. Tapi okey rasanya kalau banyak pemain bola yang handsome-handsome! Dikatakan banyak wanita suka tengok bola bila ada pasukan yang mempunayi pemain yang 'good looking'!

Yang bekerja tu, jangan ponteng kerja sebabkan bola. Berdosa kalau tak amanah buat kerja di waktu kerja.

Okeylah... Go Bola!

Monday, June 14, 2010

Merajuk Dengan Kawan


Cuti sekolah ialah musim kahwin-kahwin. Hujan atau panas, orang tetap akan kahwin. Pada hari Sabtu yang lepas, sebaik sahaja saya tiba di rumah teman yang sedang mengadakan majlis perkahwinan anaknya, hujan turun dengan lebat. Terpaksalah saya, anak perempuan saya dan menantu perempuan saya tunggu sahaja dalam kereta hingga hujan reda. Kemudiannya barulah kami masuk ke pekarangan rumah pengantin. Kami terpaksa mengambil makanan dan makan di dalam rumah kerana di bawah khemah terlalu sesak dengan tetamu yang terperangkap kerana hujan. Tapi... tak kisahlah, saya tetap suka dengan hujan yang membawa rahmat, insya-Allah. Bila hujan, hari bertambah sejuk.

Di zaman kanak-kanak saya dulu, cuaca rasanya tidaklah sepanas sekarang ini. Mungkin sebab itulah saya lagi suka tinggal di kampung. Kalau dapat duduk dengan orang asli di kawasan pedalaman, mungkin lagi best. Tak ada kawasan orang asli yang pernah saya kunjungi yang tak sejuk!

Okeylah... ni saya nak bercerita tentang seorang kenalan (taklah rapat sangat) yang saya jumpa masa majlis kahwin tu. Selepas balik dari majlis, dia ada menghubungi saya. Katanya kepada saya,"Aku ni dah lama merajuk."

"Merajuk apa, Sal?"

"Merajuk dengan kawan-kawan."

"Hah, kenapa pulak?"

"Entahlah. Tiba-tiba aku rasa macam susah nak dapat kawan yang aku boleh percaya. Ramai yang tak ikhlas berkawan. Kalau tak bersebab, tak adalah dia nak kisahkan kita ni. Kau tahulah, suami aku dah lama meninggal. Jadi, aku bergantung pada kawan-kawanlah. Aku selalu percaya pada kawan dan cari semangat dengan kawan. Tapi... ada-ada saja kawan yang nak ambil kesempatan. Dah tu... bila dah habis guna kita, dicampaknya kita ni macam sampah aje. Ada seorang kawan aku tu, siap bercakap pasal agama tak berhenti-henti. Aku memang percaya sungguh pada dia. Rupa-rupanya dia pun dua kali lima sahaja. Berkawan dengan aku sebab duit aku. Asyik-asyik mintak pinjam duit,kadang-kadang sampai dua tiga ribu. Tapi tak haraplah nak bayar balik. Aku tak kisah sangat, tapi bila aku tak nak pinjamkan lagi, dia pun terus hilangkan diri. Ya Allah, kawan apa macam tu?" Keluh kenalan saya itu.

Saya tidak komen apa-apa, sekadar mendengar sahaja kerana saya tahu perasaannya. Kadang-kadang memang tidak mudah mencari kawan yang ikhlas dan jujur berkawan dengan kita. Dalam begitu, saya teringat kepada teman-teman baik saya sejak sekolah rendah lagi. Begitu juga dengan teman-teman yang saya bertemu semasa jadi pelajar di Universiti Malaya. Mereka tetap ikhlas berkawan dengan saya, alhamdulillah.

Apa pun, semasa kita memilih kawan, berjaga-jagalah, bukan semua kawan boleh dijadikan teman. Ada kawan sekadar ingin menggunakan kita sahaja. Jangan juga terlalu dengar cakap kawan, kadang-kadang kawan yang sama yang membawa kita ke neraka bukan ke pintu syurga. Ada teman memang bijak berkata-kata, namun kata-katanya tak mampu menunjukkan akhlak yang mulia, tetapi sekadar berkata-kata sahaja.

