Semalam, saya telah menghubungi seorang kawan lama. Sebenarnya, dia adalah kawan rapat sejak sekolah rendah lagi. Kami tak pernah putus hubungan. Entah macam mana, sejak dia dipindahkan ke Melaka, kami jarang berhubungan. Tahu-tahu dia mahu ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah haji. Sebaik sahaja dia pulang, saya ternanti-nanti, tapi tiba-tiba payah nak contact lagi. Dahlah telefon bimbit saya ada masalah, terpaksalah saya cuba hubungi melalui telefon rumah (rumah tetapnya ialah di Shah Alam), tapi tak juga dapat-dapat. Nombor lamanya sudah berpindah kepada orang lain.
Tiba-tiba saya dapat berita yang dia sudah ke ibu pejabatnya di Kuala Lumpur, tidak lagi berada di Melaka. Malangnya, saya dah hilang pula nombor pejabatnya di KL itu. Terpaksalah saya hubungi pula Telekom untuk dapatkan nombornya semula. Memang payah. Akhirnya saya dapat juga, tapi dia sedang bermesyuarat. Maklumlah, saya dapat berita yang dia sudah dinaikkan pangkat dan sedang menjawat jawatan yang penting di tempat kerjanya.
Saya hubungi dia lagi di sebelah petangnya. Barulah dapat. Dia gembira teramat sangat kerana berjaya bercakap dengan saya. Sebenarnya, sejak kecil lagi kami sudah rapat. Semasa dia kehilangan ibu bapanya dan juga seorang adik perempuan (dalam kemalangan yang mengerikan), saya tumpang sedih, bagaikan saya juga kehilangan semuanya. Ketika itu kami masih remaja. Namun, Tuhan kekalkan pertalian kami sekalipun terpaksa mengharungi segala dugaan dalam hidup. Kami kongsi perasaan seronok dan sedih. Kami melalui turun naik dalam hidup bersama-sama dan kini kami sudah sama-sama matang, namun masih tetap rapat dan tetap sayang, bagaikan adik beradik seibu dan sebapa.
Saya dan dia memangnya begitu. Sekali-sekala kami menyepi, tetapi biasanya taklah terlalu lama. Kami akan merindui. Bukannya senang, sebab kami sudah rapat sejak kanak-kanak lagi. Semasa kami sedang membesar di alam remaja, itulah merupakan zaman kegemilangan kami, terutama apabila kami didekati remaja lelaki (itu pun kami kongsi perasaan) dan apabila tak menjadi, kami bercerita lagi. Malah, saya dan dia, kami berkahwin pada tahun yang sama juga, dan mendapat cahaya mata sulung, pada tahun berikutnya. Kini, kedua-dua anak sulung kami masih belum berumah tangga lagi.
Saya menghargai persahabatan kami ini. Itulah kawan saya, Salmah Hayati.