Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, January 03, 2018

Aku Menulis Lagi

Assalam dan saya ucapkan selamat menyambut tahun baru buat insan-insan yang saya sayang.

Alhamdulillah, kita masih bernafas lagi dan sama-samalah kita berdoa agar Allah SWT berikan kesihatan yang baik buat kita semua. Tak guna kalau kita kaya-raya, berduit setinggi gunung, kalau kita tak berdaya untuk bergerak lagi kerana ditimpa sakit. Nauzubillah minzalik.

Saya tak punyai azam baru untuk tahun baru. Bagi saya, selagi ada umur dan ada nafas, saya sentiasa berdoa agar Tuhan berikan saya kesempatan untuk lakukan apa sahaja yang saya impikan, asalkan segala impian saya itu mengarah kepada kebaikan. Allah SWT mahukan kita berlaku baik dan jauhkan kejahatan. Segala apa sahaja yang baik itu, kita cuba lakukanlah. Yang tak elok itu, kita jauhkanlah. Manusia yang tak kenal apa itu baik dan apa itu tidak, memanglah merupakan manusia malang. Semoga kita bukan merupakan antara mereka yang malang.

Sekarang ini, masa saya memang banyak di kebun dan di taman saya, semuanya di Lenggeng, Negri Sembilan. Dalam pada itu juga, sejak kebelakangan ini banyak juga masa saya yang saya khaskan untuk menulis! Itulah target saya... untuk hasilkan novel baru dalam masa yang terdekat. Alhamdulillah, tiba-tiba saya bersemangat tinggi untuk menulis lagi. Mungkin alam sekeliling mampu menberikan semangat itu buat saya. Tuhan makbulkan doa saya agar saya tak kekeringan idea untuk menulis. Kali ini, saya akan membawa anda ke tempat nun juah di kawasan Barat sana. Sebuah tempat yang sangat romantis. Pasti anda akan suka, insyaa-Allah.

Okeylah, biarlah saya terus menulis agar apa yang saya impikan itu berjaya dimakbulkan. Aamiin.