Lihatlah di sekeliling kita, siapakah agaknya yang kita benar-benar boleh percaya?

Okeylah... malam ni, sambil tengok bola tu, janganlah lupa tengok drama Kau Laksana Bulan di TV2!

Sunday, June 13, 2010

Cinta Yang Pudar


Pagi Ahad ini mood saya ingin berkata-kata tentang 'Cinta'.

Semua orang sekarang ini tengah gila bola, saya tengok juga, tapi taklah tergila-gila sangat. Malam tadi tengok Korea vs Greece, Argentina vs Nigeria. Tak tengok pun US vs England. Tapi saya memang peliklah dengan orang Malaysia, ramai yang 'favourite' kan England. Sayangnya dia orang kat England tu! Bagi saya memang pelik. Saya tinggal di sana selama 6 tahun, anak saya yang sulung pula tinggal selama 13 tahun, tapi kami tak kisah pun pasal England tu... bukan pada bola lah! lagi pelik sebab kami tinggal di Manchester dan saya pun pernah belajar di Liverpool... masih kami tak kisahkan MU atau Liverpool (bolalah). Huhu... kami lagi suka sokong team macam Korea, dan team-team Asia lain atau third world!

Okeylah, tajuk saya pagi ini ialah Cinta dan bukan Bola!

Kenapa cinta boleh hilang di antara orang yang dah kahwin? Lagi menggerunkan apabila dah kahwin lama!

Saya percaya cinta tak hilang begitu saja dengan sekelip mata, tetapi mungkin cinta mula pudar sejak beberapa tahun yang lalu sebelum 'couple' yang dah kahwin tu rasa tawar hati dan mula datang rasa benci.

Mula-mula cinta ada kerana semuanya okey belaka. Tetapi apabila salah seorang mula hilang fokus, maka mulalah 'renggang' yang datang. Komitmen dah tak ada, kejujuran mula pudar, lama-lama pandang pun dah malas dan masing-masing mula bual hal sendiri-sendiri. Perasaan dah jadi jelak dan benci. Masa itulah 'couple' dah bosan dan hanya perpisahan sahaja yang boleh membahagiakan. Huh! macam bunyi tajuk lagu aje.

Tetapi inilah realiti. Kalau kita mahu pastikan 'cinta' kita terus kekal hingga ke akhir hayat,pastikan cinta kita sentiasa segar dan tidak pudar. Komitmen dan kejujuran mesti ada. Perasaan cemburu jangan menggila. Hormat-menghormati kekalkan saja. Lakukanlah aktiviti bersama, kalau sekalipun bukan semua. Tunjukkan sayang anda dan jadikanlah hubungan anda sesuatu yang realistik bukan 'plastik'!

Okeylah... di pagi Ahad ini, suburkanlah segala cinta yang ada. Bagi mereka yang belum kahwin lagi, atau sudah tidak berkahwin lagi, sayangilah keluarga anda. Ibu, ayah, adik-adik, kakak, abang mungkin juga anak-anak (Kalau ada).

Salam sayang daripada saya.

Thursday, June 10, 2010

Cerita Kongsi Orang Kahwin



Ini cerita orang kahwin-kahwin. Hah, antara benda yang kita kena belajar buat masa nak kahwin ialah berkongsi!

Bukan senang nak kongsi, kan? Masa kita budak-budak, selalu bergaduh dengan adik-beradik, kan? sebabnya kita tak nak berkongsi benda. Bertambah tegang kalau kita bukan orang senang. Kadang-kadang bukan setakat makanan dan permainan yang kita kena kongsi, tetapi pakaian. Kalau umur kita lebih kurang sama saja, lagilah tension sebab hampir semuanya kita kena kongsi.

Emak beli coklat satu aje, lepas tu suruh kongsi ramai-ramai. Kalau yang membahagikan tu baik hati, sama ratalah kita dapat, tapi kalau yang tukang bahagi tu jenis 'tamak', hai dialah yang dapat lebih. Huh! itu kisah dulu-dulu. Ni nak cerita pasal orang kahwin ni, terutama yang baru saja kahwin. Maklumlah, sekarang ni kan cuti sekolah, ramai orang yang kahwin.

