Salam semua
Ya sungguh, kerana pembaca-pembaca yang saya sayang, saya berada di PWTC, kalau tidak kerana pembaca... aduhai... saya rehat2 aje lah. Sebenarnya, alahan yang saya kena ni, masih belum elok lagi. Muka dan leher, masih gatal-gatal. Tak boleh kena panas langsung. Tapi, Alhamdulillah... saya tetap berasa seronok kerana ramai pembaca yang datang untuk pastikan dapat jumpa saya dan Cik Mimie kita. Terima kasih ya, terutama mereka yang datang dari jauh... Kuala Trengganu, Johor, Kedah, Sarawak... thank you all.
Hari ini, harap-harap pengunjung terus datang ke PWTC walaupun ramai yang takut disekat polis kerana 'BERSIH' tu... tapi tak apalah kot, masih boleh mencelah untuk datang. Lagi elok kalau naik tren aje.
Okeylah, saya nak bersiap untuk pergi. Mereka yang ambil gambar tu... sorry sayang, muka Kak Aina sembab... huhu.
Salam sayang.
Wassalam.