Assalam
Kata kawan saya, sejak kebelakangan ini, terlalu ramai lelaki Melayu yang kaki penipu! Huhu... gerun pulak mendengarnya. Tapi... betul ke ni?
Kalau dulu-dulu, saya pun tak berapa nak percaya yang ramai lelaki Melayu suka menipu, tetapi sekarang ini memang macam trend pulak. Ada tu, lelaki yang kita sangat respect dan percaya, tup-tup dengar cerita yang dia ni rupa-rupanya suka menipu. Kalau tak selalu menipu pun, masih ada jugalah. Kalau tak tipu besar, tipu kecil. Kalau orang kita kata 'tipu sunat'. Tapi sebenarnya bila tipu memang tak sunat pun sebab menipu itu adalah 'haram', berdosa!
Kenapa agaknya ada yang suka tipu ni?
Mungkinkah kerana mereka sesak atau saja nak ambil kesempatan? Atau saja seronok nak menipu?
Biasanya bila lelaki menipu, kadang-kadang ada kena-mengena dengan perempuan selain daripada menipu tentang duit. Bila lelaki nak tipu perempuan, akan ada ciptaan dan alasan pelbagai yang digunakan. Selain daripada suka makan rasuah, memang ada lelaki yang suka keletong perempuan, konon-konon masih bujang, tetapi sebenarnya dah ada isteri. Kalau tak menipu isteri, mereka menipu perempuan lain. Kadang-kadang, dua-dua kena tipu termasuk isteri sendiri.
Kalau perempuan tak tahu tetapi menganggap yang lelaki itu betul-betul bujang, memang dia akan jadi mangsa kalau terus-terusan percaya. Tetapi kalau perempuan itu sudah tahu yang lelaki itu adalah suami orang tetapi masih mahu teruskan pertalian, dah sah dah perempuan itu ada agendanya. Kalau tidak kerana duit atau kemaruk lelaki, dia mungkin bahlul! Tak ada sakit cari penyakit!
Tapi kalau perempuan itu sedar yang dia sedang kena tipu dek lelaki yang mengaku bujang, lebih baik blah sebelum tercebak dengan suami orang! Betul tak?
Kalau kita tahu lelaki itu sedang menipu isterinya untuk berkahwin dengan kita, bolehkah kita percaya pada lelaki ini yang dia akan melindungi kita? Atau sebaik sahaja isteri dia tahu, dia akan angkat kaki? Hah... masa tu kita nak salahkan siapa? Kita patut salahkan diri sendiri kerana kita yang bodohnya!
Dalam pada itu, kita jangan lupa bahawa ramai perempuan di luar sana yang sama juga jahatnya macam lelaki yang kaki penipu itu!
Wallahuaklam.
Semoga Allah SWT melindungi kita dunia dan akhirat. Aamiin.