Bukan senang nak kongsi kamar tidur dengan orang lain. Kalau datang dari keluarga yang susah dan dah biasa berkongsi bilik, okeylah. Maknanya dah biasa dengan bau yang macam-macam tu. Tapi kalau selama ini kita tak pernah 'share' bilik, tiba-tiba kena share katil pulak... alahai... inilah yang menggerunkan.

Tentunya kita mengharapkan suasana yang romantis, terutama di malam pertama, kedua, ketiga dan selamanya. Tetapi... deng! deng! deng!, apa kita nak buat kalau teman sekatil kita ada bau badan yang sungguh-sungguh tak menyelerakan?

Cakap pasal bau badan ni, ada macam-macam sebenarnya. Ada yang bau hapak, ada bau masam macam bau 'tuak', ada bau macam belerang... dan macam-macam lagi. Macam mana nak tidur bawak ketiak dia? huhuhu

Paling baik, kalau kita tahu kita ada bau badan, eloklah kita beri perhatian. Carilah ubatnya. Sekarang ini, macam-macam ada. Pergi aje kat Farmasi tu. Tapi... paling best, kita mandi dulu sebelum nak tidur tu. Kalau mulut pun jenis berbau, makanlah gula-gula angin ke, lepas gosok gigi tu, takpun 'gargle' mulut dengan ubat gargle. Lepas tu... pakailah haruman. Carilah yang bukan jenis 'pening kepala', nanti member sebelah pening pulak, lagi susah. Dah tak boleh buat apa-apa.

Okeylah, saja nak cerita pasal kongsi ni. Ramai yang tak tahu ada banyak orang yang perkahwinannya jadi 'tak ngam' hanya kerana benda-benda macam yang saya sebutkan ni. Jadi, pastikanlah anda mengambil tindakan untuk 'maintain' best setiap hari dan malam untuk cik abang atau cik adik di sebelah tu!

Cerita pasal kongsi ni... janganlah pulak kita kongsi berus gigi dengan tuala pulak! itu namanya huhu... 'pengotok' dan bukannya romantik!

Wednesday, June 09, 2010

Yang Untung Boleh Jadi Rugi



Terlupalah pulak... hari Isnin yang lepas, kami telah sama-sama menonton drama Kau Laksana Bulan di TV2. Malah, suami saya yang tak pernah tengok drama Melayu pun sama-sama melangut nak menontonnya. Macam kelakarlah pulak. Masa menonton tu, macam biasalah, ada banyak SMS yang masuk, termasuklah SMS pembaca saya dari Sandakan Sabah. Cikgu Norsiah. Setakat ini, komennya positif. Kami pun rasa okey jugak... tidak meleret-leret. Cuma... ada beberapa kali heroinnya sebut beberapa perkataan dengan sebutan yang tak tepat! 'Sarjana' lah... bukan 'Saujana'.

Alahai, minah oi...

Bila teringatkan kisah yang saya paparkan dalam novel saya Kau Laksana Bulan, nostalgia tentang watak Razif menjelma kembali. Razif bagi mata hati Adrianna(Heroinnya), sangatlah romantis dan puitis. Malah, ramai orang perempuan selalu mencari-cari karakter lelaki yang begini. Seolah-olah romantis dan puitis itu merupakan 'tiket' untuk mereka bertemu dengan kebahagiaan. Tapi... alahai minah oi, boleh kenyang ke? Apa guna sifat romantis dan puitis kalau perangainya macam 'malaun'.

Dalam KLB, Razif tidak jujur dan telah mempermainkan hati Adrianna. Malah, ramai lelaki yang begini di luar sana, berselindung di sebalik perwatakan 'baik' yang ditonjolkan agar wanita yang cuba dipikat akan menjadi 'kelabu matanya'. Kesianlah kat minah!

Beginilah hakikatnya. Dalam dunia hari ini, 'kejujuran' lah yang payah hendak kita cari. Biar berbuih mulutnya berkata tentang benda-benda yang baik, namun kalau kelakuannya tidak baik, maka tidak baiklah dia. Betul tak?

