Assalam
Drama Selamat Malam Kekasih dah pun tamat malam tadi. Syukur alhamdulillah. Rata-rata penonton dan pembaca saya berpuas hati. Saya pun okey... masa episod akhir tu drama ni nampak macam lebih Islamik, mungkin saya nak sesuaikan dengan stesen TV yang menyiarkannya. Tak naklah oarng kata drama itu tak ada kena-mengena dengan stesen TV Al Hijrah.
Mungkin lepas ni, ada yang rindu pada Maya dan Misyal. Cucu saya Firas pun tahu nama Maya setiap kali dia tengok drama itu... kelakarnya, tak sampai 3 tahun pun. Saya happy sebab pelakon utamanya bukanlah pelakon yang namanya meletup2 tetapi bagi saya, kedua-dua Aidil dan Anis mampu untuk membawa dan menghayati watak Misyal dan Maya hinggakan saya terlupa bagaimana rupa Misyal dan Maya dalam novel SMK. Mereka dah ambil alih bayangan saya. Rata-rata juga, drama ini banyak scene2 yang kelakar, sangat sesuai untuk penonton yang muda2. Yang tua pun okey ajelah. Tak banyak scene sedih atau touching... iyalah, takkan nak buat semua drama air mata kot.. hehe.
Apa-apa pun, bagi mereka yang miss banyak episod drama SMK ini, TV Al Hijrah sedang ulangtayangnya. Hari ini ialah episod ke 5, jom tengok lagi jam 2.30 petang nanti. Siaran ulangan ini, rasa saya akan diulang setiap hari... (tak tahulah hari Jumaat ada ke tidaknya) sampai habis sekali lagi.
Okey, esok insyaa-Allah kita jumpa lagi. Saya sedang kesibukan untuk siapkan satu proposal ni. Doa-doakanlah ya.
Wassalam.
Aidil dan Anis - Misyal dan Maya

