Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Tuesday, July 17, 2018

Novel Baru

Assalam

Sejak musim buah durian ni, kami pun teramat sibuk di Lenggeng. Tak henti-henti kami atur group yang nak datang ke kebun kami. Alhamdulillah. Memang seronok walaupun tak dinafikan sangat penat, tapi oleh kerana suka dan teruja, kami juga jadi terlupa akan kepenatannya. Syukur kepada Allah SWT kerana mengizinkan kami untuk 'entertain' kawan-kawan dan kenalan.

Ramai juga yang bertanya, "Dah tak menulis ke?"

Hahaha... susah nak jawab kan?

Sebenarnya saya sudah pun siapkan sebuah manuskrip yang bagi saya sangat menarik, tapi mungkin saya akan keluarkan secara digital sahaja kot. Tapi kalau anda nak baca kenalah masuk ke e-sentral dan membelinya di sana. Tapi jangan cari lagi tau... saya belum lagi letak di sana. Coming soon.

Apa-apa pun, life goes on bagi saya. Malah, saya lebih segar, relax dan happy, alhamdulillah kerana saya berada dekat dengan apa yang saya suka lakukan dalam hidup ini. Jangan lupa, hidup kita hanya sementara sahaja, jadi janganlah sia-siakannnya dan yang paling penting, kita jangan sakitkan hati orang lain sebab satu hari nanti, mungkin Allah akan sakitkan hati kita pula. Nauzubillah minzalik.

Semoga kita lakukan yang terbaik, buat yang baik-baik kerana itulah yang Allah SWT mahukan daripada hamba-hamba-Nya.

Wassalam.


Monday, July 02, 2018

Ada Penyakit Murung?

Assalam

Dulu-dulu, tak mudah kita dengar cerita tentang insan-insan yang dihinggapi penyakit murung. Namun hari ini, penyakit murung ini mudah sangat menghinggapi insan-insan di sekeliling kita. Malah, setiap kali saya berada dalam kereta dan mendengar radio, itulah peringatan yang diberikan, agar mereka yang berdepan dengan kemurungan cepat-cepat mendapat pertolongan.

Saya kenal ramai juga yang punyai penyakit yang begini. Asalnya mungkin kerana sebab-sebab tertentu dan tidak semestinya sebab-sebab yang berat. Kadang-kadang mungkin kerana sesuatu perkara yang tidak dapat dikawal, kemudian datang pula masalah lain yang bertimpa-timpa. Hati tidak tenang dan otak turut jadi serabut. Mulalah jiwa bergelora dan kalau tidak pandai mengawal, kemurungan akan datang berdepan dengan kita.

Pun begitu, saya sangat pasti dan yakin, setiap penyakit yang datang itu ada ubatnya, insyaa-Allah, namun kita sebagai manusia wajib mencarinya. Kalau kita biarkan, pasti kita yang akan menderita mungkin buat selama-lamanya.

Bagi saya, kita sebagai insan, wajib memberi keutamaan pada diri kita sendiri. Kalau kita sakit, kita perlu berusaha untuk mengatasinya. Jangan harapkan orang lain untuk tolong kita walaupun orang lain itu merupakan orang yang rapat dan penting buat kita. Kita boleh bercerita dan meluahkan perasaan, tetapi usaha itu seharusnya datang daripada diri kita. Kalau kita biarkan begitu sahaja, tahu-tahu semuanya hilang kawalan. Bila kita teruk, mungkin orang yang rapat dan sayang kita akan berubah hatinya.

Sebaik-baiknya, kita pastikan kita dapat mengawal diri kita sendiri. Carilah alternatif untuk ubah fokus kita, ubah perasaan kita. Seberat mana sekalipun beban yang kita tanggung, pasti ia tidak akan berada dengan kita buat selama-lamanya. Percayalah. Tetapi kalu kita biarkan diri kita sengsara dengan beban yang datang itu, maka kita akan terjerat, tak mampu untuk lepaskan diri.

Carilah hobi yang baik. Bagi saya, berada dengan pokok, bercucuk tanam, merupakan antara perkara-perkara yang terbaik yang dapat kita lakukan. Salah satu ialah kerana diri kita akan mempunyai oksigen yang cukup. Pokok-pokok dapat memberi ketenangan kepada kita. Sekali pun resah dan gelisah, bercucuk tanam mampu untuk relakskan minda kita. Itu bukan bererti yang kita perlu bercucuk tanam secara besar-besaran, sekalipun sedikit sahaja, namun setiap kali kita melihat pokok yang kita tanam itu tumbuh dan ada perbezaan, pasti keseronokan akan menjelma. Anugerah Ilahi. Ini merupakan antara ubat terbaik.

Semestinya bila diri berada dekat dengan Tuhan, jiwa akan berasa tenang. Tunaikan solat, bukan sekadar wajib, tetapi solat-solat sunat. Begitu juga dengan al Quran, sekalipun membacanya sedikit-sedikit, ia tetap membantu dengan secara yang besar, insyaa-Allah.

Kalau anda murung, please get out of it! Anda mampu untuk melakukannya, insyaa-Allah.

Wassalam.

                                                            Pasti akan tenangkan jiwa