

Novel-novel yang saya tulis semasa mula-mula melibatkan diri dalam dunia penulisan... Sesuci Cinta, Seharum Kasih dan Setulus Janji. Kini digabungkan buat pembaca-pembaca yang tak sempat memiliki novel-novel ini. Buat masa ini, akan dipasarkan secara eksklusif di kedai-kedai POPULAR sahaja, setebal 1240 muka surat dengan harga hanya RM35.90 sahaja. Memang berbaloi.
Saya petikkan beberapa ayat yang saya suka di dalam novel-novel ini.
SESUCI CINTA
'Sesiapa pun boleh berubah, tak kira datang dari kampung atau bandar. Yang penting ialah semangat untuk berubah.'
‘Andainya ada kebaikan untuk diriku, biarlah aku juga dapat mengasihinya seperti dia mengasihiku.’
‘Orkid hutan.Bunga ini macam kamu. Cantik rupanya, harum baunya, tapi susah nak jaga dan mahal pula harganya. Tetapi… inilah yang jadi rebutan.’
‘Kalau kau anggap jam ini berharga, kau lagi berharga daripadanya.’
'Seluas-luasnya dunia, kadang-kadang boleh jadi kecil. Hari ini, dunia jadi kecil buat kau dan aku dan kerana itulah aku bertemu dengan kau di sini.'
'Aku tak ada pilihan. Aku tunggu kau setiap hari hingga mimpi aku jadi kenyataan.'
'Aku dan kau, kita berkongsi apa sahaja. Kasih sayang, masalah, harta benda dan yang penting, ialah kehidupan.'
'Kau penting buatku. Kau umpama siang dan malamku. Umpama nafas dan nyawaku . Tanpamu, aku tak berdaya untuk terus hidup.'
SEHARUM KASIH
'Sangkanya dia wanita solehah, sangkanya dia tegap dan gagah. Rupa-rupanya dia hanyalah wanita lemah, yang masih tak tahu apa-apa.'
'Andai aku terpaksa melalui gelombang besar, biarlah akal yang akan terus membantu perasaan untuk mengawal jiwa.'
SETULUS JANJI
'Aku takut pisang berbuah dua kali.'
'Kalau pisang berbuah dua kali, eloklah tu. Maknanya banyak hasil!'
'Ada kala, hidup lagi seronok like lovers. Kalau macam husband and wife, nanti cepat bosan!'
'Mungkin kasih abang sebagai suami sudah tertamat kini, tapi kasih seorang abang masih tetap dirasai. Jagalah diri, sayang… you are still my baby.'
'Kalau salah aku mencintaimu, bermakna hatiku ini tak mampu untuk bertindak benar.'
'Biarpun seribu Aiman atau Rizuan, tak sama dengan seorang Ilham.'









































