Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, April 24, 2013

Teringin Nak 'Happy'?


Assalamualaikum...

Saya percaya, ramai di antara kita ingin untuk rasa bahagia. Atau dengan mudah kita kata 'happy' lah. Siapa yang tak nak happy, kan? Selagi ada nyawa, selagi masih bernafas, kita inginkan kebahagiaan itu.

Okeylah, saya nak kongsi fakta yang saya kumpul dan percaya boleh bantu kita untuk jadi 'happy'. Tapi kita semua mesti tahu bahawa mencari kebahagiaan yang 'ultimate' ialah bila kita dekat dengan Tuhan, in syaa Allah. Apa pun, ada beberapa cara yang boleh bantu kita untuk mencapai 'kebahagiaan' yang kita inginkan. Antaranya ialah:

Buat kebaikan untuk orang lain.

Bukan susah nak buat baik pun. Macam-macam cara boleh, janji baik. Kita boleh tolong orang dalam kesusahan. Kita boleh bantu orang tua. Kita boleh bagi derma atau sedekah, walaupun sepuluh sen. Kita boleh tolong kemaskan rumah orang yang tak mampu buat macam tu. Boleh tolong orang membaca buat mereka yang tak boleh baca. Ajar orang matematiks bagi yang tak pandai sangat. Buatlah apa-apa sahaja, janji ada yang rasa senang dan happy. Orang yang menolong, akan terasa lagi 'happy'. In syaa Allah.


Sentiasa bersyukur.

Kita kena selalu bersyukur di atas semua anugerah dan nikmat Tuhan pada kita, walaupun kecil dan sedikit. Dengan bersyukur, in sya Allah kita akan berasa lega. Janganlah suka merungut. Bila kita terlalu merungut, maknanya kita tak bersyukur. Bila kita bersyukur, kita tak rasa terlalu berat sekalipun kita sedang berdepan dengan masalah.


Jangan memboros

Kita kena rajin bersedekah dan memberi pada orang lain, tetapi bukan dengan cara memboros. Memboros bermakna suka berbelanja pada benda-benda material yang keterlaluan. Misalnya membeli pakaian mahal-mahal, kasut dan tas tangan mahal-mahal, membeli perabot yang mahal-mahal. Orang yang memboros akan cepat rasa 'down'. Bila tak kena sahaja, mereka akan rasa hampa! Bersederhana itu membawa kebahgiaan buat kita. Sempoi aje!


Jadi ibu bapa

Orang yang berkahwin dan mempunyai anak-anak akan rasa 'happy' walaupun banyak masalah kerana hendak membela anak-anak bukan perkara mudah. Tetapi tanggungjawab yang dipikul itu membawa kita ke arah 'happiness'. Kanak-kanak selalu buat kita rasa seronok dan aman walaupun mungkin mereka nakal. In syaa Allah.


Mengenang Kisah silam yang seronok

Bila kita rasa 'down', kita kena selalu ingat pada kisah-kisah lama yang buat kita seronok dan suka. Pengalaman lama yang menyeronokkan ini mampu buat kita rasa 'happy' semula. Tengok gambar lama juga boleh buat kita seronok.


Mengarah kepada yang positif secara perlahan

Jangan gopoh untuk capai cita-cita. Dengan cara yang perlahan tetapi berhati-hati, kita akan rasa lebih seronok untuk mencapai cita-cita kita. Malah, kalau nak buat baik pun, jangan gopoh hingga kita jadi bosan. Dengan cara yang perlahan-lahan, kita akan berasa tenang. In syaa Allah.


Prihatin pada alam sekitar

Sayangi pokok dan tanaman. Hargai alam pemberian Tuhan. Sayangi haiwan dan tumbuhan. Semua ini dapat memberi ketenangan dan mengarah kepada rasa happy. Bunyi air juga dapat membantu. Rajin-rajinlah ke tasik, ke sungai, ke laut dan ke air terjun. Walaupun mungkin tinggal di apartmen, pastikan ada pokok hijau di rumah kita. Semua ini membantu kita untuk menghargai alam sekitar dan mendapat ketenangan jiwa.


Jaga kesihatan

Sayangi tubuh kita. Makan makanan yang baik dan sihat. Lakukan senaman. Cari udara nyaman. Segarkan jiwa kita di dalam. In syaa Allah, semua ini membantu kita untuk jadi lebih 'happy'.


Wassalam.