Tak kiralah lelaki atau perempuan, memang ramai yang begini. Jadi... kalau kita sedang mencari, biarlah kita berjaga-jaga agar jangan kita bertembung dengan mereka yang berselindung di sebalik lakonan 'baik' yang konon-kononnya perwatakan mereka yang sebenar.

Aduhai... memang takut kalau kita fikirkan hal ini. Wahai gadis-gadis dan juga pria-pria... janganlah kamu terpedaya dengan mereka yang bertopengkan watak 'dewi atau dewa', kerana sebenarnya mereka itu adalah kaki 'temberang'.

Kalau nak tahu sama ada orang itu betul-betul baik atau tidak, kita lihatlah juga kepada tingkahnya seharian. Adakah dia jenis suka buang masa? orang baik biasanya tak buang masa dengan berangan-angan sahaja. Kalau bekerja, dia bukan kaki ponteng. Kalau kita tahu pakwe kita kaki ponteng, kita patut berjaga-jaga. Elok ke kalau ponteng? maknanya dia tidak jujur kerana mendapat bayaran tanpa buat kerja.

Kalau dia suka puji diri, itu pun kita kena berjaga-jaga. Orang baik tak suka puji diri, dibiarkan orang lain yang memujinya. Kadang-kadang kita terpesona dengan karakternya kerana kita sangka dia serba tahu, rupa-rupanya dia pakar berlakon. Apa kelemahan kita, itulah yang digunakannya.

Okey, jomlah kita berwaspada dalam mencari calon yang sesuai untuk diri kita. Pilihlah dengan baik, jangan main redah sahaja. Kalau kita salah memilih, maka akan termakanlah diri kita sendiri. Yang untung boleh jadi rugi, yang sayang boleh jadi benci. Yang penting, buatlah keputusan sendiri jangan mudah dirasuk orang. Perhatikan betul-betul, dia pakai topeng ke tidak.

Minggu depan, jangan lupa menonton drama Kau Laksan Bulan!

Tuesday, June 08, 2010

Dunia Alam Maya...



Saya bersetuju kalau ada teman yang mengatakan bahawa skrin komputer merupakan teman baik kebanyakan orang hari ini. Apatah lagi untuk orang-orang seperti saya yang menghabiskan masa di depan komputer. Memang mudah untuk luahkan perasaan di alam maya, di laman-laman web yang popular seperti friendster,Twitter atau Facebook.

Hendak cari kenalan juga di situ. Melalui pelbagai laman web anda mampu untuk mencari teman, terutama bagi mereka yang tak berpasangan lagi. Saya rasa, okeylah kalau laman-laman seperti ini digunakan oleh remaja dan orang-orang muda untuk mencari calon yang sesuai untuk mereka. Sekalipun tidak mudah, namun ia merupakan salah satu saluran yang boleh digunakan. Bagi orang-orang yang berumur matang, okeylah kalau kita gunakan saluran ini untuk menjejak kawan-kawan sekolah, dan teman-teman yang lain yang sudah lama terpisah dengan kita.

Dalam begitu, kita harus berwaspada kerana ramai yang berada di dunia alam maya semata-mata untuk 'abuse' apa-apa yang mampu dilakukan. Ada orang berusia matang dan sudah beranak-pinak berada di situ untuk 'mengurat' anak-anak dara dan juga janda-janda muda, sekadar untuk seronok-seronok sahaja.

Begitu juga dengan remaja-remaja yang 'kurang matang', mereka suka menayang diri untuk dapatkan populariti. Ada yang suka menunjuk-nunjuk, konon-konon mereka adalah 'hot chicks'. Perbuatan ini sebenarnya menjatuhkan maruahnya dan sama macam lelong diri. Ada juga yang letak 'pose-pose' seksi bersama teman lelaki, konon-konon dia sahaja yang ada kekasih hati. Tup-tup dah 'putus' dan semua orang mula mengata-ngata! aduhai...

Ingat tak kisah dalam Kau Laksana Bulan, novel saya yang kelima? Ada saya ceritakan hal ini dan saya lakukan itu untuk mengingatkan anak-anak muda dan juga ibu bapa, jangan biarkan perkara ini menjadi amalan kita.

