Assalam
Alhamdulillah saya masih di sini lagi. Agak sibuk, tapi tak apa, masih terasa untuk update blog ini.
Hari ini, saya nak bawa anda berbual-bual tentang beberapa perkara. Anda pernah tak berurusan atau berkawan dengan mereka yang suka simpan dua 'handphone'? Memang itulah tabiatnya, mesti ada dua nombor atau dua handphone yang berbeza. Satu untuk sesetengah orang, satu lagi untuk orang tertentu pula. Ada tu buat begitu kerana mereka mungkin ada bisness, jadi tak mahu pelanggan ganggu private number mereka, ada juga kerana bidang tugas tertentu, jadi memang kena simpan satu nombor atau handphone yang 'official'. Ada juga selebriti yang begitu, tak mahu diganggu. Tapi... masih ramai yang suka ada dua nombor dan dua handphone sebab mereka senang 'berlakon' dengan orang-orang tertentu. Ada orang guna satu handphone untuk rakan dan famili, satu lagi handphone untuk 'orang-orang lain' pula. Ada tu, sengaja ada dua phone kerana senang untuk dia mengurus kerja-kerja kelentong dan penipuan!
Jadi, bila anda mengenali seseorang yang suka simpan dua number dan dua phone, baiklah anda berjaga-jaga. Pastikan anda tahu mengapa dia perlu buat begitu. Kalau tak bersebab yang 'konkrit', pasti perbuatannya itu mempunyai muslihat tertentu. Yang pasti juga, anda tak akan pasti dengan keikhlasannya. Wallahuaklam.
Satu lagi benda yang saya nak bualkan pada pagi ini, ialah tentang kedudukan kita di mata masyarakat. Sekalipun Islam tidak pernah membeza-bezakan umatnya, namun pada hakikat, kita hidup tetap dengan taraf tertentu. Malah, Nabi juga pernah galakkan ummatnya untuk memilih pasangan mengikut 'kufu' masing-masing, agar keadaan hidup kita lebih tenang dan sempurna, tidak huru-hara.
Dalam hal ini, banyak keluarga di negara ini masih amalkan perkahwinan yang 'setaraf' dalam hal keturunan. Saya tidak nafikan dalam masyarakat keturunan Arab (mungkin Pakistan juga) di negara ini, perkara ini masih tetap menjadi hal yang penting. Walaupun ramai yang tidak mengamalkannya, masih ada yang ambil berat tentang hal ini. Jadi... kalau anda nak kahwin dengan mereka yang berketurunan Arab, pastikan anda sangat yakin untuk berada dengan mereka nanti. Kalau tidak, lebih baik jangan 'jerat' kan diri anda. Huhu.
Satu lagi, ialah tentang latar belakang keluarga. Adalah merupakan satu perkara yang menjadi sebab dalam perkahwinan bila latar belakang masing-masing beza ketara. Yang satu orang kaya, yang satu lagi pula miskin. Memang perkara ini akan merumitkan nanti, kerana cara orang kaya sangat berbeza dengan mereka yang tiada apa-apa.
Begitulah pelajaran. Kalau anda mahu berkahwin dengan orang yang mempunyai pelajaran tinggi (setinggi sarjana atau Ph.D), mungkin eloklah kalau anda juga pastikan anda juga mempunyai sesuatu yang boleh dibanggakan. Kalau setakat SPM atau Tingkatan Enam sahaja, memang payahlah... kerana 'wave length' yang berbeza tidak mampu kekal lama. Kalau partner anda fasih berbahasa Inggeris atau bahasa asing yang lain dan anda pula tak cekap mana dengan bahasa itu, baiklah anda lupakan untuk berpasangan dengannya, kerana akhirnya nanti, pasangan anda mungkin akan bosan dengan anda.
Saya pernah kenal beberapa orang yang pernah berkahwin dengan pasangan yang tak sama taraf dengan mereka, memang tidak mampu untuk bertahan lama. Kawan saya dulu, pernah tinggal di UK selama 15 tahun dan bercakap Inggeris seperti 'mat salih' juga, tetapi malangnya dia tersilap pilih pasangan. Ketika itu, dia ditugaskan di sebuah negeri luar KL, jadi dia pun kenal dengan staf di tempat kerja nya itu. Dia berkahwin tetapi selepas tiga bulan mereka bercerai. Saya pun tanya kenapa? Katanya, "Payahlah... I tak boleh berkomunikasi dengan dia. Lama-lama I boring."
Biarlah kita terima hakikat dan realiti bahawa memang elok kita fikirkan tentang hal 'taraf' ini kerana sebenarnya ia sangat relevan dalam hidup kita. Kalau kita rasa yang diri kita tidak berada di taraf yang sama dengan dia, baiklah kita lupakan sahaja. Kalau dia merupakan kereta api elektrik dari Jepun, takkan sama dengan kita yang merupakan kereta api biasa dari India.
Wassalam.
