Assalam
Jom saya sambung cerita pengembaraan kami di Morocco.
Ketika di Rabat, walaupun baru sampai dan mungkin juga keletihan sebab penerbangan dari Malaysia yang melebihi 17 jam (transit sekejap di Abu Dhabi), namun saya dan suami, kami sempat meronda-ronda di kota Rabat sementara yang lain sedang berehat. Mungkin kami teruja untuk berkenalan dengan kota Rabat.
Esoknya pula, kami telah dibawa untuk melihat perkampungan lama yang terletak di Rabat. Perkampungan ini dilindungi oleh UNESCO dan sangat menarik kerana kebanyakan rumah mempunyai pintu menarik yang berwarna biru. Sangat unik! Kedudukannya pula ialah di tepi laut. Sangat cantik dan nyaman. Kami telah dijelaskan oleh seorang pemandu pelancong tentang tempat itu. Kemudiannya kami berangkat untuk menuju ke kota Fes, juga merupakan sebuah kota lama dan menarik.
Sepanjang perjalanan menuju ke Fes, kami bertemu dengan perkampungan orang Berber dan pemandangannya juga sangat indah, dipenuhi dengan ladang-ladang tanaman pelbagai produk pertanian juga haiwan-haiwan ternakan seperti kambing, lembu, kuda dan unta. Memang banyak sekali keldai yang digunakan di kawasan pertanian di Morocco.
Saya akan sambung lagi, insyaa-Allah.
Di depan pintu besar perkampungan lama di Rabat
Perkampungan pintu biru
Pintu biru yang stylo
Lagi satu pintu biru
Bunga yang menarik perhatian saya
Lagi pintu biru
Lorong kecil di celah-celah rumah
Pasu seramik yang juga menarik perhatian kami
Lagi pintu cantik
Cantik kan latar biru ni?
Lagi pintu cantik
Bersama big bro saya, the Captain
Pintu biru, rasa macam nak bawak balik satu
Tengoklah pantai yang indah di perkampungan pintu biru
Bersama cik abang saya
jenis pokok kaktus
Foto gadis Berber di kawasan Sahara
Dengan teman rombongan di depan pintu coklat
Pokok kaktus yang unik
Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Wednesday, April 01, 2015
Morocco Oh Morocco
Assalam
Morocco oh Morocco... memang kami tak sangka langsung dengan apa yang akan dihidangkan oleh Morocco ketika kami ke sana. Pada asalnya saya dan suami merancang untuk ke Afrika Selatan dan sepatutnya kami ke sana pada bulan Oktober tahun lepas tetapi kebetulan ketika merancang pada masa itu, ibu saya sedang sakit dan kebetulan juga benua Afrika sedang sibuk dengan wabak penyakit Ebola, jadi kami batalkan perancangan itu. Ketika adik saya mengajak kami untuk ke Morocco, saya kurang pasti sama ada itu merupakan rancangan yang tepat. Namun kami bersetuju untuk pergi kerana Morocco juga terletak di benua Afrika, cumanya berbeza kerana Morocco berada di utara benua itu.
Pun begitu, saya tak sempat untuk buat research sebelum pergi ke sana kerana sejak kebelakangan, saya sangat kesibukan. Biasanya, sebelum ke mana-mana, saya sudah bersedia kerana sudah buat kajian tentang tempat yang akan saya kunjungi. Untuk ke Morocco, saya sempat baca begitu-begitu sahaja dan banyak bergantung pada perancangan yang diaturkan oleh adik saya.
Sampai sahaja di sana, kami mendapat kejutan kerana kami semua kurang bersedia dengan suhu yang menjemput kami. Sebelum pergi, adik saya kata cuaca dah mula tidak dingin dan saya juga dah pun mengintai pada berita cuaca yang ada di Internet. Dijangkakan cuaca di siang hari sekitar 22 atau 23 degree Celcius. Saya hanya bawa dua helai baju sejuk untuk di malam hari. Tetapi apa yang menunggu kami adalah cuaca yang amat dingin, ada ketika serendah 2 degree Celcius sahaja! Allahuakbar.