Ada juga (terutama lelaki) mereka yang suka gunakan perkataan kesat dalam laman-laman web ini. Bermaki-hamun, konon-konon nak tunjuk lagak macho. Tak kisahlah siapa yang dimaki itu, tetapi perbuatan itu melambangkan keperibadiannya yang biadab! siapalah yang nak cari 'pakwe' kurang ajar macam tu, siap mencarut-carut dalam laman web yang boleh dilihat orang ramai. Kononnya nak kenakan orang, pada hal diri sendiri terkena, tetapi tak tahu.

Wal hasil, sebagai pengguna laman web (tak kiralah di mana pun), jadilah orang yang bijak dan gunalah kemudahan alam maya untuk mencari ketenteraman dan kebaikan dan bukannya mencari kejahatan dan menambahkan musuh.

Apa pun, apa yang tersirat di hati itulah yang penting, kerana apa yang tersirat itu Tuhan tahu. Tersurat ramai yang tengok, namun untuk jangka masa yang panjang, eloklah kita menjaga imej kita daripada menjaja sana sini perbuatan kita yang tak elok.

Sekali lagi saya ingatkan anda dan juga diri sendiri agar jangan mengaibkan diri kita di mana-mana. Carilah rahmat Tuhan agar kita dipeliharai-Nya sentiasa.

Monday, June 07, 2010

Mencari Ubat Untuk Jiwa?



Tak ada sesiapa pun yang suka kalau jiwanya tertekan. Perasaan begini boleh jadi kepada sesiapa jua, tak kira umur, lelaki atau perempuan. Namun, orang perempuan lebih sensitif daripada lelaki dan kerana itu, lebih ramai orang perempuan yang kerap berdepan dengan tekanan perasaan. Mungkin ini adalah kerana putaran hormon yang ada pada orang perempuan. Orang perempuan mudah rasa sedih, risau, putus semangat dan beremosi.

Sejak kebelakangan ini, ramai yang mengisahkan perasaan ini kepada saya.

Apa-apa pun, elok kalau kita sentiasa berjaga-jaga, jangan biarkan diri dimakan perasaan yang tak terkawal ini!

Ada macam-macam cara yang kita boleh lakukan untuk mengurangkan tekanan. Antara yang terbaik ialah merelakskan diri dengan berjalan kaki sekitar setengah jam sehari. Berjalan kaki boleh mengeluarkan 'kimia dopamine dalam otak' yang membuat kita rasa 'happy'. Kita boleh lakukan dengan berjalan-jalan di kawasan taman atau di sekitar kawasan tempat tinggal kita di sebelah pagi, petang atau malam. Perbuatan ini boleh mengubah mood kita.

Selain dari itu, kita juga digalakkan makan lebih ikan yang mengandungi omega 3. Antara ikan yang bagus dimakan ialah ikan salmon (mahal sikit) atau ikan sardin (memang tak mahal). Makan juga sayur bayam, kekacang dan buah oren. Makanan ini semua mengandungi serotonin yang menepis tegangan di dalam jiwa.

Kalau kita sedang berdepan dengan kemurungan, jangan biarkan diri menderita. Sebagai orang Islam, buatlah sembahyang sunat dan berdoa kepada Tuhan agar apa-apa jua perasaan yang menekan itu boleh pergi dari diri. Rajin-rajinlah baca ayat suci dan berzikir. Insya-Allah kita akan berasa lega.

Jadi... jangan biarkan jiwa terseksa dengan gangguan-gangguan yang sebenarnya bukan ada apa-apa. Sekadar menggoda perasaan dan membuat kita tertekan. Ubatlah jiwa yang sedang rasa begitu.

