Assalam
Hujung minggu yang agak busy kerana kaum kerabat ramai datang berkumpul dan akhirnya, ramai yang nak datang ke kebun kami. Apa lagi... kami pun beli buah durian banyak-banyak dan melayan mereka semua. Alhamdulillah.
Hari ini memang banyak kerja. Kerja mengemas rumah. Kebetulan, sepupu saya Ahmad tiba dari Bandung bersama anaknya Irsyad. Kami pun memang sibuk melayan mereka hinggakan saya tak sempat mengemas rumah di Nilai. Jadi, hari ini kira macam 'back to work' lah. Sibuk dan sibuk tetapi memang saya akui kerja rumah baik untuk kesihatan. Banyak bersenam. Tak payah pergi ke gym.
Sebenarnya dalam hidup ini, kalau kita sentiasa bersyukur, mungkin tak banyak yang akan menjadi beban kita. Hati kita juga jadi tenang. Tak payah stress stress. Relaks. Asal tidak ditimpa musibah yang berat-berat, kita tak perlu risau sangat kerana setiap hari pasti ada ujian yang kita lalui, tak kira dalam keadaan senang atau tidak. Kadang-kadang kita tak sedar pun. Yang penting, kita jangan bangga diri dan jangan bersikap sombong kerana Allah tak suka manusia yang sombong. Tiada tempat di sisi Allah bagi mereka yang sombong, tak kiralah kaya mana, berpangkat apa, cantik mana sekalipun, atau mewah dan terkenal, kerana segala yang ada pada kita hanyalah pinjaman semat-mata. Allah pandang pada hati kita, kalau baik hati maka cantiklah akhlak, mulialah diri.
Wallahuaklam.
Wassalam.
