Assalamualaikum,
Hari ini hari Ahad dan kalau anda bercadang hendak ke Pesta Buku 1 Malaysia di PWTC, jangan lupa ke gerai KarnaDya untuk dapatkan novel terkini saya ia itu 'Beautiful Asmara'. Bagi mereka yang belum lagi download majalah terkini kami iaitu 'Life Is Beautiful', jom layari
untuk dapatkan majalah itu secara percuma. Tapi janganlah lupa untuk daftar kat laman web itu, kalau tidak tak dapatlah buka majalah tu. Buat masa ini, anda perlu gunakan iPad atau iPhone, atau tablet@peranti android atau telefon android. Kalau tengok melalui iPad atau iPhone, majalah digital itu akan jadi interaktif... jangan tak tahu, majalah ini adalah yang pertama di Malaysia. Malah, dalam bahasa Melayu, ia adalah yang terulung juga di dunia. Jadi... usahakanlah untuk membacanya. PERCUMA, beb! Tak payah bayar pun.
Okey... sempena bercerita tentang semua yang 'beautiful' ni, saya letakkan juga gambar budak comel ini, yang sekarang ini bertambah comel. Gambar ini kami ambil semasa perkahwinan anak saudara saya di Muar. Sharifah Yusufia... huhu.
Wassalam.