Friday, June 04, 2010

Diriku Adalah Untuk-Mu



Jatuh cinta dengan agama, itulah yang berlaku kepada Ricky Michell dan kemudian mengguna nama Islam, Zaid Salim Shakir. Ketika itu beliau masih berkhidmat dengan Tentera Udara Amerika Syarikat dan kerana pertukaran agama, Zaid disingkirkan dari pasukan itu. Kini, Zaid atau lebih dikenali sebagai Imam Zaid ialah seorang cendiakawan Islam di Institut Zaytuna, California. Beliau yang berketurunan kacukan American Indian, Afrikan dan Ireland itu pernah berada di Syria dan juga Maghribi untuk menuntut ilmu.

Walaupun beliau tidak dilahirkan sebagai orang Islam, namun nur dan hidayah yang dianugerahkan Ilahi buatnya sangat menakjubkan hinggakan Imam Zaid sangat dikenali di dunia Barat sebagai seorang cendiakawan Islam yang berpengaruh dan dihormati.

Beliau yang satu ketika dahulu merupakan seorang pemain bola sepak yang cemerlang, telah mengubahkan haluannya apabila tercedera dan mula mencari sesuatu dalam kehidupan. Suatu hari, Zaid telah bertemu dengan seorang kanak-kanak perempuan Puerto Rico berusia 9 tahun yang menangis kerana dirinya tidak disayangi sesiapa jua. Insiden itu menyentuh hati Zaid lalu mengetuk mindanya untuk fikirkan tentang dunia dan kehidupan. Lalu terus membawa diri untuk menghayati pelbagai agama yang ada di bumi.

Buku 'Islam In Focus' telah mengubah dirinya lalu beliau cuba mendalami agama Islam yang mulia ini. Apa yang dicari telah ditemui. Islam ialah sebuah agama yang tidak pentingkan diri sendiri, tetapi insan lain yang hidup di bumi ini.

Inilah yang terjadi kini, betapa kita di dunia agama Islam sedang berperang dengan pihak 'Zionis' yang zalim lagi kejam! Kalau kita perhatikan, pihak Yahudi sentiasa mahu dunia mengingati kesengsaraan yang mereka alami ketika Perang Dunia Kedua. Namun, mereka kini merupakan mahkluk yang paling zalim, malah lebih kejam dari puak Nazi dibawah pemerintahan Hitler. Kerana itulah mereka adalah musuh kita dan sudah diberitahu dalam al-Quran berkali-kali tentang hal ini.

Pagi tadi, saya melihat upacara pengkebumian aktivis-aktivis Turki yang dibunuh kejam oleh pihak Zionis semasa mereka berada di perairan antarabangsa di atas kapal Mavi Marmara. Salah seorang ialah remaja Turki yang berusia 19 tahun dan didapati jenazahnya mempunyai lima bekas tembakan, termasuk di kepalanya. Tidak bersebab remaja itu ditembak, pada hal pihak tentera Israel sudah tahu kapal itu sekadar membawa bekalan makanan dan keperluan sahaja buat penduduk Gaza.

Dunia Islam kini sudah berubah. Dengan jelas kita dapat melihat bahawa orang-orang Turki hari ini tidak lagi seperti beberapa tahun yang lalu. Di bawah pemerintahan kerajaan yang lebih pro Islam, rakyat Turki sudah mula bersemangat tinggi dan sedang memberitahu dunia bahawa mereka bersedia untuk bangkit dan menyokong perjuangan Islam menentang Zionis!

Semoga kita di sini mempunyai semangat kental dan tidak pentingkan diri sendiri. Usahlah jadi lembik dan hidup pentingkan material dan jangan sekali-kali takut untuk berjuang di atas nama Islam. Tak guna kalau kita tahu tentang agama Islam dari A sampai Z, tetapi tidak amal hidup cara Islam dengan menjadi manusia yang penuh dengan tanggungjawab. Bukan sekadar berkata-kata, tetapi menunjukkannya. Sebelum kita berjuang, marilah kita berikan tumpuan kepada anak isteri, suami dan ibu bapa kita dulu. Pastikan tanggungjawab kita kepada mereka kita lakukan dengan baik. Jangan kita terlalu menjadi orang yang pentingkan diri sendiri hinggakan mereka yang terdekat dengan kita, kita abaikan!

Binalah semangat seperti Imam Zaid yang tidak pentingkan dirinya.

