Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Thursday, April 05, 2012

Control Suami Dengan Remote Control



Salam

Adalah orang ni bercerita kat saya. "Kak Aina ingat perempuan banyak sangat ke yang baik-baik?"

"Manusia, kan? Mesti ada juga yang tak baik. Kenapa?" Saya tanya.

"Kak Aina pernah dengar tak kisah perempuan yang suka 'control' suami?"

"Queen control ke?"

"Masalahnya bukan 'control' biasa-biasa tau. Tapi 'control' dengan 'guna-guna'. Yang pakai hantu raya pun ada."

"Alamak... ni yang tak suka ni. Cuba cerita, cuba cerita..."

Alkisahnya, adalah ibu saudaranya yang mempunyai suami yang sangat bengis. Ibu saudaranya dah penat kena belasah. Setiap hari, itulah yang dikenanya. Kena tampar, kena tumbuk, kalau tak di depan di belakangnya. Last-last bila dah letih sangat-sangat, ibu saudaranya pun carilah usaha untuk lakukan sesuatu.

"Dia nak mintak cerai memang susahlah sebab suaminya itu bergaji besar dan dia pulak tak ada kerja. Anak pun dah ada empat orang."

Tambahnya lagi, si ibu saudara itu berjumpalah dengan pelbagai bomoh. Semuanya mengesyorkan agar dia buat sesuatu untuk lemahkan suaminya.

"Saya tak tahulah dia buat apa, tapi tiba-tiba saja suami dia berubah. Bukan takat tak pukul dia lagi, siap setiap bulan semua gajinya diserahkan pada isteri. Bila nak pakai, dia mintak sikit-sikit macam budak sekolah nak pergi sekolah. Kat rumah pun, dia yang tolong isteri dia kat dapur. Dulu tak ada pun macam tu. Kadang-kadang tu, siap kena marah lagi dengan isteri dia. Sekali tu saya terdengar, "Apa jadah awak buat macam tu? Mata letak kat mana? Tak ada mata dah ke?" Saya tak pernah tengok dia buat macam tu kat suami dia. Kalau dulu tu, suami angkat suara aje, dia dah terketar-ketar. Sekarang ni, dia pulak yang jadi tukang jerkah!"

Saya tersenyum seorang diri. Iyalah, manusia ni kan ada macam-macam. Bila dah tak tahu nak buat macam mana, banyak yang jadi macam tu. Pergi jumpa bomoh. Ada tu pulak, "Aku pergi jumpa ustaz." Yang peliknya, macam-macam pulak yang 'ustaz' boleh ajar. Aduhai...

Mungkin bila terdesak, ramai perempuan yang akan buat begitu. Mereka cari 'orang-orang' atau kuasa luar yang mampu membantu. Cara terbaik iyalah 'control' suami macam pegang 'remote control' tu. Boleh tekan sana-sini dan dari jauh pun mampu untuk kawal dia.

"Iyalah, kadang-kadang mungkin ada lelaki yang patut dibuat begitu kot. Baru padan muka dia." Kata orang itu. "Cuma saya kesian lah pulak, tengok suami dia dah jadi macam lembu. Main ikut aje cakap dia. Satu tempat perumahan dia tahu pasal hal tu, siap ada yang mintak rekomen lagi. Mak sedara saya selalu busy bawak macam-macam orang untuk dapatkan 'bantuan'"

Saya masih tersenyum. "Kenapa dia tak mintak tolong dengan Allah SWT?" Saya bertanya.

"Dia tak sabar kot."

Sungguh tu. Kalau kita tak bersabar dan lemah pula iman, tentu kita akan lakukan macam-macam yang mungkin akan merosakkan segala-galanya. Wallahua'lam.

Wassalam.