Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Friday, March 02, 2012
Jom Kita Pergi Skydiving
Salam pagi Jumaat
Dah pun hari Jumaat, semoga kita masih bertenaga dan bersemangat untuk bekerja walaupun dah dekat hujung minggu. Ada orang, hujung minggu pun buat kerja juga, kan?
Teringatlah dulu-dulu, semasa saya mula-mula kerja di UKM. Masa tu masih belum ada komputer... bayangkanlah, ada ketika kami kena kerja sampai malam dan terus sampai esok paginya, sebab nak siapkan bajet! Huhu... letih bukan main, tapi seronok sebab kami buat kerja ramai-ramai. Bila dah ada komputer, dah tak rumit sangat. Tak payahlah ramai-ramai stay back.
Saya juga masih ingat masa mula-mula saya nak tulis manuskrip novel pertama saya, Sesuci Cinta. Masa tu saya tak mahir guna komputer, sebab saya tak pandai nak menaip. Mula-mula, saya tulis di atas kertas, agaknya dah dekat 60 muka surat dah, saya ubah rancangan. Saya bertatih-tatih guna komputer dan belajar untuk menaip dengan pantas. Sebabnya, memang letih menulis atas kertas, nanti kena juga taip kat komputer. Bila dah lama tu, saya jadi cekap. Ada ketika, saya boleh mengarang cerita dan menaip sampai 30 muka surat sehari... bayangkanlah, daripada tak boleh, sampai boleh saya usahakannya. Kalau anda orang muda, pasti boleh buat dengan lebih baik lagi. Bukan sekadar menaip, tetapi berfikir, mengarang dan mengatur ayat-ayat dengan baik!
Sebenarnya, apa sahaja yang kita nak buat kat dunia ni, kita mampu lakukannya. Kita hanya perlu bersabar dan berusaha kuat. Kita kena bersabar dengan kerenah orang-orang di sekeliling kita. Kadang-kadang, itulah dugaannya. Ada-ada sahaja yang datang mengacau dan mengganggu kita. Tetapi kalau tidak ada cabaran, kita tidak akan terangsang untuk lakukan yang terbaik, insya-Allah.
Tentu anda fikirkan macam-macam yang anda ingin lakukan dalam dunia ni, kan? Jangan takut, teruskan dengan impian anda itu. Jangan putus semangat sekalipun anda gagal untuk buat begitu, berkali-kali. Kadang-kadang, mungkin apa yang anda idamkan itu merupakan sesuatu yang 'bukan-bukan' atau terkeluar dari kotak fikiran yang biasa-biasa. Jangan gentar, lakukan sahaja, asalkan apa yang anda mahu lakukan itu merupakan sesuatu yang mencabar dan baik untuk anda dan masa depan anda.
Dalam usia saya yang begini, saya selalu impikan benda-benda yang saya rasa mungkin mencabar juga buat mereka yang masih muda. Tetapi bagi saya, selagi ada umur, ada kesihatan dan ada semangat, saya akan teruskan dengan impian saya itu. Kalau tidak hari ini, mungkin esok saya akan lakukannya. Kalau tidak esok, mungkin lusa atau hari-hari yang mendatang, insya-Allah. Saya usahakan agar semangat saya terus 'muda' di dalam hati saya. Hahaha... kelakarlah pulak... tapi apa salahnya, kan?
Saya hendak sangat lakukan apa-apa jenis sukan yang lasak. Dulu-dulu, saya memang aktif dengan sukan. Saya berlari, berjalan, main hoki dan macam-macam lagi. Lepas tu, saya hanya jadi penonton saja. Tapi sekarang ini, semangat untuk lakukan sesuatu yang 'extreme' datang pada diri saya ni. Hehe... nak buat apa, ya? Skydiving ke? Huhu... saya ni jenis gayat.
Nantilah... saya akan ajak adik angkat saya untuk join saya, insya-Allah. Adiuk angkat saya tu jenis lasak giler. Mungkin anak perempuan saya sekali. Anak perempuan saya ni, dia tak lasak macam saya, tapi saya tahu dia jenis tak takut dan pandai pula menembak. Iyalah... buat apa nak takut, kan?
Okeylah... saya nak terus berangan-angan dan fikir untuk lakukan sesuatu yang 'mencabar' minda dan hati saya.
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)