Semalam,pihak KarnaDya buat makan-makan untuk semua stafnya dan mereka yang membantu semasa Pesta Buku. Macam biasalah, ke mana sahaja kami pergi, memang gamat dan bising. Kalau siapa yang dah biasa, memang dah tahu sangat-sangat KD macam mana. Yang tak biasa sahaja mungkin akan terkejut. Tapi bagi saya, biarlah nak havoc ke nak apa ke... janji buat kerja. Malam tadi, berkali-kali juga saya ketawa dengan lawak-lawak bodoh budak-budak KD ni. Ada-ada saja.
Tetapi pagi ini, saya nak cerita benda lain pulak. Kisahnya ialah kisah orang-orang yang sudah mencecah pertengahan umur. Tua ke? Bagi saya... terpulanglah. Kalau kita nak buat diri kita rasa tua, maka jadilah kita tua. Tapi kalau kita rasa tak kisah tentang nombor-nombor yang ada pada kita, 'Life goes on'. Pasal nak mati ni, sebenarnya kita kena selalu beringat, tak kira kita muda atau tua sebab sesiapa sahaja boleh mati bila-bila masa sahaja. Asal kita tak pernah lupa yang satu hari nanti kita semua akan pergi jua, buatlah apa-apa yang kita hendak buat di dunia ini. Buatlah apa sahaja yang mungkin mencabar untuk kita atau apa yang kita ingin lakukan.
Semalam, sedang saya sibuk di depan komputer, tiba-tiba saya terdengar bunyi enjin mengaum 'semacam'. Saya jadi teruja dan mengintailah ke sebelah rumah saya. Rupa-rupanya jiran saya baru sahaja beli motosikal besar. Apa lagi,petang itu saya pun bersembang-sembang dengan dia. Katanya (jiran saya ni muda lagi)dia memang suka bawak motor besar tetapi bukanlah untuk berracing, hanya sekadar seronok-seronok meronda dengan geng. Motornya itu berenjin 750 cc... dan bunyinya... aduhai, memang best giler!

Saya teringat kepada kawan lama saya. Dia tu anak raja. Ayahnya pernah jadi Sultan di negeri Perak dan umurnya sebaya saya. Baru-baru ni saya tengok dia di dalam sebuah majalah... dia dan hobi barunya.Sesuatu yang ada ummph! Bawak kereta lumba di litar. Memang best! Saya pun suka kalau boleh saya lakukannya. Sekarang ni... takat acah-acah dengan mamat2 kat jalan raya adalah... hehe. Siapa yang dah baca 'Semalam Ku Bermimpi' mungkin faham apa maksud saya. Dalam kisah 'MinahKu Sayang'... ada kisah yang macam tu.

Saya memang sedang rancang untuk lakukan sesuatu yang teruja. Yang ada ummph! Something yang mencabar. Kalau boleh, saya nak cuba macam-macam. Insya-Allah, saya akan buat apa sahaja yang saya mampu lakukan. Kalau dapat, mungkin lagi mudah saya menulis sesuatu itu. Kadang-kadang saya sekadar berangan sahaja.
Okeylah, sebenarnya bagi saya, tak kisahlah berapa usia kita, kalau kita hendak matikan hidup kita, maka matilah ia. Tetapi kalau kita menghargai anugerah yang Tuhan pinjamkan ini, mungkin kita dapat menghayati setiap masa dan detik yang Tuhan beri.
Di bawah ini, gambar gadis-gadis 'Orang Kuat KD'... antara yang buat havoc!


























