Hari ini sepatutnya cuti, tetapi anak-anak saya bekerja kerana esok mereka ada event penting di Convention Hall KLCC dan kami semua akan ke sana untuk melihat aktiviti mereka itu, in syaa Allah. Saya juga akan ke sana untuk promosi projek baru kami, in syaa Allah.
Apa-apa pun, jom kita tingkatkan semangat kita pada hari ini, semoga segala rasa duka dan segala gundah akan pergi jua. Sebenarnya kita memang dijadikan Tuhan begitu, setiap musibah akan digantikan dengan sesuatu yang baik, tetapi kita manusia selalu tak tahu atau terlupa untuk menghargainya. Pun begitu, kalau kita tidak mahu memperbaiki hidup kita, segala kebaikan itu mungkin juga akan terus memudaratkan diri kita. Nauzubillah.
Allah berfirman
yang bermaksud, “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada
kemudahan." (Surah al-Insyirah 94:5-6). Tentunya ayat ini menunjukkan bahawa Allah sedia untuk melapangkan dada kita setelah memberi ujian, namun kalau manusia tidak menghargainya, tentulah hidup kita terus dengan kepayahan.
Buat kita orang Muslim, memang wajib kita mencari jalan untuk pastikan jalan kita lurus tidak bengkang-bengkok. Hati kita mudah membawa kita ke jalan sesat kalau iman kita tidak kuat. Pengaruh dan rasukan syaitan sentiasa ada dan kalau kita tidak tahu mana bisikan iblis dan mana yang benar, pasti kita membawa diri kepada maksiat lalu kita akan tersesat!
Allah sudah janjikan kepada kita yang kita manusia ini mempunyai ruang dan peluang untuk bertaubat, tetapi kalau kita memilih untuk tidak buat begitu, kita akan terus tersesat dan terus hidup dengan maksiat. Kalau kita akui yang diri sudah melakukan kesilapan dan mahu mencari jalan yang benar, in syaa Allah Tuhan akan tunjukkan jalan yang benar.
Ada orang berasa sakit kerana putus cinta, ada yang perit kerana kegagalan dalam bidang kerjaya, ada yang rumit mencari rezeki, ada juga yang hampa kerana sedang kesakitan, ada yang derita kerana kehilangan orang yang disayangi.... namun kalau kita percaya bahawa ini adalah 'qada' dan qadar' dan kita terima sebagai sebahagian daripada hidup, kita akan temui kedamaian, in syaa Allah. Pun begitu, pastikan diri tidak melakukan sesuatu yang akan terus membawa kemudaratan. Jangan buat silap untuk memilih apa yang benar dan apa yang salah. Kalau buat salah, kembalilah ke jalan yang benar dan pastikan diri tidak melakukan yang salah lagi!
Semoga hari ini dan hari-hari yang akan datang, kita akan sentiasa mengingatkan diri untuk mencari keredaan Ilahi. Jangan buat apa-apa yang Tuhan tidak suka.
Wassalam.
PS:
Gambar-gambar kami ketika di Bandung
Di Floating Market
Di Floating Market
Rumah Tradisi di Floating Market
Bersama Ahmad, sepupu saya
Jualan di Floating Market
Masih di Floating Market
Floating Market yang dibuat di Danau
Indahnya Floating Market
makan-makan di Floating Market
Makan Pisang keju di Floating Market
Floating Market
Floating Market
Sofi dan Ahmad di Nanny's Pavillon - sebuah restoran
Di Restoran Nanny's Pavillon - setting yang unik