Ya Allah ya Tuhanku, bawalah diriku untuk sentiasa beramal buat-Mu. Jadikanlah aku seorang Muslim yang Engkau senangi, jadikanlah aku insan yang ada di sini untuk-Mu ya Tuhanku. Ya Allah ya Tuhanku, lindungilah umat Islam di dunia ini, terutama mereka di Gaza yang sedang dizalimi puak Zionis.

Thursday, June 03, 2010

Cerita Teman Saya


Kalau orang Perak bercakap, seringkali mengguna perkataan 'teman' untuk menggelar diri sendiri. "Isy, teman tak gemo le." Ayat ini bermakna, "Isy, saya tak suka lah."

Bunyi macam pelik, kan? Tetapi bagi telinga kami orang-orang Perak, bunyi ayat pertama tadi memang sedap ya amat... hehe, jangan marah ya.

Apa yang nak saya ceritakan pagi ini ialah tentang keluhan seorang teman. Dia juga berasal dari Perak tetapi kini dah lama tinggal di Lembah Klang. Dia mengeluh tentang anak daranya.

"Aku tak paham giler! punyalah berlambak anak bujang kat Malaysia ni, kenapa gatal sangat dia nak kat orang tua tu!"

"Laa, kenapa pulak ni?" soal saya.

"Yalah, aku marah le ni. Anak dara aku tu, belum 26 pun, tapi yang dia gilakan tu dah boleh dijadikan bapak dia!"

"Huh! dah jodoh dia kot. Nak buat macam mana, kot 'mamat berumur' tu macho giler!"

"Macho kepala hotak! Eh... dah tua tau? dah lebih 50... baya macam aku ni, apa hal yang nak kacau anak dara orang ni?"

"Eh, dah anak kau suka, macam mana nak buat?"

"Anak dara aku tu, memang bodoh pun! kerja dah bagus, gaji dah besar, buat apa nak gila dengan orang tua kaduk tu? pergilah cari mamat-mnamat bujang yang lain. Ini... entah laki orang entah duda... aku pun tak tahu. Memang kerja gila!" Dia masih merungut dan marah.

"Apa kata suami kau?"

"Suami aku belum tahu. Kalau tahu... mesti pengsan."

"Sabarlah... kau masih boleh nasihatkan dia. Tapi... cakaplah dengan baik. Kalau kau marah-marah, nanti dia tunjuk protes dia, lagi kau tak dapat nak kawal."

Puaslah 'teman' saya termenung memikirkan masa depan anaknya itu. Dia tidak melihat anaknya mempunyai masa depan yang cerah kalau memilih untuk berkahwin dengan lelaki itu.

Alahai... sebenarnya saya tak suka terlibat dalam hal-hal seperti ini, sekadar membantu mana patut saja. Kan dia teman saya...

Tapi cakap pasal orang Perak ni, teringat pada lagu baru yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi muda berasal dari negeri Perak juga. Amboi... mentang-mentanglah orang Perak, 'teman' pun suka beno! Weh, teman gemo dengan liriknya...

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang...

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata

Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..


Tapi kan... penyanyinya pun macam okey gak...

Wednesday, June 02, 2010

Gila Talak



Pernah dengar ke terma ini? Ia merupakan peribahasa orang Melayu yang sering digunakan masa dulu-dulu. Sekarang ini, mungkin orang tak kisah sangat kerana tak henti-henti kita dengar kisah orang yang menjatuhkan talak!

Gila talak ini biasanya kita berikan kepada mereka yang memilih untuk bercerai, biasanya orang lelaki yang menceraikan isterinya (talak terletak pada tangan lelaki), dan sebaik sahaja melepaskan isterinya, dia pula hendakkan isterinya balik! Inilah yang dikatakan 'gila talak'. Dah diceraikan lepas tu nak balik. Apabila tidak dilayan oleh bekas isterinya, lelaki itu mulalah mengganggu. Dia terlupa yang setelah bercerai dia sudah kehilangan haknya. Selagi si tuan badan (dalam hal ini yang perempuanlah) tak bersetuju untuk balik kepadanya, maka tiadalah hak itu lagi.

