Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Thursday, January 08, 2015

Melayan Si Dia

Assalam

Hari ini saya agak sibuk sejak awal pagi lagi. Saya keluar rumah hampir sepanjang hari kerana mahu melayan cik abang saya untuk memilih 'barang' yang dia mahu beli. Saya menemaninya bersama anak bongsu kami untuk melihat-lihat pilihan-pilihan yang ada. Bagi saya, memang elok saya ikut menemaninya kerana cik abang saya ni memang suka benar dengar cakap orang. Dia mudah keliru. Sejak dulu lagi itulah kelemahannya, mudah percaya kata-kata orang apatah lagi yang cuba mengampunya! Mujurlah kami ikut sekali tadi, kalau tidak, pasti dia akan memilih yang salah! Pasti juga dia akan menyesal kalau buat keputusan yang silap. Adoii... Apa-apa pun, Alhamdulillah... selamat.

Okeylah... ada yang bertanya dengan saya, "Kak Aina sekarang sibuk ke menulis?" Haha. Pernahkah saya tak sibuk menulis? Menulis adalah sebahagian daripada hidup saya, kalau tak tulis, pasti saya rasa janggal kot. In syaa Allah, selagi Allah izinkan, saya akan terus menulis. Cuma kadang-kadang tu, saya banyak juga buat kerja-kerja penyelidikan. Saya juga banyak membaca selain daripada banyak berjalan. Sejak kebelakangan ini, saya memang banyak sungguh berjalan (merantau) terutama ke luar negara. Jadi... bila saya tidak berada setempat, saya kuranglah menulis. Tetapi itu tidak bermakna yang saya tidak buat apa-apa!

Untuk pengetahuan anda yang tertanya-tanya, saya sedang menulis sebuah manuskrip untuk novel, tetapi masih dalam peringkat awal. saya juga sibuk menulis skrip untuk beberapa program yang saya akan terlibat sama. Seraya itu, saya juga sedang kumpulkan beberapa cerita yang pernah saya tulis di blog, untuk saya kembangkan dan kemudian akan saya terbitkan mula-mula dalam bentuk digital, dan in syaa Allah kemudian dalam bentuk buku fizikal.

Saya juga sibuk melayan hobi cik abang, yang kebetulan merupakan hobi saya juga. Alhamdulillah, Allah berikan nikmat untuk kami lakukan aktiviti-aktiviti ini. Tentunya kami tidak pernah lupa untuk membantu orang lain yang memerlukan. Begitulah kita manusia, semoga tidak lupa daratan dan tidak hanya pentingkan diri sahaja. Sama-samalah kita merelakan sumbangan dan bantuan kepada mereka yang sedang terperangkap dalam keadaan yang perit lagi rumit.

Wassalam.


                                                    Saya suka taman yang macam ni