Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Sunday, March 18, 2012

Perangainya Buruk Giler. Boleh Berubah Ke?

                    Sekadar hiasan

Salam

Tak tahulah kenapa, tiba-tiba terfikir pula saya tentang perangai buruk orang, tak kiralah lelaki atau perempuan. Kalau dia memang jenis berperangai buruk tahap gaban, senang ke nak berubah jadi baik? Huhu... saya cuba bayangkan.

Memang saya pernah cerita tentang perangai orang yang tak elok ni, satu hari mampu untuk berubah. Tapi biasanya, tak cepat mana perubahan itu berlaku. Biasanya kalau perangai orang tu buruk sejak budak-budak lagi, bila dewasa perangainya masih 'maintain' macam tu. Kalau nak berubah pun bila umurnya dah meningkat, mungkin selepas 40-an atau 50-an. Itu pun kalau nak berubah. Ada juga mula insaf bila dah lanjut usia, mungkin lebih 70 tahun atau 80 tahun. Ada tu, memang tak pernah insaf sampai bila-bila, hanya Tuhan yang tahu. Tapi... memang jarang benar kita dengar orang yang buruk perangai semalam, esok terus berubah jadi baik. Nak berubah ni biasanya makan masa jugak. Biasanya juga, ada sesuatu yang buat dia insaf dan mahu berubah.

Bayangkanlah, kalau seorang lelaki ni, masa mudanya kaki perempuan, atau mungkin baran dan suka memukul termasuk perempuan, atau mungkin kaki judi dan kaki minum, takkan tiba-tiba bila kahwin aje terus jadi baik? Cuba anda fikirkan, pernahkah anda berjumpa dengan lelaki yang perangainya macam malaun, tiba-tiba berubah jadi 'hero' serta-merta? Logik ke?

Mungkin ada kot yang terjadi macam tu, tapi mesti ada sebab yang kuat sangat-sangat. Bagi saya yang hidup dah agak lamalah jugak, memang saya tak berapa nak percaya yang orang berperangai buruk ni boleh berubah serta-merta. Memang payah giler! Makan masa yang lama dan biasanya bila umurnya dah meningkat, barulah kita melihat perubahan padanya. Itu pun kalau memang dia nak berubah.

Kalau anda memilih untuk mengambil calon pasangan anda daripada mereka yang mempunyai perangai buruk ni (kaki perempuan, kaki minum, kaki judi, kaki dadah, kaki pukul), saya nasihatkan anda supaya jangan bermimpi untuk dapat seorang 'hero' dalam hidup anda. Memang tak akan jadi. Kalau anda ambil juga 'si dia' yang begitu untuk jadi suami, maka anda perlulah jadi orang 'kuat' yang sanggup bertahan untuk tempoh yang lama. Tidak mudah untuk orang berubah begitu sahaja. Kalau awal-awal lagi kita dah tahu yang dia mempunyai 'perangai' buruk tu, eloklah kita elakkan daripada jadikan dia suami kita walaupun kita pernah dengar tentang hal orang yang boleh berubah ni. Sebenarnya memang tidak mudah untuk orang berubah begitu sahaja, sekalipun yang perempuan itu mempunyai perangai yang baik.

Perubahan hanya mampu berlaku bila dirinya mahu berubah. Bukan kerana orang lain. Kadang-kadang, mereka akan berkata bahawa mereka akan berubah, tetapi itu hanyalah kata mulutnya sahaja. Hatinya tidak bersedia. Jadi, janganlah kita terperangkap dengan kata-katanya, kerana akibatnya ialah 'MERANA'.

Begitu juga dengan lelaki. Kalau anda mengenali seorang wanita yang perangainya memang 'teruk' dari dulu lagi, tak usahlah anda harap perangainya mampu berubah sekelip mata. Kalau si perempuan tu kaki minum, pernah aktif dengan hal-hal dadah, tidur sana-sini tak kira dengan siapa, jangan haraplah dia akan berubah jadi seorang ustazah dalam sekelip mata. Memang tak mudah.

Apa yang ingin saya katakan di sini ialah kita jangan terlalu mudah percaya bahawa manusia yang berkelakuan yang menjengkelkan ini mampu berubah bila pilih untuk berkahwin dengan kita. Ia hanyalah satu ilusi yang mungkin tak akan terjadi dalam hidup kita. Janganlah kita biarkan hidup kita dibayangi dengan sesuatu yang tak akan terjadi dan terus tunggu mengharapkan agar sesuatu 'itu' akan mampu berubah. Elakkan diri anda daripada jatuh cinta dengan mereka yang tak mampu untuk jadi 'hero' atau 'heroin' anda.

Wallahua'lam dan Wassalam.