Okey... orang 'gila talak' akan lakukan benda-benda yang mungkin memalukan dirinya sendiri. Ini cerita seorang kawan yang baru sahaja diceraikan suaminya.

"Kak... bukan saya yang nak bercerai, tapi dia. Dia kata saya ni tak guna lagi. Dia kata saya tak menyenangkan hidupnya lagi. Dia mengambil keputusan untuk menceraikan saya dan saya pun terimalah. Nak buat macam mana lagi, kak? saya ni kan perempuan."

Itulah katanya pada mula-mula. Kini dia bercerita lagi.

"Kak... dia asyik ganggu saya aje. Kejap-kejap hantar SMS."

"Habis tu, kau jawab ke?"

"Tak kuasa saya. Saya tak jawab, itu yang buat dia macam jadi orang sasau. Kejap-kejap SMS. Dia tak puas hati selagi saya tak jawab. Tapi memang saya tak akan jawab. Nak buat apa? dia yang mengata-ngata saya, saya tak kata pun dia. Pada hal kalau nak diikutkan, macam-macam saya boleh kata pasal dia. Akak nak tahu... dia tu malas nak mampus! Buat-buat macam bagus, tapi hanya Tuhan yang tahu. Saya bersyukur, kak sebab dia nak ceraikan saya. Bukan saya yang mintak. Saya dah terkeluar dari perangkap dia. Takkan nak perangkapkan diri saya lagi. Biarlah dia nak hantar SMS macam orang gila pun." Panjang lebar cerita teman saya itu.

"Kau tak takut ke kalau dia datang rumah kau nanti?"

"Saya duduk dengan mak ayah saya buat masa ni. Abang saya pun ada. Dia takkan berani, kak. Dia yang tak pandai bersyukur. Selama hari ini, macam-macam yang dah saya tolong dia, tapi dia tak nampak semua tu. Dulu... dia tak macam orang pun, kak. Saya yang buat dia jadi macam orang. Sekarang ni dia dah lupa diri. Biarkanlah... insya-Allah saya tak mati kalau tak ada dia. Hidup kita ni ditentukan Tuhan, kak... bukan manusia. Kalau kita ikhlas menyayangi Tuhan, insya-Allah Tuhan pun sayang kita. Jodoh, umur dan rezeki ditentukan-Nya. Saya reda."

Begitulah kisahnya. Saya tahu teman saya ini, dia berjiwa kental. Sejak dulu lagi. Insya-Allah, hidupnya akan diberkati Allah swt. Biarkanlah bekas suaminya itu 'gila talak'!

Tuesday, June 01, 2010

Semangatku Yang Tinggi



Seronok jugak menonton KLB di TV2 semalam. Walaupun tak 'perfect' semuanya, apa yang saya lihat tu, kira okeylah. Malah, ramai juga pembaca-pembaca saya yang hantar SMS, hantar emel dan buat panggilan kepada saya. Mereka semua kata okey. Cuma... terkilan sikit, nama saya tak betul ejaannya. Emir ditukar jadi Amir. Katanya payah nak ubah sebab sudah dibuat secara digital. Entahlah...

Kelakar pulak saya melihat Firas Ali semalam. Gedik giler! Begitu juga dengan Adrianna. Apa pun, diharapkan agar di episod-episod akan datang, kita semua akan terhibur. Insya-Allah.

Okeylah... pagi ini semangat saya bertambah tinggi kerana hari ini ialah sambutan ulang tahun TUDM ke 52. Kebetulan, Lt.Colonel Nizam (dulunya Mejar Nizam yang saya sebut di bahagian penghargaan novel saya, Terbanglah Sayang), mengetuai perbarisan panji-panji skuadron di depan Yang Mulia Sultan Pahang. Wahhh... seronoknya, rasa macam masuk novel saya Terbanglah Sayang. Malam tadi juga saya dapat dua mesej daripada pembaca yang memberitahu mereka suka sangat pada Terbanglah Sayang. Anyway... tabik spring buat Lt. Colonel Nizam yang macho dan yang banyak menolong saya. Terima kasih kepada semua dan Selamat Menyambut Ulang Tahun ke 52 kepada TUDM!