Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, April 02, 2012

Layakkah Dia Untuk Berada Di Hatiku?

                         Sekadar Hiasan

Salam

Pagi ini, saya ingin bercerita tentang subjek memilih calon untuk dijadikan suami atau isteri. Kalau boleh, semua orang mahu cari isteri dan suami yang baik-baik belaka. Namun kadang-kadang, bukan mudah hendak buat begitu, kerana kita semua adalah manusia yang mempunyai pelbagai kekurangan. Paling rumit ialah bila hati sudah berkenan dengan seseorang, maka segala kekurangan yang ada padanya kita akan abaikan dan buat-buat seolah-olah kekurangan itu tak ada dengannya.

Cinta akan jadi buta kalau kita yang butakan hati dan mata kita.

Kadang-kadang juga, kita beranggapan yang kekurangan itu sekadar kecil sahaja, jadi tak mengapalah. Mungkin kerana itu juga, kita kerap melakukan kesilapan dalam memilih calon isteri atau suami. Kita rasa tak apa, rupa-rupanya itulah yang akan memudaratkan pertalian kita bila berkahwin dengannya.

Tentunya kita sebagai insan di dunia ini tidak mahu mengamalkan sikap-sikap 'bias' atau prejudis, tetapi kadang-kadang ada eloknya juga kita begitu. Biar kita terlebih berjaga-jaga daripada terima apa sahaja. Bila kita terlalu 'longgar' dengan syarat-syarat kita (mungkin kita tak nak menyusahkan diri), akhirnya juga kita akan terperangkap dengan sesuatu yang akan menjadi berat untuk dikendalikan.

Sebagai contoh, bila kita bertemu dengan seseorang yang kita rasa sesuai untuk dijadikan calon pasangan kita, pastikan kita tahu juga tentang keluarganya dan teman-temannya. Kalau kita sedar ada sesuatu yang tak kena dalam keluarganya atau latar 'sosial' dia dan teman-teman, lebih baik kita tarik diri daripada mengambil risiko untuk teruskan percantuman 'dua hati', kerana dalam keadaan yang 'kelabu' ini, mungkin kita akan terperangkap dengan sesuatu yang tidak menyenangkan nanti.

Misalnya, kita tahu yang ibu bapanya tidak 'sebulu' dengan datuk dan neneknya. Ini merupakan sesuatu yang berat kerana ia menunjukkan bahawa keluarga ini bukan satu keluarga yang harmonis. Kalau anak-anak 'tidak baik' dengan ibu bapa mereka sendiri, tak mungkin mereka akan berbaik dengan anak-menantu mereka.

Kalau kita tahu 'calon' kita itu terlalu rapat dengan teman-teman, kita juga harus berjaga-jaga, kerana manusia yang begini akan lakukan apa sahaja kerana kawan. Dalam banyak keadaan, mereka sanggup abaikan suami atau isteri, kerana taksub dengan kawan-kawan.

Ini sekadar contoh sahaja. Banyak lagi isu-isu lain yang patut kita fikirkan bila kita mahu jadikan 'dia' sebagai teman hidup kita. Bila kita mahu berkahwin, pastikan 'dia' betul-betul layak untuk menjadi teman hidup kita, bukan sekadar satu 'bayangan' yang kita idamkan sahaja.

Wassalam.