Adoii lama sungguh saya biarkan blog ini bersarang... macam dah kena makan anai-anai...
Apapun, saya baru lagi pulang dari China. Hampir seminggu di sana, di bahagian wilayah Hunan. Kami ke Changsha dan Zhangjiajie. Mungkin anda jarang dengar nama tempat-tempat ini, malah saya sendiri pun tak berapa pasti sebelum ke sana. Namun alhamdulillah, wilayah itu sungguh menarik. Sangat kena dengan jiwa 'gila nature' saya. Kawasan gunung-ganang di Zhanjiajie telah menyajikan sesuatu yang tak terfikir dek akal. Bukan sekadar naik lif tinggi setinggi gunung, kami juga melangkah melalui jambatan kaca setinggi gunung dan nampak ke bawah. Kami juga menaiki 'cliff hanging walkway' yang juga adagelas kaca untuk melihat ke bawah. Tapi paling menakjubkan ialah kami terpaksa menaiki kereta kabel yang seolah-olah membawa kami menghala ke langit! MasyaaAllah kurnian Ilahi buat hamba-hambanya. Semuanya hebat dan gempaq! Memang menggerunkan tetapi alhamdulillah, kalau dulu saya memang jenis gayat, namun sekarang ini tak pula saya gayat. Saya mampu melakukan semua aktiviti di kawasan gunung termasuk gunung Avatar (seperti filem Avatar) tanpa rasa takut atau gayat. Alhamdulillah. Malah, saya dan suami, kami berjaya melangkah kaki naik tangga-tangga yang tinggi dan memang sangat banyak berjalan. Siapa ke sana, mestilah bersedia mental dan fizikal. Mesti 'fit!
Alhamdulillah juga, kami dapat makan makanan Islam dengan mudah.
Memang saya ada gambar, tapi tak apalah kot...
Okeylah, semoga anda bergembira di musim hujan dan musim cuti-cuti ni.
Wassalam.
Zhangjiajie - Gunung Avatar, kereta kabel dan jambatan kaca