Assalam
Hari ini kami bercadang untuk ronda-ronda di sekitar negeri tempat tinggal kami, mungkin hingga ke Melaka kot. Takut nak pergi jauh-jauh, takutkan sesak jalan raya. Alhamdulillah, semalam anak saudara saya dan keluarganya datang ke rumah kami. Makan malam bersama-sama. Memang seronok bila berjumpa dengan mereka.
Okeylah... semalam buat seketika saya rasa sangat mual bila terlihat satu episod di sebuah stesen TV, temuramah dengan seorang selebriti ini. Apa tidaknya, si selebriti ini kuat betul menunjuk-nunjuk tentang harta dan pendapatannya, seolah-olah dia sangat 'peghak' (kata orang Peraklah). Saya bersyukur kerana selebriti itu tidak berasal dari negeri saya (Perak). Huhu... sebenarnya bukan soal negeri mana, tapi kelakuan dan akhlak kita sebagai manusia yang beragama Islam. Saya hairan kenapa ada manusia yang tidak tahu untuk berasa malu, tidak pula segan untuk menunjuk-nunjuk sedangkan kita semua tahu, banyak mana sekalipun harta dan kepunyaan kita, semuanya adalah sementara sahaja, kerana semua ini adalah hak Allah swt. Bila-bila masa sahaja boleh diambil pergi. Kadang-kadang tu, ada juga isteri-isteri personaliti yang agak terkenal di negara ini, mereka pula suka tayang-tayang harta dan pendapatan yang ada! Allahuakbar.
Apa untungnya kita untuk menunujuk-nunjuk ni? Tak segan ke kita? Tak malu ke? Nak tayang pada siapa? Kadang-kadang ada juga yang suka tayang barang-barang yang mereka beli di Instagram. Nak orang tahu beg tangan mereka, kasut mereka dan pakaian mereka. Konon-konon mereka mampu dan suka pada barang yang berjenama tinggi! Allahuakbar. Saya yang melihatnya, saya pula yang berasa malu sendiri. Bukannya apa, saya risau tengok 'mentaliti' orang yang suka tayang-tayang ni! Macam kemaruk sangat agar orang lain tahu apa yang dia ada. Sebenarnya, kalau kita tak tunjuk pun, orang akan tahu juga kita mampu atau tidak. Tetapi yang pentingnya, sebagai insan bergelar Muslim, tak payahlah kita berusaha keras untuk menunjuk-nunjuk ni, sebab perbuatan 'riak' itu adalah berdosa. Allah tak suka. Bila kita sengaja menunjuk-nunjuk, kita akan sakitkan hati orang lain. Perbuatan itu adalah berdosa.
Saya salute Datuk Siti Nurhaliza kerana wanita muda ini bukan jenisa manusia yang suka tayangkan hartanya sekalipun dia mampu untuk buat begitu. Asal-usulnya mengajar supaya tidak 'menriakkan' diri. Syabas orang Pahang, semoga orang Pahang yang lain juga begitu, insya-Allah. Saya juga sangat kagum dengan Tengku Puan Muda Pahang, iaitu Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah, puteri kepada almarhum Sultan Iskandar. Yang mulia Tunku Azizah adalah isteri kepada Raja Muda Pahang. Baginda (Yang Mulia Tungku Azizah) sentiasa memaparkan budi bahasa yang sangat rendah diri. Beliau tak pernah pun menunjuk-nunjuk akan harta kekayaannya atau cuba untuk tayang apa-apa dari segi material, tetapi beliau memaparkan hobi kesukaannya termasukalah memasak, aktiviti sosial yang banyak membantu kaum wanita serta mereka yang memerlukan. Sikap rendah diri bagindalah yang menjadi sesuatu yang sangat menarik buat kita untuk terus 'follow' nya. Alhamdulillah. Sekali lagi saya ucapkan syabas buat Pahang kerana mempunyai seorang lagi karakter yang menarik seperti Yang Mulia Tunku Azizah Aminah.
Semoga kita semua cuba mencontohi mereka yang bersikap rendah diri, bukan mencontohi mereka yang suka menunjuk-nunjuk di dunia ini.
Wassalam.
Wanita-wanita hebat yang kita boleh tabik