Saya tak menjangkakan yang Morocco boleh jadi sejuk begitu di bulan March, namun itulah yang ada berdepan dengan kami ketika tiba di Casablanca.
Bercerita tentang Casablanca, ia merupakan kota yang lama dan penuh dengan nostalgia. Suatu ketika dahulu, Casablanca merupakan port orang putih dan sangat terkenal dan ada beberapa filem Hollywood yang menggunakan Casablanca sebagai latarnya. Kami bertanya dengan Hadi, pemandu dan guide kereta kami (four wheel), apa maksud 'Casablanca'? Katanya Casa itu ialah rumah dan blanca itu putih. Memang rumah-rumah di Casablanca berwarna putih hampir semuanya, kecuali bumbung yang banyak berwarna teracota, seperti di negara Sepanyol.
Ketika tiba di lapangan terbang, kami dimaklumkan bahawa suhu ketika awal pagi itu ialah sekitar 9 darjah Celcius. Kami semua terkejut. Empat buah kenderaan four wheel (Toyota Prado) menanti rombongan kami seramai 16 orang dan pemandu kami ialah Hadi. Ke empat-empat pemadu dan guide kami berketurunan Berber. Sebelum ke Morocco, saya sudah tahu sedikit tentang orang-orang Berber, namun saya tak sangka bahawa kebanyakan penduduk di Morocco adalah mereka yang berketurunan Berber dan bukan Arab. Penduduk berketurunan Arab kebanyakannya tinggal di kawasan bawah, dan di kawasan bukit dan gunung ganang adalah mereka yang berketurunan Berber dari lima jenis puak. Salah satu puak ialah 'Tuareg' yang merupakan puak Berber yang hidup secara nomad di sekitar kawasan Gurun Sahara. Antara personaliti terkenal ialah Ibn Battuta dan juga Tariq Ibn Yazid, general terkenal yang menakluki negara Hispania (Sepanyol di zaman Andalusia) suatu ketika dahulu. Kini, personaliti yang kita kagumi yang berketurunan Berber ialah Zinaldine Zidane, pemain bola sepak yang berketurunan Algeria Peranchis. Malah, kebanyakan mereka berketurunan Berber tinggal di Morocco, Algeria, juga Tunisia, Mali dan Mauritiana di Afrika.
Saya sangat kagum dengan golongan Berber. Mereka sangat rajin dan mempunyai budaya yang sangat indah termasuk hasil kerja tangan yang kreatif. Rata-rata, mereka juga mempunyai budi bahasa yang baik.
Sebaik tiba di Casablanca, kami telah dibawa untuk melihat kota yang cantik itu termasuklah Masjid Hassan yang sangat besar, cantik dan popular dan kemudiannya kami dibawa ke Rabat, capital Morocco dan bermalam di kota itu.
Untuk makluman, rombongan kami terdiri daripada rakan-rakan sekolah adik saya (termasuk dua orang bank manager, satu RHB dan satu lagi Maybank -seorang di KL dan seorang di Perak utara) serta teman-teman lain yang datang dari Shah Alam, juga abang saya dan kakak ipar saya (yang merupakan dua pupu saya). Biasanya saya dan suami, kami tak rajin ikut rombongan, tetapi kerana teringin untuk ke Morocco, kami ikutlah rombongan adik saya ini. Saya akan sambung ceritanya di entri akan datang.
Wassalam.
Angkut beg ketika tiba di airport untuk melawat tempat-tempat menarik
Rombongan kami bersama guide-guide kami
Masjid Al Hassan di Casablanca
Casablanca yang terletak di tepi laut
Berhenti di R n R dalam perjalanan ke Rabat
Makan tengah hari di Rabat (salad kami)
Tid bits yang disediakan dalam kamar tidur kami
Kamar yang disediakan di hotel kami di Rabat
Kota Rabat
Kota Rabat
Kawasan fortress di kota Rabat
Monorail di Kota Rabat

Subscribe to:
Posts (Atom)